rabu
hari ini aku da mula bercuti sebabnya laki ku telah mula bercuti dan dia sibuk lah nak pulang ke kampung halamannya disungkai. So lepas je balik keje, bersiap dan terus pulang ke kg selepas waktu maghrib.
Semalam masa kat opis aku da mula rasa lain macam sbb perut dan atas ari-ari aku rasa pedih serta rasa memulas cam sakit perut. Tapi ku tahan dan aku rasa tak mengganggu perjalanan hidup dan kerja. Aku rasa kesakitan ini berpunca daripada tempoh berjalan yang sangat lama. Sebabnya aku mula terasa sakit diperut bila mula bekerja dan menjalankan aktiviti berjalan yang agak lama.
Dikampung suami ada tukang urut yang dari dulu mmg aku selalu minta khidmatnya. Tadi masa nak urut di ada tanya brapa hari dan dia ckp 19hari baru la sangat dan tidak patut aku mula bertugas. Sebelum sesi mengurut dia check suhu badan aku dan cakap badan aku panas , ini bermakna aku telah bentan....
Maksud Bentan : demam dan keadaan yang sejuk melanda orang bersalin dimana tanda-tanda dalaman perempuan itu ada sakit. .. itu lah explaination tukang urut tersebut
Setelah beberapa saat dia mula mengurut perut, dia ada tanya perut ada bunyi tak ?
memula aku cam pelik la..tapi mmg kebelakangan ini perut ku selalu berbunyi, sangka ku perut lapar. Tapi menurut kata tukang urut itu, perut aku ada angin.
ohh... banyaknya yang aku alami tapi aku tidak sedari... adakah aku terlalu ambil mudah dan fikir kalau banyaak sangat mengadu padahal benda kecik adalah tanda aku mengada-gada... tapi rupanya tindakan aku itu hanya akan merugikan diri sendiri dan aku yg akan merasai apajua kesan.
so lepas ini, saya akan pastikan segalanya adalah yang terbaik saya lakukan untuk badan saya kerana jika saya sendiri tidak menjaga maka saya juga yg rugi dan menyusahkan org sekeliling. Saya nekad untuk menjaga lebih terperinci diri ini...
sekian ....
No comments:
Post a Comment