zulaika berusia 3tahun 9bulan

Dah lama tak story mory pasal anak-anak...lebih-lebih lagi pasal kakak ika yang semakin membesar dan semakin keletah dan boleh disuruh dan diharap. Antara perkembangan yang membangga tentang kakak bila sudah berumur 3 tahun 9 bulan :-
  • kakak da mula menghafal surah alfatiha tapi bacaan belum sempurna..aku tak ajar pun cuma dulo masa kakak baru lahir hingga adik lahir tiap malam ibu akan baca surah fatiha, 3kul dan hasilnya kini kakak mula menghafal surah alfatiha..alhamdullilah..malangnya sejak adik ada ibu mula malas dan mula tidak amalkan amalan baik itu...ibu akan cuba perbaiki yer...
  • kakak rajin lipat baju...aktiviti ini dari dulo kakak mmg suka lipat baju...bagus anak ibu kan..walaupon tak kemas dan cantik tapi dia berusaha tiap kali lipat baju untuk cantikkan lipatannya...
  • kakak pandai main game..wah ini ibu tak suka sangat sebab bila tak dapat hp ibu habis dia mengamuk dan bikin suasana tak aman je kat rumah...cepat belajar bab game nie...bapak dia pon masih tak pandai lagi
  • sejak minggu lepas, kakak mula la rajin nak basuh pinggan sebab tangan da mula pandai buka pili air ...kira da tinggi dan boleh capai benda dalm sinki.... mungkin orang lain tak kasi anak derang buat benda2 nie..tapi aku suka anak aku belajar berdikari dengan pemantauan...aku selalunya kasi je apa aku buat dan anak aku cuba as long buat depan mata aku n masa dia buat cakap apa yg patut buat n tak patut... ( kekadang bapak dia bising sbb anak kecik lagi...)
  • hmmm... akak da poo  sendiri dalam toilet bowl (kena guna kerusi tuk panjat sbb bowl tinggi sgt) n mandi pon da pandai sendiri... tapi bab ni masih dalam pantauan lagi sbb bilik air adalah kawasan BAHAYA....cuma kakak tak pandai n kekadang lupa nk flush lepas poo
  • bila malam dan ibu ayah sedang tidur lena kakak bangun dan kencing sendiri ditoilet tanpa kejutkan ibu cuma kalau failed nak pakai seluar mmg menagis ...ibu bangga sangat.....
  • kakak da boleh diharap untuk jaga adik dan beberapa perkara yang buat ibu rasa bagus tui ada anak yang senang disuruh....
tapi dalam banyak perkembangan yang sihat nie... ada juga beberapa perkara buat ibu susah hati dan selalu nak cari solution supaya tak menjadi amalan hidup kakak sampai besar nanti :-
  • yang paling buat ibu risau ialah kakak suka ambil barang orang lain tanpa izin.. contohnya kakak ambil duit ibu dan dah pandai cakap bohong bila disoal...ibu sangat susah hati ... kekadang ibu napak dengan sendiri kakak buat salah tapi bila disoal pandai menyalahkan orang lain dan tidak mengaku salah..ohh... ibu sangat susah hati la kakak....ibu berdoa kakak tidak ulangi lagi yer...
  • bila barang atau kehendak kakak seperti nak main game tak dapat sure kakak mengamuk dan pukul ibu dan mula melawan cakap ibu. Jika dilihat perkara ini seperti ibu dtidak mengajar adab pada anak ibu...wah malunya kalau kakak buat perangai dpan orang lain... ni pon tgh pening pala camner nak settlekan....
  • yang nie...ibu mmg failed sbb kakak masih gunakan tangan kiri untuk makan sedangkan banyak perkara dan contoh ibu bagitau kenapa tangan kiri tidak boleh digunapakai semasa makan. saper ada petua?????
  • hmm ... apa lagi yer...ibu rasa itu je kot....

ibu bangga dengan kakak..walau banyak lagi yang kurang ..ibu berjanji akan perbaiki kelemahan ibu demi kebaikan anak ibu yg comei nie....ibu sayang kakak ika....

No comments: