implan -part 2

ada ke implan part 2????

alkisah
nak cerita perkembangan aku setelah memakai implan bulan april yang lalu. Kiranya dah 3bulan la aku tanam ini implan. So kita ringkaskan perkembangan setelah pakai implan

  1. produktiviti susu ibu - setakat ni alhamdullilah..hasil tuaian aku maintain dan macam biasa, sebab aku masih jaga jadual pam dan pemakanan aku. Maknanya sesi pam dan pemakanan macam biasa dan sifat beringat supaya tak leka dan santai dengan ebm yang ada. 
  2. fisikal / badan - alhamdullilah dan syukur pada ALLAH, aku masih ditahap tidak naik badan..takut gak bila badan naik sebabnya bff aku -along cakap selalunya implan menaikkan badan..memang gegara isu gemuk aku hampir tak pakai implan...takut siot....
  3. hormon - sebelum aku pakai, aku buat survey n tany aramai org, ada org cakap hormon mempengaruhi kehidupan perempuan. Kerana hormon la ada yang pening2, muntah, period tak tetap and etc.
  4. period - dr aku bersalin dan lepas pantang memang aku tak period lagi hingga anak aku kini nk cecah 8bulan. Cuma sekali je aku period bila aku makan ubat paksa period untuk pasang implan hari tue...lepas 7hari period memang sapai la ni aku tak pernah beli pad lagi...jimat yer...
  5. selera makan - bab nie tak sure...sebab kalo orang menyusukan anak memang kerap lapar nak plak lepas menyusu or pam..ada yg sapai mengigil. Oh aku semua keadaan aku dah merasa, mengigil, kebulur , haus giler semua ada...so bab ni tak sure...cuma bila aku nak makan aku sukat -sukat juga...agak2 terlebih jer cecepat aku beringat....mencegah lebih baik kan....
  6. jerawat - kes ni aku cuma dgr dr mulut org jer...ada yg penuh ..sebab hormon jugak nie...

apa lagi yer....
 nie je kot....
harap dapat berkongsi sesuatu dengan kalian....

No comments: