kerja giler..

hmmm...
rasanya dah lama aku tak buat kerja giler
tambahan selepas dapat title isteri dan ibu
kali terakhir buat kerja giler rasanya masa aku sebelum kawen
kerja giler yang aku maksudkan adalah
berbuat sesuatu yg jarang org buat
cthnya kerja giler terbaru aku adalah

aku telah meninggalkan laki dan anak demi sebuah persahabatan
demi nak menunaikan janji
aku naik bas selama 8jam untuk jumpa kawan yg jauh nun di penang
kalo jumpa n lepak lelama xper jugak.. agak berbaloi
tetapi aku  cuma jumpa tidak sapai 2jam

ini semua gegara aku gagal untuk gi kenduri member aku kawen
aku kena standby kat opis demi pendaftaran bebudak
untuk menjaga air muka aku yg tak suka mungkir janji
aku telah nekad dan dapat keizinan suami tercinta
untuk berjumpa dan kira cover balik mungkir janji
hehehehehr

aku gelar ini kerja giler sebab semua org opis
sgt terkejut bila tau plan aku yg sanggup naik bas 8jam
dan tinggalkan anak2 dan suami..

bila pk balik xde la giler sgt kan
sebab sebelum kawen aku mmg cam ni
kalo rasa ada mood n kegilaan maka terjadi la apa yg dirancang
aku rasa berbaloi demi sebuah persahabatan dan kepuasan hati

banyak faedah dan kesedaran aku perolehi dr trip giler ini
antaranya...
bila aku berjauhan dgn laki dan dia restu apa aku buat
secara tidak langsung buat aku sedar yg aku beruntung memiliki
suami yg memahami jiwa kegilaan aku
maka setelah timbul kesedaran, akan ku balas dengan menjadi
isteri yang lebih baik lagi dan menghargai perhubungan ini.

aku selalu beruntung
bila aku sentiasa mendapat sokongan dari keluarga dan kekawan

aku perlu
menghargai anugerah ALLAH
bersyukur perolehi apa ada pada hari ini
membahgiakan diri dan org sekeliling selagi ada masa berbaki

doa aku
semoga aku diberi kesihatan untuk jalani kehidupan
moga aku dan semua insan diberkati sepanjang hidup
moga kesejahteraan manusia dapat dikekalkan
moga kita umat MUHAMMAD diberi petunjuk dan jalan yang benar


a..m.i.n

No comments: