DOAKAN ABG SAYA -Mohd Shafie B Mohd Salleh

Siapa yang rapat pasti tahu, aku punyai adik beradik yang ibu tapi satu ayah. Walaupon kami berlainan ibu, tapi kami membesar bersama-sama hingga aku selalu lupa aku adalah anak sulung. Dalam byk adik beradik, aku hanya ada seorang abang sahaja, dia mmg membesar dgn aku dr aku kecik lagi. tido pon satu toto. kalau dulu g sekolah rendah pon jalan sama-sama dr lindungan ke SMRK Sg Wei.

Bila aku skolah menengah, tak skolah sama. sebab beza kami 5tahun.Bila dia da kerja, selalu bg duit bila nk raya kat mak suh beli baju kami.Masa aku  nk PMR dia ckp kalo dpt A dia bg RM50, kalo B dpt 20. Walaupon dia tak cukup duit dia tetap tunaikan janji dia. Ingat lagi masa nk amik PMR, dia pernah hantar naik motor hingga nk jatuh. Dia juga pernah hantar aku sapai ke Bentong -asrama teknik dgn TZM dia.

Pernah sekali bila aku gaduh dgn kakak2 aku hingga nk kuar rumah, dia juga penyelamat suh duk umah dia dulo. Bila aku da grade, dia yg sibuk cari kerja n tuk aku, kalo waktu lunch suka blanja mkn n bagi duit blanja- walaupon dia tak ada byk....

Dia selalu jaga aku,...masa aku gi beijing, dia lah beria cari baju tebal n susun beg aku....dia beria jaga aku sapai org rasa terharu tgk cara dia layan aku. Masa aku nak kawen dia juga yg banyak tolong. Dah kawen pun dia byk tolong, bagi fridge, tilam dan memacam lagi. Masa aku da beranak pon dia byk tolong, uri2 anak aku dia gak yg tolong ajar laki aku basuh n tanam. Bila sesak2 nie dia juga backup dengan duit claim dia... betapa byknya yg telah dia lakukan pada adik dia yang sorang nie.....

tapi semalam,
aku sungguh terkejut dan sungguh tak percaya bila aku dpt sms menyatakan dia kena serangan jantung.Bila call hp dia tak berangkat , call wife dia...memang sah...wife dia kat hospital dah. Dengan hati yang bercelaru, aku tunggu hingga berbuka puasa dan terus  ke PPUM.

Alangkah pilunya hati bila lihat dia terbaring di atas katil dengan tiub dibadan. Sedangkan selama ini dia yang selalu dtg membantu tapi kali ini hanya dgn pandangan sayu dia pandang aku. Bila ditanya, suara sangat perlahan. Dia cakap abang sakit sangat. Sakit kat tengah2 dada.

Aku hanya mampu, pakaikan stokin dikaki dia yang agak kebiruan. Bila tanya abg nak makan atau minum, dia cakap abg haus tapi tak tau doktor kasi ke tak....aku terus tanya doktor, doktor cakap boleh...sempat juga aku menabur bakti dengan beri dia air mineral dan roti.

Ramai adik beradik dtg, semua masuk ikut giliran selagi dia tak masuk wad dan jumpa doktor pakar. Kakak ipar dan kakak aku menyampai berita yang begitu menyedihkan dan mengejutkan bila diberitahu oleh doktor bahawa

dia memang napak stabil tapi keadaannya kritikal
dia mengalami masalah "major" kat jantung dia

Doktor suruh banyak2 berdoa dan bersiap sedia........

Sesiapa juga yang baca nota ini, saya amat berharap kalian boleh mendermakan doa agar abang saya selamat dan sembuh sedia kala. Moga ada ubat dan cara untuk dia sembuh...

Doa kalian amat saya hargai dan didahului denganucapan terima kasih.

sekian


No comments: