latihan bagi ebm dlm botol

latihan ini sudah bermula dari minggu lepas
ada napak hasil yg baik tapi temui jalan buntu
bila balik dari kenduri kahwin pakcik dia
almaklum seharian tak jumpa botol so bila
next daynya...humaira da pandai meragam
ibu dia pon kemalasan .................

akibatnya,
humaira menangis dan mengamuk bila bagi botol
ayorr..susah lah hati ibu ini
khamis ni nak bagi pengasuh dah
alternatif akhir...ibu beli la botol tommie
bak kata org yg paling hampir dgn tetek,..
ibu harap cara ni berjaya
kalo tak sure ibu diasak dgn pengasuh
suh bagi susu formula dan belikan nestum

oh tidak....
derang nie tak faham la
derang ingat bg susu ibu menjimatkan
dan rasa kami ni kedekut dan tak mau
beli susu mahal....

oii makcik, nenek , kakak diluar saner
nak tau tak yg kami menyusukan anak nie
lagi la banyak kuar duit dan dugaan tau
pam aku je da beribu reban
accessories aku bukan murah beratus tau
tuk simpan susu je aku kena maintain berpuluh
masa...ko tak tau nak pam menuntut masa yg banyak
sakit ...tu pun satu hal..silap pam boleh melecet atau berdarah tau

bukan aku menngungkit tapi
kekadang terguris gak hati ini
bila ada suara2 sumbang tue yg tak faham2
aku anggap semua yg datang dugaan
bukan aku susahkan korang pon..
cam pengasuh bukan aku tak bayar
bayar tau ........tapi aku plak nk dgr ckp ko

apa la aku merepek meraban nie
aku takut sebenarnya ...
takut hasrat murni ku ini dicantas dek pengasuh
takut hasrat ini bikin anak aku di apa-apakan
takut anak aku mengamuk akhirnya aku mengalah

oh tidak...

Ya ALLAH,
kepada-MU aku berserah agar perjalanan penyusuan humaira syuhada bt azman dipermudahkan. Sesungguhnya aku hamba-MU yang kerdil dan hanya mampu berserah pada-MU. Ya ALLAH, KAU murahkan lah  rezeki anak ku ini. Ampuni lah dosa-dosa kami dan berkatilah rezeki yang KAU limpahkan.
amin..amin ya rabbalallamin.......

No comments: