Sepanjang aku menyambut raya ni.. banyak yg menanya susu apa anak aku minum? aku jawab dgn selamba susu badan. Reaksi dan persepsi mereka macam pelik dan soalan seterusnya macamana kalau kerja camner nak bagi susu badan? tak susah ker? anak tak meragam ker?
Kalau dulu mungkin aku akan terpengaruh dan semangat nak susukan anak aku dgn susu badan akan down tapi kali ini alhamdullilah segala persiapan yang aku buat semasa mengandung berjaya aku tepis keraguan mereka dan menjawab segala persoalan mereka..
kekadang kecewa dgn orang sekeliling sebab tidak ada yang bagi semangat untuk teruskan perjuangan menyusukan anak ini. Mereka merasakan menyusukan anak ini menyusahkan dan membebankan bila keluar bekerja. Dulu masa anak pertama, aku tidak ada pengetahuan dan kesedaran betapa bagus dan baiknya susu ibu. Aku hanya mengikut dan mendengar kata orang bahawa kalau bagi susu ibu akan susahkan diri, anak dan penjaga.. antara alasan mereka
- anak xmo berpisah dgn ibu dan kuat meragam bila bg dgn botol
- menyusahkan penjaga kerana susu ibu perlu jagaan rapi
- baby susah nak dibela dan takut penjaga tidak akan menjaga dgn baik
- dan macam2 lagi yg bunyi seperti amat membebankan hidup
Aku mula ada kesedaran bila anak sulung aku punyai banyak masalah diantaranya, tiap bulan aku kena bawa ke klinik kerana pelbagai penyakit, cirit birit , demam , batuk, muntah dan hampir jadi asma. Kemuncak aku nekad untuk susukan anak seterusnya ketika pengalaman anak sulung aku masuk hospital sebab nak jadi asma. Pengalaman yang begitu memilukan hati aku sebagai ibu bila melihat anak aku dicucuk untuk ambil darah.. anak aku menangis beria-ia hingga memandang aku dgn begitu sayu seperti memohon simpati dan menahan kesakitan yang sangat.. amat pilu perasaan aku seperti gagal menjaga anak dgn baik.
Pengalaman anak aku cirit selama sebulan dan najisnya berdarah amat menakutkan aku. Doktor memberitahu ada jangkitan virus dan bakteria dlm perut. Bila ditanya punca, doktor bagi tahu mungkin susu tidak sesuai atau penjagaan peralatan menyusu tidak baik. Ketika itu pelbagai susu aku cuba bagi anak aku dari yang muarh hingga la yang mahal tetapi semuanya sama dalam sebulan lebih... Kesian anak aku selama sebulan tu jugak la duburnya kepedihan sbb cirit yg teruk.
Mungkin orang kata baby sakit adalah biasa tapi sedarkah mereka kenapa baby sakit??? tahukah mereka pemakanan amat la penting dalam mempengaruhi kesihatan anak kita??
Untuk anak Kedua- Sumaiyah Syuhada, ibu takkan ulangi kesilapan lalu. Ibu akan berjuang untuk memberikan yang terbaik. Kepada Zulaika Syuhada, ibu merasa amat menyesal dan terkilan kerana tidak ada kesedaran dulu, ketahui la ibu amat terkilan dan rasa bersalah itu sentiasa menyelubungi ibu...
No comments:
Post a Comment