kalau ikut perkiraan aku yang tidak mahir ini, bulan ini masuk bulan yang ke-3. Bulan yang selalunya aku akan mula tunjuk simptom-simptom aku paling tak suka dimana tekak aku amatlah memilih untuk makan. Amatlah payah bagi aku waktu-waktu seperti ini kerana jika aku langsung tak makan lagi lah haru hidup aku sebab kalau da masuk angin habis lah satu badan...semuanya tak kena. Oleh yang demikian aku selalu ambil langkah berjaga untuk makan sebelum rasa lapar tapi tue lah...nak makan apa?
contohnya hari nie..pepagi aku da mula fikir-fikir dan mula membayangkan segala bagai makanan yang boleh dimasukkan dalam tekak ku ini tapi malangnya gagal...nasi lemak n kuih muih memang out la...mmg tak leh masuk punya...so ternapaklah pulak roti n telur dipantry..maka aku pun makan lah dengan ada selera. Masuk jam 11pagi perut da start lapar...payah nie...sekali lagi mula membayangkan apa yang boleh aku makan..tapi hanya satu je yang terbayang dimata iaitu soto ayam.....itu je yang leh masuk kat tekak buat masa tue...tapi bukan semua soto ayam aku leh makan ada plak tempat2 yang terpilih jer...(banyak songeh oooo...) so aku pon makan soto yang berjaya menawan tekak ku ini...
tapi malangnya..... tak sampai 1jam , ntah apa yang tak kena telah terkeluar kesemua soto ayam yang telah masuk ke tekak ini......lepas proses mengeluarkan berjaya..maka hasilnya badan lemah dan tak larat... nak tak nak aku kena balik awal gak walaupon aku da plan nak buat kerja yang banyak....balik umah terus colapse...huhuhu tak larat...
sekarang baru je selesai masak makan malam...sebelum masak bayangkan apa nak masak n makan tapi bila da settle tak lalu lak....hmmmm sepanjang 3bulan ini, aku rasa belum lagi makan makanan berkhasiat.hmmm camner yer???? ntah la aku tgh gagah untuk menyelerakan tekak ku...hmmm yang peliknya tak lalu makan tapi berat aku bertambah gak...esh esh esh...kuang kuang kuang....
till then...another story n maybe last story about my pregnant ... hahhaha plan nak tutup kilang dah....
1 comment:
vitamin jgn lupa makan....
Post a Comment