Salam,
Hari ni hari ke-2 aku keje selepas cuti raya.
Semalam termasuk aku ada 3 org je yg keje.. sunyinyer opis..
Disebabkan xde org suasana nak keje ni mmg xde sbb cam tak tau je nak buat apa kan. So dari semalam most of my time aku abis kan surf internet.. memacam aku baca dan terjuper dan banyak agak benda aru yg aku blaja dan tgk...
Sebenarnya bertenet ni bagus gak kan. Dulu takat suratkabar je aku baca la ni apa je aku nak tau leh cari kat dlm tenet ni. La ni aku lebih fokuskan bab Menyusukan Anak, Sebab ni aku kena sentiasa updatekan maklumat dan ilmu agar aku tak down bila org sekeliling mempersoalkan naper aku nak menyusu. Aku xmo disebabkan org anak aku tak dapat yg terbaik buat dirinya.. Cukup la dulu bila anak sulung aku amat jahil tentang hak sebagai anak.
Mungkin orang pk susukan anak tak byk cabaran dan perkara remeh tapi setelah aku menjadi Ibu yang menyusukan anak baru aku tau pengorbanan seorang ibu buat anaknya. Terlalu banyak pengorbanan yg perlu dilakukan seperti menjaga pemakanan yg dulu aku main belasah jer apatah lg aku adalah peminat maggi yg tegar( blh belasah maggi tiap hari). tapi kini aku da berubah demi anak yg dikasihi.. maggi da jd makanan yg terpaksa jer kalo tak aku tak akan sentuh.
Segala yang masuk dlm mulut aku akan kuslidik baik buruknya demi tidak menganggu penghasilan susu dan juga sensitiviti kpd anak aku. Contohnya aku xde makan benda yang berangin, sentiasa menjaga diet agar seimbang selalu.. heheh aku mak yg baik kan...
Bila aku buat semua ni aku selalu terpk kesilapan yg lalu. Naper la aku tak sedar n tak tau pasal susu ibu ni. Penyesalan yang amat besar pernah aku buat yg aku rasa tak mampu aku nk patah balik. aku rasa amat bersalah pada Zulaika Syuhada.. Maafkan Ibu!!!!
Sedihnya hati aku.. Siapa la yang memahami hati ini.
No comments:
Post a Comment