tq ayah

lagi 2hari saya kena kerja dan berkhidmat untuk Uitm. Ada macam pelbagai rasa nak mula bertugas kali ni sebab pertama sekali saya amat risau dengan keadaan diri saya yang mana saya tak tahu tahap kemampuan kerja yang saya sepatutnya lakukan dan yang sepatutnya tidak. Pada firasat dan pandangan saya, kesihatan saya tidak lah teruk atau tidak baik. Saya rasa normal je tetapi bila ramai yang menasihati agar menjaga pantang lebih dari bersalin, saya amat bimbang dan keliru. Keadaan ini menjadikan saya serba salah dan takut untuk menjalani tugas.

Pengalaman keguguran kali ini amat mengajar saya erti takut yang sebenar dan memberi kesedaran bahawa hari ini tidak akan seperti esok hari kerana semuanya adalah perancangan ALLAH. Kita hanya boleh membayangkan dan merancang tetapi hasilnya adalah ketentuan illahi. Mana tidak saya berkata demikian, kandungan kali ini saya jaga dan layan sama seprti yang kakak dan adik tapi hasilnya tidak sama seperti yang saya bayangkan. Hasil dan ketentuan ALLAH bebenar diluar jangkaan saya. Saya sangka saya kuat dan tak mungkin akan berlaku keguguran.......tapi ALLAH maha mengetahui dan berhak...kita tak sepatutnya bangga dengan apa yang kita ada. Dan ingat nikmat yang kita ada hari ini boleh hilang dan ditarik balik bila-bila masa sahaja. Oleh itu, setiap detik yang saya ada amat saya hargai dengan apa yg saya ada disekeliling... mana tahu udara shah alam ini tiada lagi untuk esok hari buat saya....

lari sungguh tajuk entri dgn awalan cerita yer...
sebenarnya entri ini adalah ditujukan khas buat insan yang byk berjasa sepanjang 4tahun kehidupan saya. Beliau adalah suami saya yang tercinta dimana dia ada dan bayak melakukan perkara bersama saya dalam menempuh kehidupan kekeluargaan. Peristiwa keguguran ini juga mendapat byk pengorbanan dari beliau yang terpaksa melakukan byk perkara dalam memberi keselesaan dan perhatian kepada diri ini. Saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana dikurniakan seorang lelaki yang sabar dan memahami perangai saya terutamanya kerana sikap dan ego saya berada ditahap teruk ini hanya dia sahaja boleh yang tangani dan hadapi.

Ucapan penghargaan buat dirinya dari seorang isteri yang bebenar terharu akan belaian, perhatian, tindakan dan kata-kata yang menenangkan dan sabar dgn semua dugaan kali ini. Terima kasih kerana sediakan ayam panggang setiap pagi dan petang tanpa memikirkan kelaparan yang dia alami kerana mahu dahulukan isteri. Terima kasih kerana melakukan semua kerja-kerja rumah dan melayan keranh anak tanpa bantuan org lain dan saya tahu dia sangat letih melakukan semua ini. Maafkan orang ayang......

jasamu dikenang wahai suamiku....
percayalah pengorbanan dan perhatian dari mu tidak akan dpersia-siakan kerana tiada yang lebih bermakna bagi seorang isteri selain mendapat suami seperti ayang...

hohohoho...
sudah ayat aku yg poyo... tapi apa yg aku tulis adalah dari hati yg ikhlas... i lap u ayang... muah muah muah...

No comments: