full breastfeeding

Aku plan nak breastfeeding anak aku kali ni. alsebab nya, anak sulung aku selalu sakit n selalu kena gi klinik hingga ada sapai duk hospital. Kajian yg aku buat mungkin sbb susu. So kali ni aku nekad nak bagi exlusive breastfeeding kat sumaiyah supaya tidak berlaku perkara yang sama berulang..insyaallah.
sebagai permulaan aku da baca byk artikel yg berkaitan mmg byk manfaat dan faedahnya. Untuk menunjukkan kesungguhan aku, maka aku pun telah membeli breast pump yg berharga RM600++(set). Permulaan mmg napak cam mudah, setelah aku lalui sebulan nie.. pelbagai persoalan yg timbul yg napaknya aku perlu sentiasa belajar untuk menambah pengetahuan dan yg paling penting semangat perlu kuat dan hati kena tabah.
Baru2 ni aku telah terkena nipples cracked.. Ya Allah hanya ALLAH saja yg tau betapa pedih n sakitnya. tak tahu nak cerita... aku da kena nak masuk4 hari.. da 4 hari jugak la aku culas (sblm nie mmg culas nak pump) nak mengepam...stok yg ada pun aku da guna sbb sakit sgt hingga nak bg direct kat anak pun sakit apatah lagi nak pam.
Aku mula susah hati sbb stok xde n aku nak masuk kerja boleh ker aku full breastfeeding nie. Macam goyah je semangat aku bila tgk xde stok ni. lagi seminggu aku nak keje da. Breast pun masih sakit lagi n stok xde mampu aku supply kat babysitter nanti... al kerisauan tengah melanda...

No comments: