Pagi ni lepas anta ika kat bbsitter, dgn selamba gi la kerja seperti hari biasanya tetapi masuk je kat LDP hujan da turun, ingat malas nk pakai baju hujan tapi rasanya hujan macam lebat jer so berhenti la kat shell. Aku tukar baju hujan tapi kali ni dlm toilet la sbb kat shell ramai btui mat-2 motor n minah motor berteduh. Tak kan kot aku nak tukar situ dgn selamba badak je kan kena la tgk tempat... heheheehe..
Maka teruskan la perjalanan yang berliku ( ceh bunyi cam sedih jer) basah semua baju ku termasuk la beg pam aku yang ku bawa kehulu hilir tue. Sapai kat opis aku, macam biasa aku juga org pertama.. terpaksa la amik kunci n buka opis.. lecehnya sbb dgn baju ujan yg basah n beg yg besar nak kena gendong...
Hari ni aku celoteh lebih sikit... hari ni aku beli nasi lemak kosong je... sbb aku tau kat pantry ada telor.. maka aku goreng la telur.. ( cam best je kan keje kat gomen ni .. macam kat umah daaa).
Hari ini bos xde, so aku kena incharge da... jd bos heheheh...kerja da byk ni.. so kena buat .. ari ni nak buat paper work la.. ok la nanti kita sambung k.. bye
Set Spectra 3
set spectra yg aku beli 3bulan lepas..
Aku da lama nak menanyang pam yang aku gunakan selama ini, tapi asyik kesempatan je. Kali ni aku da berjaya amik. Nama pam aku spectra 3. Aku beli masa dalam pantang kat mom little one, serdang. NAper aku pilih Spectra3?
Masa aku ngandung lagi aku da start nekad nak susukan anak aku selama 2tahun(insyaallah) so start dr itu aku selalu mencari bahan yg berkenaan dgn susu ibu dan bagaimana nak teruskan menyusu jika terus bekerja. Aku byk belajar dlm forum www.susuibu.com, kat situ banyak info yg benar2 berguna dan banyak membantu aku. kat susu ibu juga la aku mula survey pam apa yang baik dan sesuai untuk aku. Bila aku study dan budget yang aku mampu ialah Spectra3. Antara sebab aku pilih spectra 3
- dalam forum byk ibu2 yang menggunakan spectra3 amat berpuas hati dgn kemampuan spectra3( belajar dr pengguna yg pernah guna)
- Spectra3 sesuai untuk double pumping - terutama org yg kerja macam aku yg mempunyai waktu terhad untuk pam
- kos spectra3 blh dianggap berpatutan sbb beli sekali semua dapat, so tak payah nak pk apa2 da
- spectra guna kuasa elektrik, oleh itu tak payah nak mengepam .. ehhe e aku pernah try yg manual susu tak kuar pun
- beg spectra3 pun ok gak .. menarik.. aku gi keje naik motor so letak je dlm bakul motor vrooomm vrooom
Jamuan Hari Raya
Gambar yang aku upload adalah hasil tangan dan idea aku sendiri. Aku di assignment kan oleh bos aku untuk upgrade set buffet macam kat hotel. Dia teringin sgt nk macam hotel dan dia tau akunyer background so dia suh la aku. Aku buat la yang termampu dgn bahan yang ada. Masa nak buat ni aku cam cuak je.. elh ker aku buat sbb kalo kat hotel semuaya hotel baik dr segi material n labor/pekerja semua nya leh minta jer.. Tapi dgn government blh ker?? almaklum byk no protokol yg perlu dibuat. Mula2 memang tensen sbb nak suh org buat kerja mmg payah walaupun aku ada jawatn tapi derang cam degil je dgn aku tp nasib baik aku ada partner a.k.a senior aku yg byk tolong aku.
Walaupun senior aku condem idea n harapan aku tapi aku salute dia, sbb dia tetap bagi sokongan dan bantuan yang aku perlukan. Terima kasih En.Man!! Mengingatkan hari tersebut, aku sapai ofis seawal kul 6.45am n terus bertungkus lumus setting table VIP and buffet set sorang2. Alhamdullilah aku mampu buat berbekal semangat buat kerja dgn ikhlas maka hasil yang amat memuaskan sehingga tetamu yang datang impress dan menanya saper yang buat.. ( Dalam hati aku berbunga riang) Tapi yang tak syoknya, ada la pulak yg ckp kami buat sesama... xkan la aku da pasang niat kerja dgn ikhlas kalo tak mau aku ckp byk ko nya sama....
Tak kisah la asalkan semua berjalan dgn lancar. Aku amat bangga sbb aku mampu jalankan tugasan pertama dgn jaya. Semoga aku berjaya lakukannya dlm tugasan seterusnya.. amin
cloth diaper
ni gambar Cd yg diletak 2insert sesuai untuk yg heavy buang air kecil especially waktu mlm. Macam zulaika!

Nampak tak beza 1 insert dgn 2 insert. Kalo 2 insert daya serapan dan penyimpan air lebih byk dr 1 insert jer..
Kepada member ku-liea, CD atau cloth diapers ni sama sgt dgn pampers yg kita selalu guna hari2. dia leh tahan lama cam pamper gak tp dia diperbuat dr kain. aku la ni da guna dgn sepenuhnya CD ni untuk 2org anak aku tue. Setakat ni amat menjimatkan.. selalu kalo gi mydin sure nak dekat 400 masa zulaika sorang je dulu. la ni hehehe perlu risau susu aje.
Kepada member ku-liea, CD atau cloth diapers ni sama sgt dgn pampers yg kita selalu guna hari2. dia leh tahan lama cam pamper gak tp dia diperbuat dr kain. aku la ni da guna dgn sepenuhnya CD ni untuk 2org anak aku tue. Setakat ni amat menjimatkan.. selalu kalo gi mydin sure nak dekat 400 masa zulaika sorang je dulu. la ni hehehe perlu risau susu aje.
Subscribe to:
Posts (Atom)