kini baru aku tahu makna kehilangan setelah aku lalui keguguran kehamilan aku yg ketiga kali. Selama ini aku begitu bangga dengan sejarah kehamilan aku yg tak ada masalah besar dan aku mampu lakukan apa sahaja sepanjang kehamilan tidak seperti orang yang lain yg teramat jaga dengan tempoh sembilan bulan tersebut.
mungkin semua yg berlaku adalah petunjuk dari ALLAH untuk menyedarkan pada aku yang aku hanya HAMBA dan DIA mampu melakukan segalanya mengikut kehendak-nya. Ingatan buat diri aku untuk tidak bercakap takbur dan bangga diri kerana semuanya adalah milik ALLAH.
Alkisah...
seperti entri aku yg lalu menceritakan betapa aku hebat bila mengandung yg mampu panjat tembok besar cina, menunggang motor, angkat benda berat dan makan nenas tanpa hirau keadaan kandungan kerana segalanya kelihatan baik-baik sahaja...
tapi kali ini, aku diberi ujian dan ingatan dari yang maha kuasa bahawa... langit tak selalu cerah dan tak semua apa yg kita rancang akan berlaku ... aku telah lupa diri dan lupa kebesaran-Nya...
bila berlaku pendarahan yang banyak malam rabu yang lalu, aku menangis kesedihan kerana aku telah kehilangan sesuatu yang aku rasa aku perlu pertahankan tapi aku gagal....
aku rasa aku kehilangan dia adalah kerana kegagalan aku sebagai ibu yang tidak menjaga kepentingannya semasa dalam kandungan, dek kerana ketakburan dan keegoan aku maka aku telah kehilangannya.......
aku rasa sangat berdosa dan bersalah pada janin yg belum sempat menjadi cukup sifat untuk melihat dunia dan merasa kasih sayang ku.....maafkan ibu....percayalah ia amat menginsafkan diri ibu....
ketahui la sayang...
ibu benar-benar kecewa dengan apa yg berlaku... ibu kecewa kerana ibu gagal dalam perjuangan ibu kali ini kerana ia adalah semua kesalahan ibu. maafkan ibu......
mungkin bagi mereka aku terlalu emosi dengan keguguran walaupun sudah punyai anak.. tetapi ketahui lah perasaan ini sungguh diluar jangka dan bukan aku minta. aku rasa bersalah dan terkilan kerana jika aku lebih berhati-hati mungkin peluang untuk melahirkan anak ini adalah besar. Tapi aku redha dengan ketentuan ALLAH kerana ini adalah ujian dan peringatan buat diri aku. aku akan cuba perbaiki diri kerana kehilangan ini akan aku jadikan peringatan yg besar nilainya dalam hidup aku.....
keguguran adalah suatu pengalaman yg sedih dan pilu bagi setiap ibu... ...
bagi ibu yg pernah merasa aku harap mereka tabah dan tidak patah semangat....
No comments:
Post a Comment