Masa mengandung lagi aku telah pasang niat dan nekad untuk menyusukan anak aku selama 2tahun paling kurang kerana itu adalah waktu yg ideal.. aku mula belajar tentang penyusuan sejak itu dan byk benda yang aku pelajari untuk menguatkan mental dan fizikal sebab bukan perkara mudah bagi ibu yg bekerja untuk menyusu sepenuhnya... walaupun susah tapi aku cekalkan hati untuk melakukan.....
maka aku aku telah berjaya melakukannya setakat ini iaitu selama setahun... tetapi bila kini ... aku seperti nampak isyarat bahawa setakat ini sahaja perjalanan penyusuan anak ku bersama aku....pada mulanya aku benar2 tidak rela untuk mengalah walau byk yg dilalui ... yg jelas byk kos yg aku keluarkan demi mencapai matlamat ini...
aku tahu bukan takdir tapi aku yg tidak terus cekal dan leka dalam memenuhi misi sendiri.. inilah balasan dan akibat yang terpaksa aku terima.. disaat aku sedang bergelut dengan kesakitan akibat melecet dan luka...aku memanjakan diri untuk tidak mengepam dan menjadikan kesakitan sebagai alasan... padahal sudah diketahui bahawa ada cara lain untuk mengeluarkan susu itu....
sedihnya aku
aku teramat runsing dengan keadaan yang aku alami kini. aku sedih kerana jelas matlamat untuk menyusukan anak aku 100% susu ibu tidak tercapai. Episod minum susu lembu akan bermula dimana esok aku pasti akan melatih anak aku untuk minum susu lembu kerana aku tidak punya waktu yg banyak... aku TERPAKSA kerana aku langsung tiada stok beku atau cair untuk anak aku selama 17 hari ini....
ketahui lah...
betapa kecewa dan menyesalnya aku... aku seperti orang yg gagal mencapai impian dan matlamat. terasa begitu kecewa dan bersalah terhadap sumaiyah.. ibu berjanji untuk memberi selama mahu tapi kini ibu gagal penuhi.... kerana kesalahan ibu yg lalai dan leka. sepatutnya ibu perlu lebih konsisten dan komitmen dgn apa yg ibu impikan.... maafkan ibu.....
air mata seperti ingin berderai tapi tidak keluar
kerana hanya hati yg memahami bila hasrat tidak tercapai...
hany ahati yg tertanya sendirian mengapa ia berlaku dan kenapa?
aahhh hati aku kecewa kerana gagal penuhi misi sendiri!!!!
No comments:
Post a Comment