salah ker aku???

aku tengah sakit hati yang sangat... pernah "mereka" bertanya mengapa aku buat muka dan buat perangai yang buruk bila mereka berada disekeliling aku. Tahukah "mereka" aku amat benci dan menyampah dengan kehadiran mereka kebelakangan ini. Bukan dengan melihat "mereka" sahaja yang buat aku menyampah tahap gaban... mendengar nama mereka sudah buat aku sakit hati dan buat aku rasa nak maki dan mencarut -carut jer....

salahkah aku semua yang berlaku? tidak kah mereka sedar mereka yang buat aku jadi macam nie. Aku sendiri sentiasa ingin mengubah persepsi terhadap mereka tetapi tiap kali aku ingin bersangka baik dan berfikir secara positif mula mereka
  • mereka datang kerumah hanya nak pijam kereta untuk keluar dating dgn awek, kalau tiada hajat nak pijam kereta jgn harap napak batang hidung...
  • mereka , bila kita mengadu masalah...bukan nak tolong sebaliknya cerita masalah mereka.... yang tahu kita sedang serabut dengan masalah .....
  • mereka hanya tahu kita perlu datang kepada mereka walaupon tahu kita sedang ada masalah...apa makna pertolongan jika mereka mahu kita hadap mereka sedang kan meraka tahu perkara itu suatu kepayahan kita...
  • mereka ....ntah la

terlalu banyak peristiwa dan keadaan yang buat aku kecil hati dan makan hati maka bila da bertimbun aku jadi menyampah dan bosan dengan situasi yang perlu aku hadapi....bila aku buat perangai..pasti yang jelas aku lah buruk..tidak berbudi bahasa dan ikut kepala jer... tahukah mereka aku benar2 sakit hati dengan apa yang aku lalui.... tahukah aku da fedup hingga aku tidak mahu berkata-kata lagi....

sumaiyah dijangkiti kuman ...

alkisah....
minggu lepas aku telah  menjadi penghuni PPUM selama 5hari mulai isnin hingga la jumaat. Bukan aku yang sakit tapi ada sikecil ku sumaiya syuhada yang telah dijangkiti kuman dalam darah. Sepatutnya aku kena g PPUM malam ahad tue juga selepas result keluar di DEMC yang memberitahu jangkitan ini amat bahaya kerana white blood cell normal untuk baby umur sumaiya antara 5-12 tetapi sumaiyah telah meningkat sebanyak 26.0 tetapi aku ada beberapa halangan yang memaksa untuk postponed bawa maiaya gi esok hari nya...
 
sebenarnya minggu lepas adalah minggu yang amat busy kat opis sebab rabu adalah hari pendaftaran budak baru. Kebetulan banyak assignment yang melibatkan aku sebabnya sebelum minggu pendaftran aku banyak ambil job/assignment member yang masuk hospital. Nak tak nak aku kena settle down or pass info supaya tak kelam kabut opis masa pendaftran. Hari isnin lps handover yg patut aku baru g PPUM.


hasil dari ujian lab PPUM, white blood maiya meningkat ke 31 walaupun maiya macam da kebah demam... so doktor suh admitted gak untuk full checking n full observation. Masuk ke ward, doktor cakap kena stay atleast 5 day sebab nak observe antibiotik sesuai atau tidak....

selepas 4hari doktor check urine n result clear so aku leh balik....
hurayy hurayyy ... but.... doktor pesan..
  • kebersihan kena tip top ( ayooo apa la yg tak tip top)
  • pampers kena tukar immediately ( ayooo naik la kos pampers)
  • tiap kali demam kena check urine sebelum bagi any antibiotik... selama 3-4tahun( wah ...byk hal ooo)
  • apa lagi yer... da lupa lepas ni ada appoitment
so peringatan buat diri sendiri...kena sentiasa peka dgn persekitaran demi kesejahteraan keluarga...ntah apa yg aku tulis nie sbb nya dok menunggu citer korea yg dok buffering jer....

Coret coretan....

agak lama aku tak update
sebenarnya byk je modal nak bercerita dan menaip nie..
tapi sejak akhir-2 ini aku kerap memikir perlu ke nk kecoh...
atau nak war-warkan benda-benda ini semua...
akibat dari itu buat aku jadi confuse maka
tiada lah cerita hangat dan terbakar... huuhuh


so untuk tidak menghampakan diri sendiri
aku cuma coret berapa yg aku ingat jer

  1. Bebaru ini aku beli gadjet baru dlm hidup aku, alkisah sebabnya aku da abis hutang satu barang kira nak sambung hutang ( pelik tui manusiakan ....) entah la da terjebak kot dgn hutang piutang nie...lagipun aku tak macam dulu yg leh beli cash sebab ada bonus tiap tahun tapi kini mana la ada bonus.....so kena la pepandai untuk hidup macam org... kira merasa apa yg org lain merasa la kononnya...alasan...
  2. adik aku da beli kereta , memula dia konon tak mo susahkan orang especially aku la... tapi akhirnya aku offer diri gak sbb sukar utk dia beli tanpa ku sebagai penjamin...akibatnya aku ini telah menjadi penjamin kepada 3biji kereta dan penama kepada 3biji kereta gak... huaaa... macam kaya tapi sebenarnya...hampeh..
  3. apalagi yer..... aku pernah cerita kebengangan aku terhadap officemate kan... tapi alhamdullilah berkat doa dan beristifar selalu aku telah berjaya mengeluarkan dia sebagai nanah dlm hati ini... oppss jgn salah sangka yer.. aku tak buat apa pun dan xde pa yg berlaku kat dia... cuma hati aku tidak lagi sakit jika dia buat apapon....sbb aku da redha...dengan keizinan ALLAH... alhamdullilah...
  4. bebaru ni 1mei, family merangkap kakak-kakak tiri ku buat majlis BBQ untuk family.. memula aku mmg tak mahu dan tak plan nak join pun tetapi dengan ketentuan ALLAH aku org yang paling awal balik... so majlis ok dan hubungan kami ok tapi aku still susah utk didekati...aku kan jenis manusia yang susah nak maafkan org... huuhuhuhu... tapi keesokkan harinya....berlaku tragedi yg sedih dimana adik aku kehilangan wallet yg mengandungi dokumen dan RM2000++... bersama2 handphone C3 nokia. Kesian dia... ntah nak tuduh orang tak baik kan.. lagipon semuanya kira sedara dan adik beradik... dia terpaksa redha....
  5. berita ni aku takmo nak kecoh sebab aku mmg dari dulu tak suka nak hebah... ntah dah jadi pesen aku kot... huuhuhu... buat pertama kali ini adalah pengalaman pertama aku buat pregnancy test kurang dari 3bulan. Kali ni mungkin sebab da mengalami keguguran ada sikit kesedaran utk buat test awal kan ... kalo tak selagi aku rasa tak perlu selagi tue aku buat bodoh jer...tapi kali ni minggu yg ke-7 aku da sahkan kandungan aku. Dengan ini aku istiharkan diri aku telah buyung utk kali ...hmmmmm ... nak ckap kali berapa yerk.... suka korang la.... aku mohon dilindungi kandungan ini hingga lahir menjadi bayi yang sihat dan soleh....
  6. hmmm.. apa lagi yang berlaku yer...hmm.. akhir-akhir ini aku dilanda kemelut kewangan. Puas fikir apa yang buat aku jadi sempit duit dan sentiada duit tak cukup... adakah rezeki ku tidak atau sejak duduk shah alam, kos sara hidup yang tinggi...hmmm ntah la...aku rasa aku tak belanja dgn hikmah.. uhhuhuhuh...
sekian coret coretan ku ini....

    aku sangat benci.....

    aku benci mereka dan mereka....
    tahukah mereka da menyusahkan diri aku dan buat aku tak bahgia
    aku benci korang
    aku sgt benci korang
    sangat dan teramat sangat....

    malu + marah

    alkisah....
    ada satu masa aku terlepas keluar perkataan carut pada seseorang yang masa tue mmg aku hot sangat. Dan seperti biasa bila aku mula kesedaran diri timbul akan minta maaf pada hari itu juga... tetapi malang bila kita dah buat kesalahan maka susah nak betulkan... maka terbukti lah kebenaran pepatah melayu... Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata badan binasa....perkara itu terjadi dalam hidup aku... kesannya berlaku hari ini...

    aku tak boleh nak salahkan orang itu jika bercerita satu kampung atau satu negara sebabnya mulanya salah dari aku.......... so kena la telan apa jua yang berlaku dan pandangan orang terhadap aku. Tetapi aku kecewa sebab dia sungguh bangga  bila cakap aku keguguran sebab mulut aku jahat... alangkah terkejutnya aku sebabnya aku da minta maaf on the spot dan cakap bebaik .... tapi hingga hari ini depan aku dia boleh ungkit benda yang benar-benar buat aku terguris..... malunya aku..... lebih -lebih lagi bila dia sebut benda tu depan orang yang kita tak rapat dan kita hormati....

    so peringatan  buat diri aku.... kena la berjaga-jaga lain kali dgn saper blh bergurau dan anggap kawan. ini benar-benar kecewa dgn diri sendiri yang tidak boleh mengawal diri. Aku tak mahu salahkan sesiapa sebab aku sepatutnya tak patut mengeluarkan carut tapi ... ntah lah.....kecewa sangat ......

    Ya Allah, ampuni lah dosa-dosa ku... Ya Allah.. bantulah hamba-mu ini untuk menjadi yang lebih baik. Yang mampu aku lakukan adalah doa..... uwaaa... uwaa... malu n sedih sangat ..... sampai bila lah benda ni akan berlaku.....

    kematian.....yang pasti...

    minggu ni dimulakan dengan berita kematian sahaja. Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku dok dengar pasal orang meninggal ni. Last week ibu kepada penyelia aku meninggal, ada jiran yang rapat dgn laki aku pun meninggal dan yang terbaru pagi ni bila buka email, seorang pensyarah di tempat aku meninggal.

    walaupun aku dgn pensyarah ini tidak berkenalan tapi beliau seorang yang sgt dikenali kerana dia selalu jd MC majlis jika ada majlis tak kira la formal atau informal sure muka dia je sebab dia sgt la bagus bila  jadi MC. Orangnya sangat la kecil (lelaki) dan solo lagi. Muda dan aktif dalam banyak program dia terlibat hingga aku yang duduk diceruk gua ni pun leh mengenali dia. Macam rasa cam tidak percaya dia tiada lagi.......


    tetapi siapa la kita untuk pertikaikan kematian kan. Bukan kah itu janji ALLAH... setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma tidak tahu bila dan bagaiman jer..... biasalah bila isu kematian hampir dengan kita mula lah kita tertanya-tanya bila lah giliran kita dan orang-orang yang kita sayangi,,,, takutnya bila mengenangkan giliran itu.....

    tapi satu yang aku nak tekankan... ada satu ustad ni bagi tahu dalam ceramah dia... salah satu petanda nak tahu orang itu ditempatkan tempat yang baik bersama2 yang terbaik adalah bila kematian nya tiba... orang akan rasa dan ingin sangat menceritakan kebaikan dia kepada orang lain. Maka tersebarlah yang perkara-2 baik berkenaan arwah ini. Disitu dapt dilihat , ALLAH menggangkat darjatnya dengan kebaikannya disebut-sebut oleh orang orang yang masih hidup ini.wahahualam......

    minta-minta masa tiba giliran aku aku juga ditempatkan orang-orang beriman... amin....

    denggi oh denggi...

    semalam dan hari ini kolej aku didatangi Org-org MBSA utk buat pemeriksaan kat semua bilik yang ada dalam kolej aku. alkisah derang datang sebabnya kolej aku da ada 3kes denggi dan kolej kami telah dilabel kawasan wabak. Maka mereka ini dtang bertujuan nak cari dan hapuskan la semua tempat pembiakan jentik-jentik.

    nak dijadikan cerita, isnin aku g kursus akibatnya aku hanya tahu semua details derang nak dtg hanya melalui sms je. aku n bos aku bertukar2 info. Bos aku ada buat plan terakhir untuk selamatkan keadaan kolej tapi malangnya kalo da staf ni tak faham bahasa n degil mmg la payah. Plan yang bos aku beria suh derang buat mereka tak berbuat dan mengakibatkan 10botol jentik2 dijumpai dlam kolej. Antara yang terbanyak pula aku yang bawa 5 botol kat blok aku jer... sebab leh terjumpa jentik2 nie adalah mangkuk tandas tidak diflush.itu la plan bos aku tapi sia-sia takat plan tapi org bawahan tidak ikut arahan......

    so hari ini akan diteruskan operasi, semalam petang aku da assignment semua staf naik blok n flush toilet je and nak tunjuk la yang aku bukan hanya mengarah je.. sementara derang naik bilik aku n satu lagi PPA buat bunjut ABATE .... tapi derang nie mmg tak pernah bersyukur dan perangai yang tak reti nak menghargai dan suka komplen buat aku angin jer....

    ntah la... ini la senario yang aku hadapi sejak kerja didalam gomen. kekadang rasa fed up sebab kerja tak banyak pun tapi nak layan kerenah orang je... cara bos dengan cara bossie la... staf pulak yang mana nak pencen lagi la paayh nak handle....disini aku banyak beristifar tapi kekadang mengata dan mengumpat dan mengutuk tak pernah lah miss dalam kerja harian aku sebab sakit hati sgt ....

    oppsss
    sambung pasal denggi ni aku nak share

    1 botol jentik-jentik yag dijumpai = akan dibawa ke makmal ( diuji aedes atau bukan)

    jika positive - kompaun akan dikenakan = denda RM500 sebotol

    so aku da dijumpai 10 ... kira la sendiri.....
    so harap korang jaga la kawasan yang leh menjadi pembiakan aedes.
    tempat yang biasa derang check:_
    1. mangkuk tandas
    2. tangki pam tandas
    3. tray tempat letak pinggan (yang berair)
    4. pasu bunga yang ada diluar dan didalam rumah
    5. tempat atau bekas yg leh takung air...
    berhati -hati yer kekawan... denggi ni bahaya  sebab selepas 14 hari baru leh detect denggi... kalo demam tak kebah da seminggu tu bebaik la gi check darah kat hospital or pusat kesihatan . kalau takat klinik biasa derang mmg kekadang terlepas pandang....

    itu je setakat ini...
    nak plan plak utk operasi jam 10pagi ni
    nak assign staf ikut operasi...
    gua chaoweiii dulu..........