SAYA NAK KURUS "SEMULA"

 Aduhai, 

Berat yang sangat tak ideal dan paling berat sepanjang hidup dimuka bumi ini.
manakan tidak... masa mengandung pun tak berat macam nie..
Perut???  jangan ditanya...memang kedepan sudah... anak-anak duk asyik tanya kenapa perut sangat la besar dan mengelebeh... baju pun jgn ditanya...ada yg tak muat kat tgn, kat kaki...yg lain saiz lagi la banyak...adoii sayang je... dah la baju tak banyak...sadis betul jadi org gemuk nie.

sebenarnya sedar badan naik
tapikan rasa macam okay lagi kot...
dlm hati duk berkata ideal lagi nie...masih boleh diterima
tapi sebenarnya tertipu dgn diri sendiri maka bila terima hakikat bila baju dah tak leh dipakai.
bila asyik syok sendiri dan tertipu dgn bayang2 sendiri maka awak dah kelaut dalam
nak timbul bukan senang...nak terapung lagi la payah

Maka..
dengan harapan menaip kat sini
kesedaran utk menguruskan diri lebih baik dan teratur...
harap ketabahan dan nekad itu ada dan berterusan
jgn harap sembang je dan berniat sahaja tapi tindakan TIADA!

meh share gambar











  
2017 - hari terakhir kat Cemara Akasia dan Cendana



2017 - fraser hill - dah tahu kontrak kat INTEC tidak akan disambung


2019 - perhentian dgn geng cemara masa nie


 ogos 2020




2024- hatyai trip 


Hakikat macam xnampak sgt dari gambar yg disertakan sbb tak jumpa gambar buruk (sapa nk simpan gambar buruk  ..kan...hahaha).

tapi nak bg tau berat 2017 - 60kg dan 2024 76kg.... 7 tahun naik 16 kilo beb. paling teruk masa masuk seroja nie.... mmg hidup aku teruk bangat beb... org tak hala tuju kot...
matlamat hilang ke entah  ke mana...

aku cuba kutip sikit sikit...ada yg aku jumpa balik ada tp banyak tak jumpa dan tercicir mana yang dah dikutip...akhirnya aku kosong balik dan tak berhaluan.

aku kena rajin dan terus rajin untuk dapat hasilnya...
kita tengok balik nanti yea... mari kita mula merekod perjalanan turun berat badan...



 BISMILLAH..


Selamat hari raya aidiladha 1445H.

Tahun ni raya langsung seperti bukan hari raya especially bila tak menunaikan solat raya..

Ia nyata dan jelas menunjukkan tahun ini tahun paling iman dan roh tidak menepati piawaian dan standard ditetapkan. Mengapakah ia berlaku? Sebenarnya perkara ini dah lama aku perasan dan sedar cuma kesedaran untuk berubah je tiada. Mungkin keteguhan dan keutuhan jiwa untuk berubah TIADA!

Tahun ini tahun amat memalukan pada pandangan aku sendiri dimana…. kelakuan dan tindakan aku yang amat teruk…cth


  1. bayar zakat lambat
  2. bayar untuk qurban pun lambat…mungkin kena scam
  3. quran tak khatam masa ramadhan
  4. puasa qada masih tertunggak banyak lagi
  5. solat qada juga masih teruk
  6. ada juga solat fardu yang terlewat dan terpaksa qada…ini paling teruk
  7. culas dengar tazkirah atau ceramah - jiwa jadi kosong dan tawar
  8. tahun paling malas layan tetamu
  9. sedeqah subuh mmmg out of the list
  10. sedeqah biasa pun macam kedekut jer…punca…rezeki jadi makin mahal.
  11. kuat layan drama- most of my time wasted at this category 
  12. zikir? kalo benda fardu pun leh termisss…. sunat ni lagi la…
Hasil semakan diri sendiri….bila semua ko culas dan skip…paling nampak…hati ko jadi KERAS dan hitam… semua jadi malas dan mudah untuk ko tinggalkan… haaa.. lupa nk update aku da 2 tahun tinggalkan dhuha…. tak tahu silap dimana …hingga aku jadi begini…payah nak uturn jadi cam dulu beb… jika dulu tak buat dhuha…hati jd gelabah..mengelabah dan tak tentu hala…..la ni apa ada ku kesah… nampak tak hati makin keras…. aduhai sedihnya aku….

Aku adalah cuba buat utk kembali ke pangkal jalan…. tapi asyik buntu dan tak jumpa jalan. Aku rasa sebab hati keras nie… bikin jalan utk kebaikan jadi susah…. even aku da plan baik…what to do… last last aku buka drama…asyik failed je…

hmmmm…
lagi satu nak confront…. tahun ni banyak ujian aku dapat…
aku rasa macam bukan ujian tapi lebih kepada balasan atau karma…
  • sumaiyah jaguh motor
  • bil air mencanak 
  • tayar kereta tukar 4 biji terus
  • mak masuk hospital
  • duit hilang
  • semalam sumaiya buat hal…

AKU tak putus asa untuk mencari yang telah hilang dan menjadi yang lebih baik… namun aku kekadang hilang arah….tersasar dari landasan…. akhirnya aku kecewa…

aku tahu semuanya dari aku… nak baik aku kena jadi baik…org tak leh paksa…aku je yg boleh ubah dan tentukan semuanya dengan izin Allah… aku mengharapkan Allah terus memberi kasih sayang dan rahmatNya pada aku. Berkati rezeki yang dilimpahkan dan jumpakan aku dengan org yang baik baik.

Aku takde sapa…hanya ada ALLAH…

Sekian luahan aku….dintahun 1445H
moga tahun depan aku jadi yang lebih baik

Positif Covid 19 ke dua kalinya

Assalamualaikum... wbt

last update blog 2017....
dah 2 hari teringat kat blog nie..

hari ni tangan gatai nak menaip tapi tak tau nak buatpe dan taip pe. Nampak sgt kebosanan yang amat kali ni. Oh berbalik kepada tajuk, aku positif kali ni beb! kali ke-2 yea kali kedua tak salah baca.. pengalaman pertama bulan september 2021 yg mana aku tamat ngam-ngam besday azman. Masa yg pertama kali aku disahkan positif melalui PCR test kat Klinik kesihatan so semuanya auto by sistem...aku just follow je. Alhamdullilah masa yg first tue aku chill dan cool sbb mmg simptom xde dan sihat bugar sepanjang kuarantin.. mmg aku buat schedule serta aktiviti sepanjang hari. Heaven masa nie... Happy giler!

Tapi no this time..
Isnin, 7 Mac 2022 aku balik keje  da rasa panas badan, dari opis lagi tekak mmg dah failed sbb minum air batu ...hhuhuhu... tido awal sbb mmg da out masa nie... sepanjang malam aku demam kesejukan..mmg ouut sampai la esok hari..ptg aku buat swab test negatif (konon)... esok aku buat stk dan kuarlah double line yg samar tp aku dah tahu kompom positif sbb aku handle byk kes pelajar positif kan... so aku pun kelam kabut la update saringc dan mysejahtera.... namun..tiada perubahan...

8 dan 9 mac aku dapat MC dari klinik panel sbb mmg aku demam. 10 Mac ptg, mysejahtera aku tetap biru, aku dah mula jemmed, bengang pun dah ada... memikir status hari ni nak up apa dalam HR2u? memikir nak buat sampai aku stress gak... rasa nak carut je kat KKM, sistem tak seperti yg dicanang. Last aku gagah ke Klinik kesihatan dan declare situasi aku... siap DR kat KK tue pegang hp aku laaaa...dia nak update mysejahtera aku... tetap BIRU!

Aku cakap kat DR tue, saya dah give up dgn mysejahtera, kalo DR tak bg MC saya esok keje je kalo masih biru sbb status keje nak up apa kan? so DR memikir kebenaran ayat aku terus bg MC 2 har lagi (keadaan aku mmg terbukti ada gejala) tue yg dia pun bg...bukan sebab dgn ugutan aku..hahhaha

so nakhighlight, mysejahtera aku mmg tak update dah sbb takut kalo update tetiba merah dah aku kena duk umah berlama...ohhhh no no no..... so aku declare sgn bos dan pengetua.. end up pengetua kat isnin BDR.

Gejala yg aku ada

- demam, tekak tak sakit tp penuh kahak je rasanya, hidung sumbat, batuk bila bangun tido, selsema ada masa je,,

ikutkan tak teruk masih boleh handle la cuma 3 hari mmg demam dan kepala pusing je rasanya,

Esok aku last date kuarantin walaupun tak de HSO.

bosan kuarantin kali ni sbb aku tak sihat dan tak buat proper schedule.. betul la kalo kita xde jadual mmg akan blur je.. so my learning this short break is

1. aku telah leka utk beberapa tahun

2. aku ego dan bodoh dgn kejahilan aku sendiri.

3. aku patut mula bangkit dan buat jadual utk my turning back journey to jannah...

4. lets start plan, organize, take action, control my life.

5. keep praying for me guys!



 

 belanja gambo khaula azwar syuhada yg leh upload,,, ntah mana gambar lain

maafkan ibu

manusia Tak pernah puas
atau bersyukur dengan apa yg Ada Dan ditentukan...
manusia Tak tetap pendirian
kala diberi merungut Dan bersungut
bila ditarik mempertikaikan ..kenapa??

itulah yang berlaku
pada ibu yg Tak bersyukur ini
maafkan ibu...

maafkan ibu...
maafkan ibu..

ibu Tau kewujudan kamu sayang...
bukan ibu Tak sayang....
tapi itulah ibu kamu
ambil mudah dgn semua perkara

saat ibu melihat darah mengalir
ibu Tau...
kamu mahu meninggalkan ibu..
maafkan ibu

ketahui lah..
bilamana ibu lihat gambar mu pertama Kali Dan terakhir....
saat itu.... ibu benar benar menyesal
Tak melihat kamu sebelum ini...

maafkan ibu..
maafkan ibu...

Ada rasa sesal
Ada rasa sayang
Ada rasa kehilangan

yg pasti tiada rasa lega...

maafkan ibu...

buat anakanda - kandungan ke enam
Abdul aziz azman
5 September 2017
1.00 pagi
13 minggu bersama..


raya 2017

alhmrmdullilah...o
hari ni da Raya ke 10
da keje pun...
masuk masuk keje terus pendaftran semula ..mmg havoc laaa...

next week Ada lagi pendaftran lagi😅
bertabah la hati...

tajuk aku nak story Raya
tahun ni banyak cipta memories baru

first time prepare utk dishes Raya
aku masak Nasi impit, kuah kacang, ayam perap....dgn usaha omelan mak yg lupa lupa ingat...
selalu aku just backup org masak...Kali ni pepandai la aku...

first time aku Dr masjid terus ke kubur Dan yg memalukan Terus g umah sedara yg belum settle Salam menyalam...malunyaaa

first time bawa anak anak pergi solat sunat Raya Kat masjid... selalu aku ngan laki je...anak tinggai..

first time Raya bawa mak beraya tempat lain dlm tempoh hari  Raya ke 2

first time beraya ke selama- perak
and yang best Raya bersungguh ke rumah sanak saudara...

maybe bagi org Len biasa je kot
but for me is just wonderful...
thanks to en suami...

diet 2017

nak sembang pasal diet..

ramai yang terkejut
ramai yang bertanya apa rahsia..

sebenarnya Tak rahsia pun..
aku Mula tekad nak diet bebetui
sebab
* aku nak masuk 4 Siri..
* berat aku Tak turun..tp asyik Naik..paling berat 70kg..
* aku cuak kalo 70kg aku relak lagi..maknanya 80kg Alan menjengah..
*baju aku byk yg xleh pakai...😂😂

Mula Mula buntu...
nak Mula langkah...
puas cari tips Dan idea..

dalam pencarian aku jumpa atkin..
nekad dah Ada...
ilmu kena Ada baru boleh berjaya..
aku study betul better atkin...

bila da konpiden
aku mulakan langkah
aku mmg Tak derhaka dgn ilmu yg Ada...
ikut setiap yg Ada...

alhamdullilah 2 minggu
aku berjaya turun 5kg

masa induction..
5 hari aku shaking- lemah longlai..
tp lps tue...badan rasa fit n best...

dapat 5kg ...
semangat berkobar kobar...
aku Tak toleh  belakang...

kini..
aku leh pakai baju lama..

tapi
dah Raya bikin aku cheat day selalu...
macam perut da Ada...

kepada yg nak berdiet..
nasihat aku...
cari ilmu, fahamkan dulu
baru buat...

jangan main belasah je..
good luck yg nak mencuba

2017

Lamanya tak update..
Last update 2016...

Teruk sungguh kan...
Nak berblog sgt tp hasilnya tiada..

Nak update
Tahun ni apa aku da buat

Alhamdullilh
Tahun ni dapat pengalaman baru..
Pengalaman kena handle buka asrama baru dr zero ...
Dari nak dapat kelulusan hingga la pelajar dah boleh duduk...

Banyak cabaran yg aku rasa
Dgn kerenah tiap jabatan
Kerenah kontraktor
Kerenah penduduk yg membantah 100%
Kerenah mak pak pelajar byk soal
Fuhhh....mematangkan fikiran dan kesabaran...

Dah reda sikit bab asrama baru...
Dapat berita yg memang dah dijangka..
Berita kontrak tak sambung...
Dah tau tp bila diberi maklum...

Still ada rasa sedih gak..
Nak tinggalkan staf yg owesome..
Life yg best kat sini...
And tak tahu...
Mana tempat dapat....
Ada seribu rasa...

Hopefully..
Aku dapat handover semua benda smoothly nanti..

Doakan aku kay...