hati yang murung

kebelakangan ini hati bagai tidak gembira dengan hari yang dilalui. Bagaikan ada saja yang tidak kena dan sempurna dihati ini. segalanya salah.... Cuba melakukan yang terbaik tetapi semuanya gagal. Mengapa ini semua berlaku sedangkan cuba buat yang sebaik mungkin. Adakah kerana aku tidak cukup ikhlas dalam apa yg aku buat? atau tidak tetapkah niat aku???atau aku mahu pujian atau dipandang oleh manusia lain.


Mengapa hati tidak sebulat berniat menyatakan apa yang diri ini lakukan adalah kerana ALLAH. tidak kah semua hati perlu menetapkan niat untuk melakukan segala yang ada hanya kerana mencari keredhaan ALLAH. aku manusia biasa yang selalu mengingini sebuah hati yang tulus dan ikhlas. Hati yang bersih dan suci tanpa ada niat hitam dan dusta. Mengapa susah benar untuk menjaga hati ini . Bukan kah manusia perlu memasang niat dalam segala urusan yang dilakukan.

Ya, Allah aku berdoa kepada -MU agar berikan aku sebuah hati yang tulus dan ikhlas. Aku benar ingin jadi hamba yang tiada niat selain ingin mencari keberkatan MU ya ALLAH. Bantu dan dorong lah hati hamba-MU ini kejalan yang engkau redhai....... amin ya rabbal alamin.....

doa seorang hamba yang hina..

No comments: