kematian.....yang pasti...

minggu ni dimulakan dengan berita kematian sahaja. Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku dok dengar pasal orang meninggal ni. Last week ibu kepada penyelia aku meninggal, ada jiran yang rapat dgn laki aku pun meninggal dan yang terbaru pagi ni bila buka email, seorang pensyarah di tempat aku meninggal.

walaupun aku dgn pensyarah ini tidak berkenalan tapi beliau seorang yang sgt dikenali kerana dia selalu jd MC majlis jika ada majlis tak kira la formal atau informal sure muka dia je sebab dia sgt la bagus bila  jadi MC. Orangnya sangat la kecil (lelaki) dan solo lagi. Muda dan aktif dalam banyak program dia terlibat hingga aku yang duduk diceruk gua ni pun leh mengenali dia. Macam rasa cam tidak percaya dia tiada lagi.......


tetapi siapa la kita untuk pertikaikan kematian kan. Bukan kah itu janji ALLAH... setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma tidak tahu bila dan bagaiman jer..... biasalah bila isu kematian hampir dengan kita mula lah kita tertanya-tanya bila lah giliran kita dan orang-orang yang kita sayangi,,,, takutnya bila mengenangkan giliran itu.....

tapi satu yang aku nak tekankan... ada satu ustad ni bagi tahu dalam ceramah dia... salah satu petanda nak tahu orang itu ditempatkan tempat yang baik bersama2 yang terbaik adalah bila kematian nya tiba... orang akan rasa dan ingin sangat menceritakan kebaikan dia kepada orang lain. Maka tersebarlah yang perkara-2 baik berkenaan arwah ini. Disitu dapt dilihat , ALLAH menggangkat darjatnya dengan kebaikannya disebut-sebut oleh orang orang yang masih hidup ini.wahahualam......

minta-minta masa tiba giliran aku aku juga ditempatkan orang-orang beriman... amin....

No comments: