aku mula sedar yang stok aku telah licin selicinnya
aku terlalu ikutkan emosi yang tak stabil
sehingga aku lupa untuk menggumpul stok susu
aku mula sedar yang pengeluaran susu aku bertambah teruk
aku hanya mampu menuai setakat 3oz sek yang sekali pam
hasil dari kedua-duanya.... satu hasil yang amat membimbangkan
sejak aku duduk shah alam juga
aku mendapat ulser yang teruk sehingga hari ini
ulser aku makin besar dan bertambah dari satu hingga ada 5
sakit yang ditanggung amat la perit tapi aku da biasa alami ulser maka aku lalui macam biasa
adakah semua ini mengganggu penghasilan susu?
aku sedar byk yang boleh mempengaruhi hasil susu
tapi aku manusia biasa yang melalui pelbagai peristiwa dan dugaan
maka aku akan terpengaruh juga dengan persekitaran.....
setelah diselidiki kali ini susu merundum adalah kerana
- emosi yang terganggu telah menyebabkan hasil tidak memberangsangkan
- disebabkan melayan emosi, maka KEMALASAN mengepam terjadi
- kemalasan itu menyebabkan DEMAND - SUPPLY tidak stabil dan mengakibatkan susu merundum
- ditambah jadual kerja yang tidak menentu kebelakangan ini menyebabkan PENGURANGAN sesi pam dari 4sesi diwaktu kerja menjadi 3sesi sahaja
- ulser yang teruk juga mempengaruhi tabiat minum - jarang buat horlick
- kebelakangan ini sumaiyah dijaga oleh ayah atau penjaga maka jumlah susu yg diambil lebih dari yang ada
maka dia minta aku bagi extra ebm kalo boleh
petang tadi aku balik lewat sikit sbb ada last minute assignment
bila aku sapai aku tgk sumaiyah dlm buaian (selalu dia tunggu kat pintu)
pengasuh info dia bagi susu ika( dumex-dugro) sbb ebm da abis
sedih je aku dgr sbb anak aku da tak cukup susu
cuaknya aku
takutnya aku
adakah impian dan sasaran aku nak sapai 2tahun tidak tercapai
sumaiyah baru je 10bulan tapi aku da xde stock ebm pun
da pengeluaran aku amat mengecewakan... jika ia berterusan maka aku akan jumpa jalan sedih
aku perlu ikhtiar untuk mengeluarkan dan memperbanyakkan pengeluaran
agar sumaiya dapat susu yg terbaik selama 2tahun
aku mula sedar dan tidak leka melayan perasaan
lupakan dan buangkan perasaan yang mengarut itu
aku harus beri keutamaan pada anak ku yang memerlukan aku
aku jgn menoleh kebelakang lagi
aku harus kuat dan tidak LEKA
aku jgn hanyut dan lalai keran perjalanan penyusuan aku masih jauh
aku perlu ghairah dalam penyusuan jika tidak jadi macam ni la
EBM akan merundum jer
apa yg perlu aku buat
- memperbanyakkan sesi pam
- memperkuatkan emosi agar tidak mempengaruhi pengeluaran
- perlu mencari alternatif untuk byk kan susu
- perlu kuat SEMANGAT dan tidak mudah putus asa
- jgn patah semangat n leka n lalai ...
- ingat sasaran 2TAHUN penyusuan..
agar sumaiya dilimpahkan susu yang banyak dan tidak terputus
YA ALLAH ya tuhan ku permudahkan perjalanan penyusuan ku ini
jauh lagi perjalanan ini , tinggi lagi dakian ku ini
semoga dengan limpah rahmat-MU ini memberi aku menjadi IBU yang kuat
amin .. amin ..
No comments:
Post a Comment