susahnyer.....

hari ini berlaku lagi peristiwa yg aku sentiasa elak... mengapa selalu begini. Tak amik tahu macam xde fungsi bila diambil tahu mak oooiii, aku pulak yg jd mangsa. sudahnya bikin aku fed-up yang teramat nie....buat aku gentar nk melalui hari2 yang mendatang.... adakah aku yg tak pandai nk menimbang dan buat keputusan itu...

napaknya... aku kena meneliti semua benda disekitar aku agar aku tidak tersalah langkah....aku perlu lebih berhati2 dlm membuat sesuatu walaupun sesuatu itu amat kecil... hehehe... sure terpinga2 apalah jadahnya pompuan ni membebel....

sebenarnya telah berlaku sesuatu yg diluar jangkaan berlaku di tempat aku....derang ni ckp lebih jer....ahhh malasnyer nk story... bikin aku angin jer....

aku telah terjebak

entry nie ditujukan pada orang yang baru aku makihamun ... heheheh ... akhirnya aku terjebak juga dalam kancah maki memaki blog orang... tak terlintas langsung aku akan berbuat demikian sebab aku malu la baca org maki dan kutuk sesama sendiri nie... teramat la malu sangat.. tapi perkara itu berlaku juga pada aku. aku bukan budak baik... tapi sebab aku bukan budak baik la aku selalu mengelak komen orangnyer blog... sebab mulut aku ni cam jelabas sikit.. angin sikit sure memaki dan mencarut tak ingat dunia punya..

aku bukan sesuka hati nak mencarut tak tentu pasal tapi cara dia tulis cam dia kenal sgt org yg dia komen tue padahal ko dgr citer jer... yg ko sakit hati sapai nak heboh satu dunia apa hal...


 la ni padan muka ko ... sarang tebuan ko jolok buat per... ko kawen xde org kacau pun tetiba nak buat havoc tak tentu pasai... pk dulu sebelum buat sesuatu .. skrg bukan ko je malu orang lain pun malu ... da berdosa tau...

malas nak layan.. kalo ko buka blog aku nie... selamat dtg aku alu-alukan.. jaga diri k sebab lepas ni hidup ko da tentu byk isu yg akan timbul... kita hidup kena selalu memaafkan dan lupakan kisah yg tak baik sebagai sempadan dan panduan hidup... ini ko plak buka bekung orang... aku harap ko insaf sepertimana aku ni yg sedang belajar nak insaf.... aku totally budak jahat dan anak yg tak baik... aku sedang meneliti diri
oleh itu minta maap kalo buat salah kat ko sbb aku cuma nak tolong explain yg betui dan tolong kawan yang dianiayai....

sekian buat kali ini

aku yg bengang dgn ayah ku

patut tak aku entry ini??
tapi dalam hati aku membuak2 tgh marah...
siap dah tahap mencarut bukan aku mmg kaki carut ker

kesnya berlaku...
ayahanda tercinta telefon suh aku gi klang amik geran kete sbb dia ada ubah suai kat kete tue... so kena ada urusan dgn JPJ. bukan hari ni je buat aku angin... dari a few last week lagi.. dia tipon memalam buta n suh aku fax IC pasal kes ni. mau aku tak angin... dah mlm n aku ni menyusu anak... dia ingat aku bujang cam dulu ker bg arahan then aku free jer buat... aku la ni da lain.. aku da kawen n dah ada ank.... byk urusan hidup aku yg perlu perhatian aku.... selain melayan kerenah dia yg bebukan nie... da la tu minta cara cam memaksa ... like ... THIS IS THE ORDER....  from my capten .. plak...

yg buat aku hot lagi la... last week org yg konon nk mudahkan urusan ni tipon aku n ckp xdapat lagi fax ic ... aku angin jer sbb da brapa kali aku fax kat nombor  yg dia kasi tp tak lepas.. bila suh bg no btui .. tak layan la pulak ....da nk seminggu... kecoh plak bila aku sound.... tau pulak. sakit nya hati aku... ayah aku selalu ckp besar yg dia tau semua brg... konon dia yg pandai...hakikatnya... hampeh...


potong stim laaaa
ada org dok kacau... hilang ayat-ayat aku nk menaip nie...

samb. perkembagan anak

alkisah semalam  diganggu oleh anak-anak ku yang comei itu, maka terbantut la laporannya.. oleh yang demikian mari kita sambung sementara ku tgh memerah susu ini. Puteri ku zulaika akan genap berusia 3tahun pada september ini, dia semakin lincah dan semakin pandai berkata-kata. jika didengar butir-butir ayatnya adalah seperti ayat orang tua-sebabnya dia meniru apa saja yang didengari.
        Zulaika juga sudah pandai bab ni lama pandai dah  meminta untuk dimekap walaupun ibunya bukan seorang yg memakai mekap. Apa lagi yer... hehehe almaklumibukan pelupa dan deria ransangan kureng... hmm anak ibu da pandai baca doa makan da. kalau ikut ibu sembahyang pun asyik baca doa makan je baik tgh sujud, rukuk dan berdoa... sejuk hati ibu yang melihat anaknya beria ingin mengikut sembahyang... ibu doakan sikap ini di teruskan hingga akhir hayat jangan culas pulak da besar nanti....
       Sumaiyah ... ha... la ni dia da xmo hisap susu dalam botol kalau ibu ada. da pandai memilih.. dan jika apa yg dia nak pasti dia akan menjerit sekuat hati...dan minggu ini siap aksi hentak kaki lagi..dan pandai berebut dengan kakak... garang ooo dia....kalo dia nak mesti bagi kalo dia abis la especialy handphone ibu.. ceh konon dia tahu gunanya handphone itu..

sekelian dulu buat masa ini la... lain kali akan ku sambung yer

perkembangan zulaika dan sumaiyah

bulan ni genaplah adik sumaiyah berusia setahun. kalo dulu masa kakak genap setahun dia berjaya menapak dan melangkah.. bertapa gembiranya ayah dan ibu kerana hari yang bermakna bertambah makna dengan perkembangan kakak...itu cerita zaman kakak zulaika berusia setahun. Kali ini bila adik berusia setahun tak banyak perkembangan fizikal yang boleh ibu bandingkan dengan kakak sebab secara amnya ibu hanya ingat memori berjalan sahaja. yang lain ibu tak brapa ingat la sayang....

bila adik capai umur setahun ini, ibu lihat adik sudah pandai bermain chak2 dan main sembunyi-2 dibelakang ayah. terbaru hari ini makcik ayu cakap adik da pandai merajuk dan hentak kaki.. hmmm rupanya adik baru tunjuk perangai yer... bukan da seminggu ke adik berperangai cam tu kat rumah... adik da pandai nak makan sendiri.. bila terhidang je lauk pauk , benda pertama yang adik mula nak capai adalah sudu, kononnya adik nak suap sendiri. kalo ibu tak sediakan sudu adik alamatnya mula la mencapai semua sudu yang ada.

adik da pandai mengamuk sekarang dan pandai berebut barang dengan kakak. kesian kakak yg jadi mangsa adik. adik suka pukul kakak.!!!

spare part pam rosak

hari ni aku dgn nekadnya membeli sparepart yg baru untuk breasrpump aku. Rasanya da brapa hari aku bertahan menggunakan soffit ku yang da terkoyak itu. tapi semalam kemuncak dimana hasil susu amat lah mendukakan. Oleh itu aku memaksa suamiku untuk berikhtiar untuk memperbaiki softfit ku....


Suamiku mempunyai idea iaitu menampal bahagian koyak dgn silicon. Memang napak cam berkesan tetapi ada kesan yang tak bopleh diterima dimana tempat tampalan itu tidak licin dan rata maka bila aku mengepam habis puting ku kesakitan yang amat. hampir berdarah dan melecet puting kerana geseran denagn tampalan itu

setelah berfikir panjang, baik ku leburkan RM72 dari menahan kesakitan dan benda ni boleh bertahan 7-8 bulan. aku ingat nak beli kat ajadu tetapi kena tunggu jumaat baru dapat so akhirnya aku beli kat lilkasistore . Aku pernah beli dengan dia sebelum ni dimana aku beli ice pack n liner pack kat dia. lagipun senang sebab dia anta on the spot kat opis.

oleh itu kini aku telah menukar buat pertama kali nya untuk spare part aku itu. peringatan semua assesories breastpump mmg akan mengalami kerosakan . Oleh itu BERSEDIA  ye kekawan!!!!!

MELECET LAGI

da nk dekat seminggu
aku menahan kesakitan
bila sumaiyah menyusu
pada mulanya cuma rasa pedih jer

tapi semlm kemuncak...
rasa pedih dan sakit amat terasa
especialy belah kanan
semlm mmg tak boleh nak
bagi kat sumaiyah
meleleh je susu keluar


luka ini akan selalu berlaku
jika cara penyusuan kurang betul
aku akui kebelakagan ini
sumaiyah suka tolak badan aku
hingga bb agak tegang

byk kali melarang sumaiyah tapi
dia tetap buat aksi yg sama
sampai aku tak tahu nk buat camner..
so skrg aku mmg menahan pedih
dan berikhtiar letak cream jer
semoga cpt sembuh ....

916...

akhirnya ...
pada umur ku yg nak ke 30
aku telah membeli seutas gelang tangan

sebenarnya setelah aku keje kat sini
aku mula sedar sesuatu maybe da tua kot
aku perasan dan selalu ditanya pasai brg kemas
almaklum siapa yg kenal aku sure tahu
apa barang accessories yg pernah aku pakai
aku mmg tak reti pakai bebarang nie
sebab nya banyak kot..
antaranya sebab aku terlalu ganas
dan mayb aku jenis org yg cuai
rasanya aku da brpa kali hilangkan brg kemas

aku berjaya tahan tidak memakai nir
tetapi sejak akhir2 ini
aku mula bernafsu dan timbul perasaan untuk memiliki
benda- benda macam nie
tapi niat aku terpaksa aku simpan
kerana aku sedar tahap finacial family

tetapi hari ini aku telah digerakkan
untuk melihat iklan dan ternapak lambang
0% - lambang yg aku suka

maka pada hari ini
aku telah berjaya merembat
seutas tgn yg beratnya 16.3gm
harga emas pd hari ini RM143/gm
total aku byr 2470 tetapi
aku byr installment
sebyk RM240.7 setiap bulan selama 10bulan

oleh itu selama 10 bulan ini
aku akan sengsara dan susah hati
demi untuk membayar kad kredit
hari tue beli kamera kena bayar
RM100 + RM 241 = RM 341
itu jumlah yg tetap dan wajib
belum lagi gores dan menag di mydin

ayorrr
nak merasa kena la hidup cam nie
rasa cam tak patut je amik benda nie
tapi ramai yg sokong suh amik
derang n laki aku ckp kena amik gak
so aku dgr cakap apa yg ramai utarakan

kebahgiaan bukan dicari tetapi dicipta

di pagi jumaat ini sekali lagi
opis aku buat tazkirah
tajuknya xtetap pun sebab ustad yang kami jemput
adalah saat-saat akhir jam 4ptg semalam

so pagi ni pengisian amatlah berkesan dihati
penceramah amat menekankan
kebahgiaan perlu dicipta
contoh yang diberi adalah..
ALLAH maha adil
setiap org boleh bahgia ... bukan terletak
pada berapa besarnya rumah atau gaji
tetapi dengan memberi kita akan bahgia
kepuasan kita menolong atau memberi itu
akan membuatkan kita bahgia....

pada aku ...
tanpa aku sedar aku telah mempraktikkan
apa yg ustad cakapkan
selama ini aku berpegang pada
BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI
bagi aku ayat ini amat bermakna dalam hidup
ini pegangan hidup aku sejak aku kecil dulu
zaman aku kecil tak sebahgia atau senang seperti org lain
aku hidup dan tinggal bersama ibu tiri dan kakak tiri
melalui kehidupan ini banyak pengalaman yg mengajar dan
mendewasakan aku dan buat pendoman untuk teruskan hidup

aku dari kecil hingga kini
perlu dapatkan sendiri apa yang dihajati
segala yang aku ada dan perolehi adalah dari usaha
keringat sendiri................
apa yg aku perolehi hari ini tidak mudah untuk diperolehi
oleh itu aku amat hargai setiap benda yg ada disekeliling

aku amat percaya apa yg kita nak
kita perlu usaha dan hargai jika milikinya
jangan terlalu meminta benda yang diluar jangkaan kita
atau orang yang kita harapkan....
kerana jika apa yg kita mahu diluar jangkaan..
kadangkala akan melukakan hati sendiri dan menyusahkan org lain
oleh itu aku amat percaya kurangkan bergantung harap
pada orang lain demi sebuah kehidupan dan kebahgiaan

melalui pengalaman aku
kerana terlalu banyak kekecewaan yang aku harapkan
dari orang sepatutnya memberi ....
menyedarkan aku
bahawa apa yg kita mahu miliki perlu
diusaha dari hati kita dan diri sendiri
jika kita gagal kita tidak kecewa teramat kerana
kita puas setelah mencuba yang terbaik....


pesan aku pada diri sendiri
teruskan mencipta kebahgiaan
dunia dan akhirat...
aku tahu banyak lagi dugaan dan cubaan dalam hidup
demi sebuah kebahgiaan dan mengekalkan kebahgiaan itu
aku perlu usaha dan yakin
ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA
DENGAN KITA SENTIASA MENJADI HAMBA YANG TAAT

genap setahun....

hari ini genaplah umur sumaiyah setahun
dan genap jugalah aku berjaya
fully breastfeeding kat anak aku yg comei itu


sumaiyah anak ibu,
ibu doakan anak ibu
sentiasa sihat dan gembira
jgn selalu meneran atau menjerit bila menagis
lps tu kalo nangis jangan la beria sgt
sian ibu tgk bila air mata mencurah2 macam dipukul
siap mata , hidung merah2 kerana
menangis dengan penuh perasaan itu

ibu doakan agar anak ibu
menjadi anak yang baik dan tabah
melalui segala dugaan yang mendatang
ibu doakan anak ibu cepat pandai jalan
pandai bercakap dan berdikari penat ibu dokong tau

sumaiyah,
genap umur setahun ini
amatlah membuatkan ibu bangga sekali
ibu bangga kerana kita sama2 berjaya
harungi kesusahan untuk sepenuhnya
menyusu susu ibu
tidak tahu untuk luahkan kerana
mungkin ramai yang tidak tahu apa yang kita lalui
sepanjang penyusuan ini ...............
apapun ibu harap kita dapat lalui setahun lagi
pengalaman yang amat bermakna ini....

ibu, ayah dan kakak
amat bersyukur dan gembira sekali
dengan kehadiran sumaiyah yang melengkapkan semua
dan tentu kakak ika yang tidak kesunyian dgn kehadiran adik
ayah yang bangga punyai adik dan kakak yg comel
dan tentu kepada ibu yang amat menghargai kalian
demi kehidupan yang amat bermakna ini...










bersyukur pada yang MAHA ESA...
dengan nikmat-MU ini

i-city shah alam

sepupu yg comel
kita layan gambar...



sabtu lepas aku bersama adik2 ku
nanti smbg yer... nk rehat la pulak....

to be continued

pre- birthday...

pre-birthday pertama

adik excited tgk api termasuk kakak yg get ready nak tiup lilin


first time kakak meniup lilin.. muncung je lebih.. angin tak daa...


ayah yang gumbira...

sempena adik akan genap setahun pada 15/6/10 ini
dan kakak yang da pandai nyanyi birthday to you (xcomplete pun)
 maka ibu perlu buat percubaan atau pre-birthday
hehhe sebenarnya kek ni aku beli pun
sebab bos aku berhenti/ singgah
digerai kek masa balik dr meeting
kalo tak jangan harap laa.......

untuk pengetahuan korang
anak aku zulaika tak pernah pun
celebrate birthday walaupun nk masuk 3thn
mak n ayah dia tak over excited atau takberduit  cam org lain...

walaupun pre-birtday ini 4org je
tetapi sungguh berkesan dihati
almaklum firstime kan
happy sgt tgk zulaika berjaya tiup lilin
dan adik yg tumpang happy dgn hancurkn kek

 apa yer nk citer...
ni la kalo ada org potong stim nie...
sure ayat karangan ku hancur....

kawan saya mau kawen ..

kawan saya mau kawen bulan 12 ini
tarikhnyer sgt cantik 12/12/10

saya doakan kawan saya bahgia
saya juga amat gembira dengan berita ini
kerana ada banyak sebab...

saya doakan majlis yang dirancang
berjalan dengan jayanya dan diberkati
oh kawan ku...
aku doakan bahgia ini kekal hingga akhir hayat
dan moga kebahgiaan didunia ini
mampu bawa kebahgiaan ke akhirat ...
amin...

aku sudah aa penyewa

maka dengan ini diumumkan
bahawasanya pangsapuri PERMATA
bernombor G-7-03 telah disewakan
kepada pasangan bakal pengantin
yang akan bernikah pada 6 jun 2010 ini

hmmm
nama pasangan ini hanya dikenali sebagai
aimi dan ma... ( nama betui aku lupa daa)
oleh itu dengan ini secara rasminya diumumkan
aku telah menjadi TUAN RUMAH PENYEWA
huhuhuhuh ada sedih dan happy, hancurla umah aku

aku hanya kenakan RM....
rahsia daaa
takkan semua nak letak dlm nie


sekian laporan pasal rumah puchong...
akan melaporkan jika ada sebrg berita terkini

adik aku yang susah hati

lately nie adik aku selalu dilanda masalah
aku lah yang selalu jadi teman mendengar
dulu aku banyak idea dan buah cadangan
untuk membantu menenangkan dia
tetapi kini aku seakan tiada idea
tiada kata untuk aku luahkan pada dia
seakan segala ayat dan kata semangat
tiada lagi untuk diberi....

pelbagai rasa dan penerimaan yang aku dapat
kekadang aku rasa salah dia
dan kekadang aku rasa banyak salah pada yang lain
tapi aku saper untuk menilai dan menghukum
aku hanya la tempat luahan dia
bukan tempat untuk membuat keputusan

maafkan akak kerana makin kau perlukan sokongan
akak makin hilang kata semangat buat dirimu
bukan akak tak ambil kisah
cuma akak benar2 tiada kata untuk dikongsi
bagi akak hanya kau yang mampu buat
yang terbaik buat dirimu
segalanya ditangan kau....

biarlah keputusan muktamad
adalah hasil pemikiran yang paling munasabah
dari akal fikiran mu yang waras tanpa emosi
dan yang paling benar dari naluri hati kau sendiri
walau seribu org kau tanya
akhirnya hanya KAU seorang yang buat keputusan

jangan mudah terpengaruh dgn cadangan dan
pandangan orang kerana bukan mereka
yang MERASA dan MELALUI segala
dugaan, kepahitan dan derita ini
maka berfikirlah dgn wajarnya.....

sebagai orang yang rapat
akak hanya mampu berdoa
yang terbaik dan bahgia milik mu
pastikan setiap keputusan itu
yang terbaik buat semua
setidaknya kau tidak merasa rugi...

percaya lah...
setiap hari akak doakan kau kuat lalui
dugaan ini ......
akak percaya kau mampu lalui ...
ini semua adalah pengalaman
yang harus kau kutip demi
sebuah kehidupan.....

gambar pertama dlm air

tgk wayang - sunway piramid

beramai - ramai bersama shrek..
sumaiyah, zulaika n arif menangis tgk shrek...

beria- ria si aris menangis... sbb takut...

dua adik ipar n abg ipar yg akrab hingga baju pun warna sama...


mak sedara yg kuat melaram...



kenangan bersama....first time tgk wayang beramai2

 sempena aku dapat penyewa
aku telah di PAU oleh adik2 ku
untuk itu kami bersama menonton wayang
cerita yg kami tgk adalah
cerita yang smmg ditayangkan opada petang itu
kalo ikutkan laki aku
dia nak tgk IP MAN tapi start kul 7
nak jimat masa kami tgk cerita kul 3.45pm
cerita itu ada la PRINCE OF PERSIA

cerita yg menarik dan berbaloi
hero hensem...
aksi yg real n lawak pun ada
ending best...
sumaiyah yg underage pun leh tgk
keseluruhan memuaskan..

lps tgk wayang ingat nk blasah sate
tapi xde rzki oleh itu
kami layan ikan 3rasa, burung puyuh n etc
ganbar tak amik sbb aku bz layan anak
dan terlupa langsung sbb lapar sgt kot....

sekian cerita minggu ini...

bermandi manda di pool ...


ini gambar adalah hasil kamera baru
sebenarnya aku bukan lah suka sgt berendam
tetapi kerana nak test kecanggihan kamera
aku pun berendam sekali dan amik gambar
so disebabkan kamera ni waterproof
maka byk la gambar dalam air

walaupun kamera cantik
aku tak pandai sgt amik angel yg menarik
so layan je la yer..

stylus tough 6020- olympus

alhamdullilah...
akhirnya hasrat utk memiliki kamera tercapai gak...
memula nk amik yg biasa2 n murah jer
tetapi almaklum kalo da nama anoi
mudah terpengaruh dgn hasutan jurujual itu..


setelah membelek dan dihasut
aku amik model ini....
aku beli di  TESCO- shah alam
aku gi situ sbb aku tau
hanya DI CARREFOUR dan TESCO
yang ada plan 0%  interest utk kad kredit aku
maka ini kamera aku beli byr bulan-bulan da
aku amik plan 12bulan
harga RM1199 maka setiap bulan aku kena
bayar sebyk RM100 tanpa interest....

antara sebab aku rembat ini kamera adalah
  1. cirinya yg leh amik gambar dlm air - 5m
  2. ketahanan jatuh dr ketinggian -1.5m
  3. leh amik video dgn cantik kot
ada lagi ciri dia yg aku belum terokai...
alang2 aku membeli biarla yg elok sikit kn...
hehehehe...

tunggu...........
gambar - gambar yg cantik dari daku...