INDUKSI: pagi kedua yang masih kerinduan

pagi ini bangun lebih awal.. sebelum alarm berbunyi aku da bangun...nak tido balik tetap tak lena walhal tido lewat. Celik je mata aku terus teringat kat sumaiyah.. betapa aku ringukan renggekan sumaiyah, rindu kat bau maiya yg masam-masam busuk yang bagi ku sungguh wangi.. uwaa .. huhuhu ibu rindu maiya..

ibu juga rindu kakak... mlm tadi xdapat cakap dgn kakak.. sedih hati ibu..buat pertama kali sehari dalam idup ibu tidak mendengar suara kakak... pagi ni pun mesti la ibu rindu juga kakak... akak selalu bangun pagi dan  terus cari ibu seluruh rumah..kalo tak jumpa sure menangis kuat2... kalo jumpa ibu kat dapur mula la merengek dan baring depan pintu dapur tunggu ibu siap buat kerja.. peneman dan pengikut ibu...

tapi pagi ini, ibu tak jumpa anak2 ibu dan tak dapat hidu bau anak ibu yg masam itu.. alangkah nikmatnya jika ibu dapat nikmat ini....ketahui la ibu amat merindui kalian...

sekian luahan hati ibu buat sesubuh ini
nanti malam ibu sambung lagi yer...ibu nak mandi...

Induksi : pagi pertama

hari ini aku bangun jam 6pagi
sesubuh aku mengepam demi untuk menunaikan hasrat menjada jadual pam
masa aku mengepam, perasaan sayu begitu terasa...
selalunya saat ini jika aku bangun selepas mandi,
pasti adik akan merengek atau menangis sebab dia sedar ibu xde tepi
maka kelam kabut aku menyuakan susu kemulutnya
terasa saat bahgia dia menghisap sambil memeluk dan membelai tanganku..
sob.. sob.. sedihnyer..

benar-benar sayu dan sedih bila mana semua itu muncul dalam minda..
betapa aku merindui saat-saat itu, walaupun baru satu hari aku tidak melaluinya
aku benar2 terasa rindu.... sumaiya dan zulaika ketahui la ibu begitu merindui kalian
betapa ibu rindu panggilan dan tangisan kalian....
betapa ibu rindu pelukan dan ciuman kalian
betapa ibu rindu untuk memandikan kalian
betapa ibu rindu akan segalanya...

bagaimanakah 15hari lagi untuk ibu lalui...
uwaa.. uwaa... jiwang nya aku
tapi ketahui lah jiwa aku benar2 sedih dan sayu
betapa rindunya ibu pada anak2 ibu yang jauh...

kalau ibu ada sayap pasti ibu terbang pulang setiap malam
pasti ibu cium pipi gebu anak - anak ibu
pasti ibu akan belai rambut anak-anak ibu
pasti ibu akan peluk kuat2 anak-anak ibu

ibu rindukan kakak dan adik
sungguh ibu sangat2
ibu kecewa malam ini xdapat cakap dgn kakak
sedihnyer... ( air mata ku bergenang)

sabar yer sayang ibu....

Hari pertama kursus induksi :sudah sampai di pusat latihan Uitm, kg. Gajah

aku sudah sampai akhirnya.... kini tempat ini akan jadi tempat tinggal ku selama 17hari ini. Aku bertolak dari shah alam menaiki bas UiTM yg disediakan... hehehehe... banyak barang aku bawa dan beg bagasi ku sangat la gemuk...sebab aku tak dapat bayangkan apa yg akan berlaku..

sebelum aku sampai disini, aku telah pasang niat iaitu untuk teruskan mengepam walaupun ada risiko untuk sumaiyah menolak susu ku ini. Aku rasa aku perlu ambil risiko demi meneruskan impian dan hasrat ku yg belum kesampaian... aku harap risiko yg aku ambil tidak memberi satu harapan...

disini jua aku ingin belajar untuk menjaga pemakanan, dimana untuk mengawal tahap kelahapan ku yg makin hari makin teruk itu. Maka untuk menjadikan ia kenyataan aku perlu sematkan dalam hati motif dan harapan ku ini

hasrat atau cita-cita disini adalah untuk lulus dgn cemerlang dalam kursus induksi ini agar menjadi pekerja cemerlang. Boleh lah aku sah jawatan  kurang dari 2tahun...

apalagi yer aku nak coret nie...hmmm tak lain tak bukan.. pastila aku rindukan ahli keluarga ku
especilly anak2 ku yg jauh ini...uwaa uwaa... ibu rindu korang...

Detik -detik ke INduksi : zulaika dihantar ke Sungkai

Pagi ini sedih dan kosong je hati ini, semua gegara aku tidak bersama dengan anak-anak ku... sedihnya... bila terpaksa berjauhan.... bermacam yg timbul dalam kepala dan minda ku ini......bertambah sedih bila dr semlam sapai pagi ni aku masih tak dapat cakap dengan ika.. Alangkah sedihnya aku....bila aku hati meronta nak bercakap dengan anak sendiri tapi gagal... bodohnya aku rasa... bodoh sgt....susah sgt ke??????????????
aku benci laaaaaaaaaaaa... benda mudah selalu jadi susah kalo berkait dgn org lain......

adakah aku je yg berperasaan begini???adakah aku yg over ??? kekadang aku selalu tanya diri sendiri>>>
adakah aku yg selalu menyukarkan keadaan.?
atau aku mmg tak mahu memahami perasaan orang lain?
teruk ke aku ini...
benci sgt...
aku benci....
bodoh nyer...

saya sudah gagal ker???

Masa mengandung lagi aku telah pasang niat dan nekad untuk menyusukan anak aku selama 2tahun paling kurang kerana itu adalah waktu yg ideal.. aku mula belajar tentang penyusuan sejak itu dan byk benda yang aku pelajari untuk menguatkan mental dan fizikal sebab bukan perkara mudah bagi ibu yg bekerja untuk menyusu sepenuhnya... walaupun susah tapi aku cekalkan hati untuk melakukan.....

maka aku aku telah berjaya melakukannya setakat ini iaitu selama setahun... tetapi bila kini ... aku seperti nampak isyarat bahawa setakat ini sahaja perjalanan penyusuan anak ku bersama aku....pada mulanya aku benar2 tidak rela untuk mengalah walau byk yg dilalui ... yg jelas byk kos yg aku  keluarkan demi mencapai matlamat ini... 

aku tahu bukan takdir tapi aku yg tidak terus cekal dan leka dalam memenuhi misi sendiri.. inilah balasan dan akibat yang terpaksa aku terima.. disaat aku sedang bergelut dengan kesakitan akibat melecet dan luka...aku memanjakan diri untuk tidak mengepam dan menjadikan kesakitan sebagai alasan... padahal sudah diketahui bahawa ada cara lain untuk mengeluarkan susu itu....

sedihnya aku
aku teramat runsing dengan keadaan yang aku alami kini. aku sedih kerana jelas matlamat untuk menyusukan anak aku 100% susu ibu tidak tercapai. Episod minum susu lembu akan bermula dimana esok aku pasti akan melatih anak aku untuk minum susu lembu kerana aku tidak punya waktu yg  banyak... aku TERPAKSA kerana aku langsung tiada stok beku atau cair untuk anak aku selama 17 hari ini....

ketahui lah...
betapa kecewa dan menyesalnya aku... aku seperti orang yg gagal mencapai impian dan matlamat. terasa begitu kecewa dan bersalah terhadap sumaiyah.. ibu berjanji untuk memberi selama mahu tapi kini ibu gagal penuhi.... kerana kesalahan ibu yg lalai dan leka. sepatutnya ibu perlu lebih konsisten dan komitmen dgn apa yg ibu impikan.... maafkan ibu.....

air mata seperti ingin berderai tapi tidak keluar
kerana hanya hati yg memahami bila hasrat tidak tercapai...
hany ahati yg tertanya sendirian mengapa ia berlaku dan kenapa?

aahhh hati aku kecewa kerana gagal penuhi misi sendiri!!!!

saya susah hati

Hari ini aku terima surat kursus induksi... alangkah terkejutnya aku sebab masa staff aku bagi kat aku ingat surat biasa jer tapi bila buka kursus induksi yg akan diadakan 13julai 2010 in iaitu pada hari selasa bersamaan 4hari lagi... betapa amat merisaukan aku...tambahan stok aku yg mmg da kering berikutan masalah luka di breast
aku masih beelarutan walaupun selalunya takat seminggu je tapi kali ini seudah melebihi 2minggu... masalah susu sahaja da buat aku tak senang hati dan asyik memikir apa yg perlu aku buat....

     Bila aku terima surat kursus ini lagi buat la buat hati aku tak ketentuan dan bercelaru... sejak dari terima surat hingga waku ini, fikiran aku asyik memikir jer. Naper ia berlaku begitu cepat.. aku plan selepas hari raya tapi napak seruan dtg awal lak pulak.... bila aku susah hati dan byk memikir semuanya akan dipengaruhi, yg jelas muka aku akan kelat sepanjang berfikir ini..... sehinggakan zulaika asyik bertanya " ibu, naper ibu sedih?" ibu naper ibu tak sayang kakak?"... betapa senstip nyer anak sulung ku itu... tapi hati aku tetap berfikir dan susah hati.....

antara masalah yg menyesak dlm fikiran aku
  • tiada stok susu - aku boleh terima kalo mmg da xde susu ibu tapi maiya perlukan masa utk sesuai kan keadaan dan susu itu sendiri. Aku takut akan berlaku apa2 sepanjang ketiadaan aku
  • penjagaan anak - aku tahu dan percaya pada laki aku, selama nie pun dia yg jaga.. cuma bila da pindah shah alam, penjaga aku takat jaga sapai jumaat  padahal laki aku keja sabtu. Dah tu dia minta awal lagi nk cuti pada 23julai nie... laki aku mana leh cuti sampai 2hari...
  • Barang kelengkapan - byk brg kena beli sbb nk g selama 17 hari for sure aku kena beli byk barang 
  • lagi satu hal.... aku ada terpk nk anta anak2 aku kat sgkai tapi aku berat hati sgt sbb entah la byk nyer aku pk tapi xde saru pun yg positif kat saner... semuanya negatip jer padahalnya aku tahu anak aku akan lebih selesa cuma aku kurang yakin........
  • financial problem - aku cuma ada baki yg tidak mencukupi untuk hujung bulan nie... kalo aku ada aku bleh pusing duit tp kalo laki aku je .. payah kot...
  • perasaan rindu seorang ibu - aku belum lagi berjauhab begitu lama.. paling lama g t;ganu masa hari tue.. 4hari jer.. tu pun sumaiya cam tak layan aku
cuba bayangkan kalo aku tinggalkan anak2 aku dihantar ke sgkai... pasti  anak aku dimanjakan... di bagi semua permintaan mereka da pasti lepas ni org saner lagi la sibuk suruh balik memanjang... menci nyer....

 so aku tgh pk sebaik2nya... aku perlukan masa dan ketenangan...

Maiya panjat katil


camgini la gaya sumaiya semalam.. xsempat nak amik gamabr .. berlaku dengan pantas...


Semalam banyak hal yang berlaku yang membuatkan aku hilang mood tetapi maiya telah berjaya mengembalikan mood dan buat aku happy. Semuanya berlaku bila sesudah aku mandi bersama ika, adik maiya terus menuju kebilik untuk mendapatkan kami. sedang leka bersiap...yang  adik pula beria mencuba untuk memanjat katil selalu juga dia buat .so aku tak de la beria nak bantu atau naik kan dia ke atas katil. aku sungguh terkejut ibu yang  poyo <<.***>> dia berjaya naik ke atas katil dengan aksi yang tersendiri. DIA BERJAYA... HUREY .. HIP HIP HUREY..... betapa kecohnya aku .... bukan apa maiya tak pandai berjalan lagi pun.. berdiri pun tak boleh lama sangat... so sungguh menakjubkan... (bagi aku kkkk..-org lain aku tak tahu)


Tahniah untuk anak ibu... betapa gembiranya hati seorang ibu bila sesuatu yang baru berlaku dalam perkembangan anak... tima kasih anak ibu sebab buat ibu kembali bersemangat !!!!!




memula cari tempat memijak... baru leh naik.. hip hip horey...