- Kecerdasan kanak-kanak boleh berubah
- rangsangan otak kanak2 pada peringkat awal akan mempergiatkan pertumbuhan badannya
- keturunan bukan menentukan had kecerdikan seseorang
- kemampuan untuk belajar adalah paling besar ketika otak membangun paling pesat
- otak manusia boleh dibandingkan dengan komputer
- terdapat had umur dimana sel-sel otak sudah tidak dapat lagi digiatkan
- terdapat masa yang paling peka untuk belajar
- Kanak-2 adalah manusia yang paling bijak mempelajari bahasa
- Masa yang paling sesuai untuk mengajar bahasa kedua atau ketiga kepada kanak-kanak ialah ketika ia berumur sebelum setahun
- Fitrah Kanak-kanak telah dijadikan ALLAH s.w.t sentiasa ingin mengkaji, menyelidik dan mencuba
- fitrah kanak-kanak telah dijadikan ALLAH s.w.t untuk mengasah kebolehannya, mencuba dan mempelajari
- belajar adalah menyerohokkan dan menyenangkan kanak-kanak
- semakin banyak yang diketahui semakin banyak yang ingin diketahui
- keanehan/kajian Dr. Montessori
- keanehan yang dijumpai Dr.Glenn Doman
MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG BAIK DIRUMAH
- persekitaran boleh merangsang otak kanak-kanak dan membentuk keperibadian
- kurang keperihatian ibubapa kepada anak-anak akan merendahkan taraf kecerdikan anak-anaknya
- kasih-sayang , perhatian setiap tindakan akan meninggikan taraf kecerdikan anak-anak
- ibubapa perlu membantu anak dalam proses membangun intelek anak seperti tidak terburu menghukum sebaliknya menjelaskan mengapa sesuatu tindakan dan perbuatan adalah tidak boleh dilakukan
- Tindakan suka mencuba oleh kanak-kanak perlu digalakkan dalam proses perkembangan otak dan tindakan memarahi dan mentertawakan setiap kali percubaan kanak2 tidak digalakkan
- Meniru - ibubapa perlu memberi contoh yang baik kerana setiap tingkah laku ibubapa akan ditiru dan diikuti anak2.
- penggunaan ayat atau bahasa yang sesuai dalam menerangkan keadaan seperti kerap penggunaan "jangan" boleh menyekat rasangan dan perkembangan otak yang mana penerimaan kanak-kanak yang mana proses pembelajaran terbantut.
RANGSANGAN SEMENJAK LAHIR HINGGA 6BULAN
Antara bentuk rangsangan perlu ditekankan:-
- Bahasa - bahasa yang betul dan penggunaan bahasa ke2
- Intelek - pendedahan kepada alam sekitar / bunyi/warna dgn merangsangkan dan mendedahkan kepada deria yang dianugerahkan ( deria rasa, melihat, mendengar,menyentuh)
- Hafalan Qur'an - bacakan ayat hafalan ketika tidur kerana perkembangan otak berlaku sepanjang masa
- Sembahyang - memdedahkan / membiasakan anak-anak bila waktu sembahyang dengan memberi gambaran bagaimana sembahyang
- Pergerakan - membuat sebanyak mungkin kerana pergerakan asas bagi otak untuk menyelaraskan pergerakan.
- Kemahiran - kebolehan menggunakan tangan dan jari-jari seperti menggengam ibu jari ibu atau ayah
- Keseimbangan - pergerakan kesimbangan badan yang kerap dilakukan kepada anak sejak bayi boleh membantu kepada asas pembangunan otak
No comments:
Post a Comment