SAYA NAK KURUS "SEMULA"

 Aduhai, 

Berat yang sangat tak ideal dan paling berat sepanjang hidup dimuka bumi ini.
manakan tidak... masa mengandung pun tak berat macam nie..
Perut???  jangan ditanya...memang kedepan sudah... anak-anak duk asyik tanya kenapa perut sangat la besar dan mengelebeh... baju pun jgn ditanya...ada yg tak muat kat tgn, kat kaki...yg lain saiz lagi la banyak...adoii sayang je... dah la baju tak banyak...sadis betul jadi org gemuk nie.

sebenarnya sedar badan naik
tapikan rasa macam okay lagi kot...
dlm hati duk berkata ideal lagi nie...masih boleh diterima
tapi sebenarnya tertipu dgn diri sendiri maka bila terima hakikat bila baju dah tak leh dipakai.
bila asyik syok sendiri dan tertipu dgn bayang2 sendiri maka awak dah kelaut dalam
nak timbul bukan senang...nak terapung lagi la payah

Maka..
dengan harapan menaip kat sini
kesedaran utk menguruskan diri lebih baik dan teratur...
harap ketabahan dan nekad itu ada dan berterusan
jgn harap sembang je dan berniat sahaja tapi tindakan TIADA!

meh share gambar











  
2017 - hari terakhir kat Cemara Akasia dan Cendana



2017 - fraser hill - dah tahu kontrak kat INTEC tidak akan disambung


2019 - perhentian dgn geng cemara masa nie


 ogos 2020




2024- hatyai trip 


Hakikat macam xnampak sgt dari gambar yg disertakan sbb tak jumpa gambar buruk (sapa nk simpan gambar buruk  ..kan...hahaha).

tapi nak bg tau berat 2017 - 60kg dan 2024 76kg.... 7 tahun naik 16 kilo beb. paling teruk masa masuk seroja nie.... mmg hidup aku teruk bangat beb... org tak hala tuju kot...
matlamat hilang ke entah  ke mana...

aku cuba kutip sikit sikit...ada yg aku jumpa balik ada tp banyak tak jumpa dan tercicir mana yang dah dikutip...akhirnya aku kosong balik dan tak berhaluan.

aku kena rajin dan terus rajin untuk dapat hasilnya...
kita tengok balik nanti yea... mari kita mula merekod perjalanan turun berat badan...



 BISMILLAH..


Selamat hari raya aidiladha 1445H.

Tahun ni raya langsung seperti bukan hari raya especially bila tak menunaikan solat raya..

Ia nyata dan jelas menunjukkan tahun ini tahun paling iman dan roh tidak menepati piawaian dan standard ditetapkan. Mengapakah ia berlaku? Sebenarnya perkara ini dah lama aku perasan dan sedar cuma kesedaran untuk berubah je tiada. Mungkin keteguhan dan keutuhan jiwa untuk berubah TIADA!

Tahun ini tahun amat memalukan pada pandangan aku sendiri dimana…. kelakuan dan tindakan aku yang amat teruk…cth


  1. bayar zakat lambat
  2. bayar untuk qurban pun lambat…mungkin kena scam
  3. quran tak khatam masa ramadhan
  4. puasa qada masih tertunggak banyak lagi
  5. solat qada juga masih teruk
  6. ada juga solat fardu yang terlewat dan terpaksa qada…ini paling teruk
  7. culas dengar tazkirah atau ceramah - jiwa jadi kosong dan tawar
  8. tahun paling malas layan tetamu
  9. sedeqah subuh mmmg out of the list
  10. sedeqah biasa pun macam kedekut jer…punca…rezeki jadi makin mahal.
  11. kuat layan drama- most of my time wasted at this category 
  12. zikir? kalo benda fardu pun leh termisss…. sunat ni lagi la…
Hasil semakan diri sendiri….bila semua ko culas dan skip…paling nampak…hati ko jadi KERAS dan hitam… semua jadi malas dan mudah untuk ko tinggalkan… haaa.. lupa nk update aku da 2 tahun tinggalkan dhuha…. tak tahu silap dimana …hingga aku jadi begini…payah nak uturn jadi cam dulu beb… jika dulu tak buat dhuha…hati jd gelabah..mengelabah dan tak tentu hala…..la ni apa ada ku kesah… nampak tak hati makin keras…. aduhai sedihnya aku….

Aku adalah cuba buat utk kembali ke pangkal jalan…. tapi asyik buntu dan tak jumpa jalan. Aku rasa sebab hati keras nie… bikin jalan utk kebaikan jadi susah…. even aku da plan baik…what to do… last last aku buka drama…asyik failed je…

hmmmm…
lagi satu nak confront…. tahun ni banyak ujian aku dapat…
aku rasa macam bukan ujian tapi lebih kepada balasan atau karma…
  • sumaiyah jaguh motor
  • bil air mencanak 
  • tayar kereta tukar 4 biji terus
  • mak masuk hospital
  • duit hilang
  • semalam sumaiya buat hal…

AKU tak putus asa untuk mencari yang telah hilang dan menjadi yang lebih baik… namun aku kekadang hilang arah….tersasar dari landasan…. akhirnya aku kecewa…

aku tahu semuanya dari aku… nak baik aku kena jadi baik…org tak leh paksa…aku je yg boleh ubah dan tentukan semuanya dengan izin Allah… aku mengharapkan Allah terus memberi kasih sayang dan rahmatNya pada aku. Berkati rezeki yang dilimpahkan dan jumpakan aku dengan org yang baik baik.

Aku takde sapa…hanya ada ALLAH…

Sekian luahan aku….dintahun 1445H
moga tahun depan aku jadi yang lebih baik

Positif Covid 19 ke dua kalinya

Assalamualaikum... wbt

last update blog 2017....
dah 2 hari teringat kat blog nie..

hari ni tangan gatai nak menaip tapi tak tau nak buatpe dan taip pe. Nampak sgt kebosanan yang amat kali ni. Oh berbalik kepada tajuk, aku positif kali ni beb! kali ke-2 yea kali kedua tak salah baca.. pengalaman pertama bulan september 2021 yg mana aku tamat ngam-ngam besday azman. Masa yg pertama kali aku disahkan positif melalui PCR test kat Klinik kesihatan so semuanya auto by sistem...aku just follow je. Alhamdullilah masa yg first tue aku chill dan cool sbb mmg simptom xde dan sihat bugar sepanjang kuarantin.. mmg aku buat schedule serta aktiviti sepanjang hari. Heaven masa nie... Happy giler!

Tapi no this time..
Isnin, 7 Mac 2022 aku balik keje  da rasa panas badan, dari opis lagi tekak mmg dah failed sbb minum air batu ...hhuhuhu... tido awal sbb mmg da out masa nie... sepanjang malam aku demam kesejukan..mmg ouut sampai la esok hari..ptg aku buat swab test negatif (konon)... esok aku buat stk dan kuarlah double line yg samar tp aku dah tahu kompom positif sbb aku handle byk kes pelajar positif kan... so aku pun kelam kabut la update saringc dan mysejahtera.... namun..tiada perubahan...

8 dan 9 mac aku dapat MC dari klinik panel sbb mmg aku demam. 10 Mac ptg, mysejahtera aku tetap biru, aku dah mula jemmed, bengang pun dah ada... memikir status hari ni nak up apa dalam HR2u? memikir nak buat sampai aku stress gak... rasa nak carut je kat KKM, sistem tak seperti yg dicanang. Last aku gagah ke Klinik kesihatan dan declare situasi aku... siap DR kat KK tue pegang hp aku laaaa...dia nak update mysejahtera aku... tetap BIRU!

Aku cakap kat DR tue, saya dah give up dgn mysejahtera, kalo DR tak bg MC saya esok keje je kalo masih biru sbb status keje nak up apa kan? so DR memikir kebenaran ayat aku terus bg MC 2 har lagi (keadaan aku mmg terbukti ada gejala) tue yg dia pun bg...bukan sebab dgn ugutan aku..hahhaha

so nakhighlight, mysejahtera aku mmg tak update dah sbb takut kalo update tetiba merah dah aku kena duk umah berlama...ohhhh no no no..... so aku declare sgn bos dan pengetua.. end up pengetua kat isnin BDR.

Gejala yg aku ada

- demam, tekak tak sakit tp penuh kahak je rasanya, hidung sumbat, batuk bila bangun tido, selsema ada masa je,,

ikutkan tak teruk masih boleh handle la cuma 3 hari mmg demam dan kepala pusing je rasanya,

Esok aku last date kuarantin walaupun tak de HSO.

bosan kuarantin kali ni sbb aku tak sihat dan tak buat proper schedule.. betul la kalo kita xde jadual mmg akan blur je.. so my learning this short break is

1. aku telah leka utk beberapa tahun

2. aku ego dan bodoh dgn kejahilan aku sendiri.

3. aku patut mula bangkit dan buat jadual utk my turning back journey to jannah...

4. lets start plan, organize, take action, control my life.

5. keep praying for me guys!



 

 belanja gambo khaula azwar syuhada yg leh upload,,, ntah mana gambar lain

maafkan ibu

manusia Tak pernah puas
atau bersyukur dengan apa yg Ada Dan ditentukan...
manusia Tak tetap pendirian
kala diberi merungut Dan bersungut
bila ditarik mempertikaikan ..kenapa??

itulah yang berlaku
pada ibu yg Tak bersyukur ini
maafkan ibu...

maafkan ibu...
maafkan ibu..

ibu Tau kewujudan kamu sayang...
bukan ibu Tak sayang....
tapi itulah ibu kamu
ambil mudah dgn semua perkara

saat ibu melihat darah mengalir
ibu Tau...
kamu mahu meninggalkan ibu..
maafkan ibu

ketahui lah..
bilamana ibu lihat gambar mu pertama Kali Dan terakhir....
saat itu.... ibu benar benar menyesal
Tak melihat kamu sebelum ini...

maafkan ibu..
maafkan ibu...

Ada rasa sesal
Ada rasa sayang
Ada rasa kehilangan

yg pasti tiada rasa lega...

maafkan ibu...

buat anakanda - kandungan ke enam
Abdul aziz azman
5 September 2017
1.00 pagi
13 minggu bersama..


raya 2017

alhmrmdullilah...o
hari ni da Raya ke 10
da keje pun...
masuk masuk keje terus pendaftran semula ..mmg havoc laaa...

next week Ada lagi pendaftran lagi😅
bertabah la hati...

tajuk aku nak story Raya
tahun ni banyak cipta memories baru

first time prepare utk dishes Raya
aku masak Nasi impit, kuah kacang, ayam perap....dgn usaha omelan mak yg lupa lupa ingat...
selalu aku just backup org masak...Kali ni pepandai la aku...

first time aku Dr masjid terus ke kubur Dan yg memalukan Terus g umah sedara yg belum settle Salam menyalam...malunyaaa

first time bawa anak anak pergi solat sunat Raya Kat masjid... selalu aku ngan laki je...anak tinggai..

first time Raya bawa mak beraya tempat lain dlm tempoh hari  Raya ke 2

first time beraya ke selama- perak
and yang best Raya bersungguh ke rumah sanak saudara...

maybe bagi org Len biasa je kot
but for me is just wonderful...
thanks to en suami...

diet 2017

nak sembang pasal diet..

ramai yang terkejut
ramai yang bertanya apa rahsia..

sebenarnya Tak rahsia pun..
aku Mula tekad nak diet bebetui
sebab
* aku nak masuk 4 Siri..
* berat aku Tak turun..tp asyik Naik..paling berat 70kg..
* aku cuak kalo 70kg aku relak lagi..maknanya 80kg Alan menjengah..
*baju aku byk yg xleh pakai...😂😂

Mula Mula buntu...
nak Mula langkah...
puas cari tips Dan idea..

dalam pencarian aku jumpa atkin..
nekad dah Ada...
ilmu kena Ada baru boleh berjaya..
aku study betul better atkin...

bila da konpiden
aku mulakan langkah
aku mmg Tak derhaka dgn ilmu yg Ada...
ikut setiap yg Ada...

alhamdullilah 2 minggu
aku berjaya turun 5kg

masa induction..
5 hari aku shaking- lemah longlai..
tp lps tue...badan rasa fit n best...

dapat 5kg ...
semangat berkobar kobar...
aku Tak toleh  belakang...

kini..
aku leh pakai baju lama..

tapi
dah Raya bikin aku cheat day selalu...
macam perut da Ada...

kepada yg nak berdiet..
nasihat aku...
cari ilmu, fahamkan dulu
baru buat...

jangan main belasah je..
good luck yg nak mencuba

2017

Lamanya tak update..
Last update 2016...

Teruk sungguh kan...
Nak berblog sgt tp hasilnya tiada..

Nak update
Tahun ni apa aku da buat

Alhamdullilh
Tahun ni dapat pengalaman baru..
Pengalaman kena handle buka asrama baru dr zero ...
Dari nak dapat kelulusan hingga la pelajar dah boleh duduk...

Banyak cabaran yg aku rasa
Dgn kerenah tiap jabatan
Kerenah kontraktor
Kerenah penduduk yg membantah 100%
Kerenah mak pak pelajar byk soal
Fuhhh....mematangkan fikiran dan kesabaran...

Dah reda sikit bab asrama baru...
Dapat berita yg memang dah dijangka..
Berita kontrak tak sambung...
Dah tau tp bila diberi maklum...

Still ada rasa sedih gak..
Nak tinggalkan staf yg owesome..
Life yg best kat sini...
And tak tahu...
Mana tempat dapat....
Ada seribu rasa...

Hopefully..
Aku dapat handover semua benda smoothly nanti..

Doakan aku kay...

assalamualaikum....

just to say..


happy new year !!!!


alhamdullilah... malam ni terakhir 2016.

antara yang aku lalui perlu aku syukuri..

  1. dapat mengerjakan umrah
  2. kehilangan arwah fakri aizat
  3. beli handphone baru walau tak advance mana
  4. dapat g backpacker dgn opismate ke vietnam
  5. operation breast 
  6. khaulah warded hingga masuk icu
banyak lagi yang aku tak ingat... tp tahun ni banyak beri aku keinsafan sangat sangat
moga aku sentiasa muhasabah diri dan berlapang dada dalam menerima segalanya

untuk tahun depan, ada beberapa perkara yang kami terima tahun ini untuk kami lalui tahun hadapan.
  1. alhamdullilah, kontrak peminjaman di INTEC disambung hingga akhir 2017
  2. zulaika jadi pengawas 
  3. sumaiyah jadi penolong kelas kafa 

so aku ada setahun untuk siap siaga segala bagai untuk kehidupan baru ..
jauh lagi tapi itu lah hakikat bila semua pinjaman...

baguskan kalo nikmat hidup didunia ini aku tak sia sia kan dan sentiasa fokus untuk akhirat...
malangnya kekadang aku lupa diri dan sentiasa lupa untuk merancang hidup sesudah mati...

banyak lagi nak tulis tapi macam xde idea

insyaallah
tahun 2017 kita update selalu

moga kalian diberi kesudahan 2016 yang baik dan menjadi insan yg lebih baik pada tahun 2017



belajar tajwid

Mari update tajwid...


Stok ebm dari umrah 2016

Tiada tujuan lain untuk buat post ini selain berkongsi pengalaman Dan sedikit ilmu...

Sebelum aku pergi umrah puas Google cari maklumat utk buat stok semasa umrah dari Nak pam Bila, camner Nak Bawa masuk flight, nk simpan ebm kat mana, boleh ke Bawa balik ebm ke malaysia...

Banyak persoalan yang tak terjawab...sebab byk yg aku jumpa ramai pam susu utk kosongkan breast tp tak buat ebm...

Aku memula memang pasrah tak dapat buat stok sbb dari info aku dapat mmg xde harapan langsung... Kalo ada pun tipis sbb member sorang Berjaya Bawa balik masa Haji last year...tp dia byk contact...aku??? Hmmm...aku :-/

Dalam kepasrahan aku itu, aku masih mencari harapan selagi aku tak fly lagi...tetiba aku Baca post fb Kat KIM ada member group yg keje ke Istanbul 8 Hari 8 hotel berpindah randah Naik bas je...still Berjaya Bawa balik stok ebm....dari situ aku nekad Dan cakap Kalo dia boleh... Mesti aku pun boleh...

Dari situ aku mula plan... Bawa box, storage bag, garam...ini semua barang penting..
Xde 3 barang nie memang harapan Nak Bawa balik stok memang tipis sgt sgt k..

Mari aku share pengalaman yea...
- Aku tak pam dari aku sapai klia jam 7.45pg sapai masuk flight 11.30pg sebab aku cuak cecair tak leh masuk flight...aku tawakal je...
- Dalam flight aku Berjaya pam 3 kali
- Flight ke madinah,pramugara tue baik hati simpankan stok aku Kat tempat dia...xtau Nak panggil apa...tp sejuk la..
- Dalam bas menuju ke madinah dlm 2 jam tue aku pam gak... Sbb masa Kat airport dalam 3 jam aku tak pam lqngsung sbb tempat Dan keadaan tak sesuai...
- Sapai hotel da jam 10.30mlm cam tue...so aku pam ikut keselesaan Dan keadaan...sbb Kalo nk pam 4 jam sekali mmg aku tak larat sgt sgt selama di madinah atau mekah...
- bilik hotel aku ada mini bar...so selamat la ebm aku kan.. Aku duk madinah 6 Hari...so Hari ke 4 aku da mengelabah tanya Dan cari ais utk aku travel Dr madinah ke mekah...

*masa ni mencabar dan nak nanges je..sbb aku tanya semua org kat mana nk dapat ice...semua tak tau...cari Kat bindawood dan kedai icecream pun xde ais...

Tips penting
- Masa ni aku doa sungguh2... Aku buat solat hajat Dan tawakal....memang betul tanah haram memang doakan aku dimakbulkan...doa aku mudah...ya Allah mudahkan perjalanan aku Nak Bawa susu utk anak aku...

- Masa Hari ke 4 aku ditemuikan sorang yg baik hati tolong aku tanya chef...

Akan bersambung...
Busy laa...

Demam

2 Minggu berturut aku demam panas teruk punca bengkak susu
Demamnya seperti aku demam denggi...
Abes semua urat sendi sakit
Suhu badan tak payah cakap..
Memang tinggi teruk
Sapai Satu tahap mak basahkan badan aku dgn air Dari ais...punya la dia terdesak nk sejukkan aku...

Aku Bila da teruk
Memang tak leh Nak bangun atau buat pe apatah lagi mengepam...sakitnya ya Allah..

Alhamdullilah aku survive Dan esok g klinik mmg ada jangkitan...doktor bg ubat antibiotik Dan demam baru lega...

Ingat da fully recover tp...kena round two plak...sbb aku mmg busy dgn program..

Huhuhu
Kesimpulan
Susu drop...
Stok pun xdpt buat tapi mengambil Stok je...

Huhu
Bertahan la wahai ibu...

Perbezaan saiz spectra s3,freestyle dan lacte

Sejak beli lacte ni..
Aku cam banyak mengeluh je..
Mungkin aku kecewa dgn saiznya..
Silap aku tak g tgk cth pam dan juga masa proses survey, aku banyak cari pasai performance sapai lupa nk highlight saiz...

Aku rasa leceh sgt dgn part yg ada
Sebab pam yg dulu aku rasa pam on the go je...
Yg lacte nie...
- Motornya besar
- Botol dan breastshield pun besar
- Part yg ada utk breast shield banyak sgt...corong terpisah...senang tercabut plak. Aku jenis yg lolaq...pegang barang selalu nk terlucut...selalu jatuh kutip satu benda je...ni terjatuh berderai...alahai....
- selalu aku bawa cooler bag yg comel je as extra beg...la ni semua besar maka besar la beg yg aku perlu bawa
- Kalo freestyle, ko hanya perlu pasang breast shield dan tubing pada motor dah leh pam dengan tenang...aku pernah je pam kat dlm toilet dan bas..mmg open giler..n xrasa beban sgt...
- Aku try lacte, part yg longgar, besar, kena pakai power bank, ada tubing...eee leceh ooooo...dah tur tak leh intai aliran susu yg keluar...

Fikir balik spectra s3 better then lacte...cuma kelemahan kena direct power supply...

Hahahaa... Mesti ramai yg marah kat aku... Banyak songeh pompuan nie..
Ntah la,  setiap org ada keperluan tersendiri...pada aku suction tak byk beza sgt..

Minta maaf kalo ada yg marah dgn entry nie..
Tujuan aku nk share pengalaman aku je...mungkin aku TAK biasa pakai lagi kot
Huhuhu...

Sila rujuk gambar...

Lacte duet: gajet baru aku



ini adalah pam yang ke empat aku
kenapa yang ke empat?
sebab pam ke 3 aku rosak..
disebabkan keperluan aku terpaksa beli
anak aku tak mo direct maka aku ibu pengepam yang tegar

sebenarnya aku nk review pasal lacte duet nie
setelah guna 3 sesi...

sebelum tue..kenapa aku pilih lacte duet adalah kerana:-
  1. banyak review atau testimonia cakap best la..cara suction yg lembut sapai tak rasa apa2
  2. masa aku usha n survey, ku sangka saiznya kecil atleast besar sikit dari freestyle
  3. ada 2 motor ...lps kes freestyle rosak (maybe motor yg rosak) bikin aku nk yg betui2 yg heavy duty
  4. ayat review org len yg menghantui aku sebelum beli "tak rasa apa2...sedar sedar botol da penuh walau baru 10 min" sape yg xmo kan....hehehe

selepas 3 sesi aku mengepam guna lacte nie.. review aku
  • masa buka kotak aku terkejut sebab saiznya besar (lebih besar yang ku bayangkan).. sangkaan aku sebesar tapak tgn je tp ketebalannya buat lagi napak besar sebab aku membezakan dgn medela.
  • spare partnya yg banyak dan besar (isu besar lagiiii).. aku rasa spectra s3 dan freestyle tak sebesar dan banyak seperti lacte.. aku rasa leceh sangat.
  • soft shield dr silikon - banyak review orang cakap derang sgt suka dgn corong nie...sbb tak terasa la apa la...memacam laa ayat yg mengasyikkan tp bagi aku memang seperti jangkaan aku yang breast bersaiz besar atau lebih tepat puting yang besar tak sesuai dgn soft shield ..sakit oooo!!!!( utk aku la) .. masa first pakai FS dulu pun aku tukar corong sbb soft shield buat cik B aku melecet je..
  • pasai corong lagi ... sebab ada shield frame, ia menghalang hobi aku yg suka tgk aliran/pacutan susu keluar...tabiat aku kalo susu tak kuar aku aka picit picit cik B utk meransang susu kuar... la ni tak napak camner...huhuhuhu
  • hasil aku dlm 3 sesi ni macam biasa aku dpt je.. xde la yg berbeza...

ok takat ni je yang aku leh share sebab baru 3 sesi kan... maybe aku tak serasi lagi tue yang banyak cam xbest dan aku rasa masih dalam kesedihan lagi FS rosak... 


bagi aku mmg lagi prefer freestyle atau spectra sbb partnya yg sikit n mudah diurus.. suction bg aku sama jer..




brest shield frame yang menghalang tabiat tgk susu yang keluar... tak suka suka...


ni hasil sesi ke 2 aku..


breast shield yang besar dari freestyle dan spectra s3
- partnya pun banyak... huhuh kalo tertinggal mau nanges ooo
- aku seorang yg cuai dan pelupa...tue sebab aku mengeluh part yg banyak ni

dari pandangan atas napak macam saiz yag okay dari aku
tapi kalo tengok keseluruhan dgn ketebalan yang dimiliki lacte besar....huhuhu

Prolonged Jaundice - Result ujian darah

alhamdullilah semalam jumpa doktor untuk result darah Khaulah
hasilnya memuaskan - kata doktor
ikutkan ujian darah hari tue menunjukkan bacaan kuning hanya 85
memang dah xde kuning pun
ujian berkenaan fungsi hati dan lain-lain pun ok

cuma..
suspen lah pulak..
doktor cakap ujian TSH dan TS kurang memuaskan
ia berkaitan dengan tyroid..
ada doktor explain kat aku
aku ala ala faham - so nak explain balik mmg failed

biasa la
bila bacaan kurang memuaskan nie
doktor nasihat suh datang balik buat ujian darah
untuk dapat balik keputusan sama ada memang ada masalah
atau ...doktor cakap la...baby kekadang fungsi organ dalam badan belum matang lagi
dan memerlukan masa untuk matang sepenuhnya

maka
next appointment 2 minggu lagi - 3 Disember 2015
hmm.... kali ni amik darah tunggu 2 jam baru leh jumpa doktor
harus setengah hari aku menunggu kat PPUM
bertabah dan bersabar dengan ujian kecil berbanding orang lain

nasib baik masa tue aku cuti lagi
ok la kan..

last sekali
terima kasih pada yang mendoakan khaulah
sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalasnya

Eping - exclusive pumping

Akhirnya....
setelah sebulan lebih..
aku kena angkat tangan untuk terus berusaha menyusukan anak
nampak gaya aku akan jadi Eping (sila rujuk sini)

maka mulai hari ini
aku kena la tekadkan diri untuk lebih rajin
rajin apa ...
  • mengepam
  • bangun malam - untuk mengepam la
  • buat jadual - untuk monitor hasil susu perahan
  • membaca - untuk terus bermotivasi dalam mengepam
  • syiok sendiri - sebab setakat ni tak de geng yang betul betul EP
  • solat dan berdoa - mana nak dapat keberkatan kalo tak memohon pada pencipta..
nak tahu lebih lanjut pasai Eping ni rerajin la membaca ye kekawan
saya baru je belajar dan membaca sedikit so tak berani nak tulis bersungguh
setakat ni aku hanya amalkan ilmu bf yg lelama je.. 
 ayat keramat aku dari dulu 

"demand and supply"
 definasi mudah aku bila org tanya :- anggap breast macam kilang, kalo ada permintaan banyak, kilang kena la menghasilkan produk yang banyak. maka kalo nak susu banyak kena la rajin  produce susu dengan cara rajin mengepam... bahasa mudah...banyak kali mengepam banyak la susu yang akan keluar.. *** mudah untuk tulis dan cakap tapi nak buat ..hanya Allah saja yang tahu

oppss..
tak boleh berfikiran negatif 
kena positif sentiasa positif positif positif!!!!

so kalo orang tanya apsal la ko tak cuba dan usaha bg direct
hellooooo...
ko ingat syok apa mengepam nie...sakit tau puting aku dok mengepam je
sebab aku da berusaha laaa.... dan ini juga usaha aku untuk anak aku tau
sebab tak mudah putus asa dan susu masih ada lagi aku gagahkan jua untuk mengepam
so tak payah la ko bg idea memacam k
sebab apa..bila ko cakap macam2... bikin aku down je
macam aku tak bersungguh nak bf
huhuhuuhu... fahami la aku....
sekian luahan perasaan aku

sebenarnya aku buat entri ni 
nak share pasal eping tapi dah kelaut sebab meluah perasaan
next entri la aku update what i have done for Eping


kita layan gambar yer




sejak freestyle meragam
spectra taruhan aku untuk mengepam...
dah 6 tahun unur pam ni tau


selalu kalo rajin dan melebihi 30 min tiap sesi selalu dapat banyak ni la
tak banyak tapi cukup la untuk khaulah saya


stok sebulan ini...


orang cam aku yg nak jimat - isi penuh penuh
semua stok saya gemuks tau...


ni pie chart aku copy paste dr web mana ntah...
buat rujukan aku...

sekian

Ruam pipi, lampin dan kembung

ini kali haaa
aku banyak guna cream atau produk baru untuk khaulah
contoh kalo dudlu aku guna minyak nona roguy untuk sapu perut baby
tapi kali ni kakak aku promote la baby herbal cream dari tropika
fungsi mcam minyak telon lain tp boleh juga fungsi macam vicks..
aku baca dlm internet ..feedback macam menarik jer
maka aku pun try... harga pasaran RM39.90 aku usha kat toko jamu dlam RM35
tapi aku beli online je RM33 sekali postage...
testimoni aku... so far anak aku xde spesific penyakit cam batuk atau kahak.. 
so aku tak leh la cakap ohh.. cream bagus n bla bla bla..
cuma bagi aku dia ok , tak meleket n bau pun best...
so far aku pakai sebulan tak abes lagi...
aku letak kat tapak kaki, belakang n perut baby..
baby aku tak de tiap hari kembung tp ada juga la kena
tak tau dr mana punca..aku cuma leh salahkan pemakanan aku kot.. heheh

produk ke-2 
yang aku try kali ni nappy cream - SUDOCREAM
selalu aku pakai cream lain...melekit sikit
yang ni aku mmg suka sgt
aku tak  beli cream ni...dapat percuma dr hospital serdang lepas bersalin
aku try je... aku suka packaging dia n texture cream yg tak melekit
so far memang bagus kot sebab khaulah memang heavy buang air besar
so kekadang tue mmg terkantoi lama tak tukar pamper..
aku mmg pakai kan cream masa tukar pampers..setakat ni ruam tak menyerang
kalo habis cream ni harus aku akan cari brand nie..tp tak pernah jumpa lagi...

produk ke3
dari shaklee - herbal blend
aku jumpa benda alah ni dalam internet sebab kali ni pipi khaulah abes penuh biji biji ruam
aku survey ramai yg suggest produk nie
so far aku pakai seminggu ni napak ada kurang 
so aku rasa cream ni ok kot
harga mmg macam2 aku jumpa
ada yg sapai RM45 la..
lepas aku survey survey dapat la RM33 termasuk postage..paling murah aku jumpa


tips aku nak beli barang online tak leh gelojoh and on the spot
ko kena survey 2-3 hari n compare harga 
sebab jika ko rajin insya Allah ko akan dapat harga yg lebih murah dari pasaran
lepas ni kena rajin survey storage bag utk breastmilk..

itu je testimonia aku buat kali nie
aku buat entry ni untuk rujukan aku juga
kekadang org tanya aku tak ingat
aku ni kan pelupa
selalu org tanya aku tapi aku tak leh jawab on the spot..




3 produk yg aku baru guna

kecik je saiznya
10g je

50g
boleh laa

bagus gak utk eczema
aku try letak sumaiyah sbb kulit dia mmg sensitif
baru guna seminggu

pipi dan dahi khaulah yang timbul ruam biji biji
macam2 petua aku dapat
aku malas nk layan
sebab aku pemalas nk amal
huhuhu...
beli je cream sapu...habis cerita

30 hari sudah

Hari ni hari ke 30 pantang dan umur khaulah
Kali ni aku tak strict sgt dgn pemakanan dan tungku pun jarang
Jamu lagi la kelaut dalam
Sebab org sibuklah cakap anak kuning mak jgn makan jamu sgt
Maka nak tak nak aku tak berjamu
Bengkung..huhuhu menyedihkan juga kali ni

Ntah laaa
Tak tau kenapa kali ni failed..
Mungkin sbb aku da anak ramai maka tak terfokus diri sendiri
Tp aku rasa xde la jaga n layan anak sgt
Mungkin itu.semua alasan kan..
Manusia kan pakai mencari dan mencipta alasan dari mengaku khilaf sendiri..

Malam ni khaulah dok merengek je
La ni pak dia tgh henjut sambil tgk wrestling...
Aku da lemau...dok henjut dr siang..nak bengkok da pinggang

Alahai anak..
Moga kamu sihat selalu..
Ibu sayang kamu
Moga kamu jadi anak yg soleha dan bermanfaat utk semua...

Mood nk tido to tak tertido...
Moga malam ni khaulah jadi anak yg baik yer...

Refleksi diri

Khaulah masih kuning lagi...
Bacaan terakhir 128 (umur khaulah 23hari), masih atas 100
Menurut kata doktor sepatutnya selepas umur bayi 2 minggu bacaan perlu bawah 100
Ikutkan perlu dirujuk ke hospital tapi bacaan khaulah ada peningkatan mendadak- petanda baik.
Maka doktor bagi tempoh lagi seminggu untuk lihat keadaan khaulah.
So next appointment 9 nov sama dgn utk vaksin seterusnya

Kisah anak kuning kali ni
Benar benar menguji aku
Mana taknya...macam2 petua org bg n kami da buat
Sapai satu tahap aku menyampah bila org sebut petua ini itu...kekadang aku terfikir benarkah petua itu yg mengubati...bukan semua ini datang dari Allah

Bila hati berdetik demikian
Maka tersedar lah aku, sebab aku jua seperti mereka yg suka bg petua n cakap seperti pakar bila ada org lain ada masalah...lupa suruh kembali kepada Allah
Kisahnya... Ada member anaknya kuning yg keadaannya seperti khaulah...
Masa member mengadu, aku selalu bg petua dan push bersungguh laa member buat ini buat itu....tanpa memikir perasaan kawan...
Haaa...bila terkena batang hidung baru tersedar...kita kekadang lupa pada Allah...terlalu yakin dgn diri sendiri atau usaha yg kita buat...konon aku berjaya sebab usaha aku padahal itu semua atas izin dan aturan Allah...

Maka rentetan itu, aku berjanji selepas ini akan beringat... Fikir perasaan pengadu sebelum membuat kesimpulan...

Sejujurnya, bila kita dalam keadaan terdesak dan menerima pelbagai tekanan/desakan ( ya niat mereka baik) tapi penerimaan aku..seperti kita tidak berusaha....benar benar buat aku tertekan dan serabut...keadaan yang tidak membantu langsung...

Sesungguhnya kita manusia mudah lupa..
ALLAH menguji kita untuk sedar dari sifat alpa dan cuai..
Kekadang kita terlalu yakin dgn diri hingga lupa kuasa Allah...
Allah beri ujian kecil buat aku untuk muhasabah dan baiki diri...
Terima kasih Allah kerana menyayangi hamba kerdil ini dengan ujian ini...
Aku bertaubat dan mohon keampunan atas sifat angkuh dan sombong ini..
Astaghfirullah al'azim....

Oh en pam kesayangan..

Mi Saya mau nanges ini malam
Sebab en.pam tetiba je buat hal
Tetiba tak mau sedut
Bunyi pun dah lain macam

Aduhai
Terukla kalo problem
Sedeynya....

Td buka bateri
Kalo da buka bateri kena charge 24 jam
Baru leh on....

Huhuhuhu
Xde pam susah la saya
Harus menderita breast bengkak
Almaklum cik khaulah xmo direct
Huhuhu :-(

Ya Allah
Hanya padaMu aku berserah
Oh tensennya...

Moga aku bertabah

Nota: gambar
Hasil susu dr marmet method..
Ok la dr bengkak..
Kira skill masih ada..walau da tumpul..

Penyusuan hingga hari ke 13

Alhamdulillah
da 13 hari aku bersama si kecil
kesihatan semakin baik
cuma kuning baby je bikin aku cuak

nak cerita penyusuan kali ni
dari keluar labour room sapai keluar hospital
susu aku memang sikit, sapai anak aku mengamuk ngamuk
huhuhu...sungguh mencabar

disebabkan baby suka mengamuk
aku amik inisiatif guna botol je
pam susu then bagi melalui botol
ditambah dengan kuning mmg every hour to 2hour kena bg susu'
kalo bg direct mmg hisap main main je'
disebabkan (salah aku kot) dah terbiasa bg puting
maka anak aku dah syok dengan puting
huhuhuhu

bagi je direct kompom dia mengamuk
dan sungguh penat jika ia berlaku waktu malam
ingat hari ni start nk direct semula tapi tue la maknya kena kuat semangat
kompom rejection akan berlaku...

aduhai...
inilah antara cubaan dan dugaan penyusuan
tak boleh mengalah dengan keadaan
kena sentiasa ada istilah try and error
jika tidak kita akan mudah mengalah

doakan aku yer
takut sebenarnya
jadi ibu pumping 100%
penat dan letih ooo jadi ibu pumping nie...

walau apapon kita kena kuat semangat!!!


hasil susu dari 13 oktober...yg sebelumnya..aku habiskan..
sebab aku tak buat proper date.. 20 botol sudah...

kena la cuci botol baru...
kena pk storage baru...
kalo nk guna semua botol...harus kopak aku,,