Setiap tahun kami sekeluarga meraikan aidilfitri dikedua-dua ( banting & sungkai) kampung cuma yang membezakan adalah mana dulu nak beraya. So tahun ini adalah turn banting , seperti kebiasaan kami kena gotong royong menyiapkan juadah hari raya. Oleh yang demikian balik awal sehari sebelum raya bagi mencapai misi raya - masak ketupat dan rendang.. tahun ni aku beria nak makan mak punya rendang, selalunya xde plak excited sangat macam ni. Tapi hasrat dihati nak makan rendang tak tercapai sebab rendang tahun ni telah dimasak oleh kakak ku - ita. Aku pun tak tahu macamana la pulak dia yang memasaknya, padahal dari pagi aku buat mise en place- dlm bahasa melayunya memotong dan menyediakan bahan2 masakan. semuanya boleh dikatakan aku siapkan sebab masa tu aku da tidokan anak aku... bila semua da siap anak aku plak bangun maknanya aku kena layan anak la kan... dan kebetulan la pulak masa tu kakak aku pun sampai la... dan bila aku usha kat dapur.... dia yg tgh dok masak rendang... al kekecewaan melanda masa tue..... dapat merasakan bahawa rendang tahun ni tak sehebat yg aku sangkakan....
Bila rendang da siap... jangkaan aku benar belaka ... belum rasa tgk pun da tahu mmg tak best rendang tahun nie.. warna je dah lain .. selalu mak masak warna gelap nak hitam tapi kali ni warna merah la plak...esh esh esh ... potong stim betui la....itu la alkisah rendang tak best....
Raya tahun ni , tahun pertama aku beraya dengan kamera sendiri. Selalu tumpang kamera orang jer so nak posing lebih-lebih malu lah kan.. tahun ni aku balas dendam la sebab sendiri punya kamera suka hati aku la kan nak amik posing camner pun... hehehehe.. maka pagi raya kami beramai-ramai mengambil gambar ....
antara kecanggihan kamera aku leh amik gmbar bunga api so bila setting firework dia amik bunga api je.. gambar org dia abaikan k....
hebat bukan kamera saya... x rugi kot aku beli kan.. hehhehe
seperti yang aku nyatakan, dia cuma amik gambar bunga api... bebudak yg tgh main tu dia tak amik jelas pun...
lupa nak nyatakan. bunga api ni bukan dibeli oleh bebudak ni atau mak bapak budak2 nie.. tetapi percaya la orang yang "hantu" bunga api dan mercun kat rumah aku adalah mak aku atau merangkap nenek anak2 aku. Mak aku adalah orang yang paling giler atau sanggup berhabis untuk bunga api. kekadang beratus dia abis semente untuk bunga api dan mercun. Kalau tidak ada mercun dialog dia macam ni " ala kalau takde emrcun xmeriah la hari raya dan tak bermakna" boleh ker?????? sepatutya ayat tu dari cucu -2 dia ini tidak dia lah yang sibuk cari anak2 aku untuk diajak main bunga api walaupun sumaiyah itu tak paham pun ...
tak per la asalkan mak happy.. anak nyer tumpang happy...
No comments:
Post a Comment