Adab solat>>
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.> Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita,>seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, hina>rendahkan diri sendiri dan menyesallah.>>
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita>diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa>bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu>menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi>anaknya.>
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan>mengangkat takbir.
Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil>membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya.
Fokus.>>>
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :>> i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga> ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga> iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada.(bukan> telinga).>> Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.>Menurut> penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2an>di celah> lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu>sekiranya> kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.>>
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke>atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan>ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn>kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2> lengan adalah rapat mendekati badan.>>
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan>dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan>berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat>(90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.>>
4) Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaalakal hamdu">>
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai,>baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di>bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di>antara kedua2 tgn dan di situlah dahi> diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri>akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak>tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari>kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.>>
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :>> i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki> ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki>kanan> dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.>>
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika>menyebut"....illallahh..."> ( "laa ilaa ha ILLALLAH") .>>>
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.>Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat>ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh kekiri. Tidak salah>jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180>darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan>sebaliknya.>>
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan>papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah>dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg>tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak.>Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan>para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati>ciri2 yg tertentu. Antaranya: 1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan>warna kulit, maka solat kita tidak sah.> Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara>caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak>telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju> sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak>kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.>> 2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain>solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan>bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah,>tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita>sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu,>terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat.> Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg>lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.>> 3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg>berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg>rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2>ini akan terkeluar di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.>> Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah>tiang agama.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat>kita.>> Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui,terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak>jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat>sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun>kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya>mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun>dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena>ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah>berbaloi.>> Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.>Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.
Sekian saja yg dapat saya>kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg>baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.>>>> Wasalaam.>> Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,>"Sampaikanlah> pesanku biarpun satu ayat">
1 comment:
good info
Post a Comment