birthday...

hari ni birthday aku.. xde yang special pun pada hari ini. terima ucapan dari kawan n famili.

Cerita pasal birthday, tiada istilah sambutan hari lahir dalam kamus famili aku.. seingat aku hanya sekali kami meraikan sambutan hari lahir ni iaitu hari lahir arwah adik yang dibuat dan dikelolakan oleh kakak aku. Rasanya itu je kot yang kami raikan , almaklum kami dari keluarga yang susah. Ini bermakna memang dalam hati setiap anak - anak bapa aku xde yang bermimpi disiang hari untuk menyambut hari kelahiran bersama keluarga. Bagi kami, hari lahir kami adalah seperti hari-hari biasa sahaja. Rasanya mak xde pun wish masa aku kecik2 atau zaman sekolah. ahhh...lupan kisah sedih ini.


Tetapi bila mula zaman sekolah menengah, aku mula ada sahabat yang rapat dan ikhlas. Kami merayakan setiap harilahir  sahabat kami dengan ucapan dan kek.Walaupun dengan sebiji kek dan berkongsi ramai, tetapi ia da cukup menggembirakan hati. bagi aku zaman sekolah adalah yang terindah. Kerana pada zaman itu, diri dihargai dan persahabatan yang terjalin adalah ikhlas dan suci. Betapa aku merindui zaman persekolahan.Setiap tahun pada zaman sekolah, hari lahir aku disambut dengan penuh bermakna bagi aku. Kenangan itu sentiasa dalam ingatan aku....

Bila sudah meningkat dewasa dan banyak tanggungjawab yang digalas, persahabatan dan hubungan yang terjalin tidak seikhlas zaman sekolah. Banyak hubungan terjalin bukan atas ikhlas.... Sedihnyaaaaaaaa...
apalah yang aku mengarut nie......

Motip entri aku kali ni, adalah bila da menjangkau usia 30tahun ini aku tidak seperti sebelum ini, yang masih tertunggu hadiah dan ucapan dari orang. Pada hari ini aku sedar bahawa semua tak penting bagi aku. Cukup la sekadar bersyukur dengan apa yang aku miliki. Kerana aku adalah kalangan orang yang masih beruntung yang hidup tak melarat dan kesepian dan kurniaan terbesar kesihatan yang tahap unggul, dimana aku tak bertongkat dan tidak perlukan bantuan insan lain untuk jalani kehidupan.

Ya Allah, sempena kelahiran aku yang ke-30tahun ini , aku memanjat kesyukuran diatas apa yang telah KAU limpahkan buat hamba-MU ini. Aku memohon pada-MU berilah aku kesihatan yang berpanjangan untuk menjalani ibadah hidup ini dengan baik dan berkat kan lah hidup ku untuk menjadi hamba-MU yang soleh.. amin..


semoga tahun ini dan seterusnya, aku akan lebih bersyukur dan banyak membuat kebajikan dalam kehidupan demi sebuah kehidupan yang lain...

No comments: