mengamuk n meragam

humaira baru je tido
setelah dipujuk,ditenangkan,dinyanyikan..etc
nak dekat 2jam lebih baru dia tido....penatnya..
perangai /simptom ini mula menyerang sejak
balik sgkai hari tue..itu lah pertama kali
dia menangis beria, dgn mulut terbuka luas
siap pejam mata, sore serak, mata merah
menjerit macam kena pukul dalam masa 1jam 1/2
berhenti kerana keletihan menangis....
tertidur dibahu ibu dengan mata yg bengkak dan merah..
masa tue hanya ALLAH je tahu hati seorang ibu...

mulai dari hari itu
perangai ini berlaku selang sehari
tetapi sejak seminggu yg lalu
perangai ini mulai dialami tiap malam
oh tidak ......


tersangat la terseksa
bukan kena layan atau pujuk dia
tapi aku tak sanggup melihat dan mendengar
tangisan dia, jeritan dia dan air mata dia
sungguh hati ini begitu hiba dan kecewa
tiap kali dia menangis aku rasa nk menangis
selalu tertanya apa lah yang aku lakukan
hingga dia jadi begini ,
adakah terkurang sesuatu atau apa dosa aku
yang telah aku lakukan hingga anak aku kena
lalui semua ini.......

hiba hati seorang ibu
apabila tidak dapt mencari penawar untuk anak yg dikasihi
entahlah...
mungkin bagi org lain
ini perkara BIASA

tapi aku TIDAK
sebabnya anak aku 2org
tidak pernah aku alami perkara begini
DULU...aku hanya dengar rintihan ibu-ibu
tetapi kini aku alaminya.....
teramat sedih dan takut bila malam menjelma
dia akan tidur lena setelah
menangis sepuas hati............

pasti ada sesuatu yg perlu aku lakukan
agar dia tidak meragam dan mengamuk
tetapi APAKAH ia????

aku masih tercari2 penyelesaian
atau penawar ...................
semoga aku berjaya ........

1 comment:

chuy4 said...

macam ayyan jer.. sawan tangis orang kata.. ko pasang surah al baqarah, ruqyah kat umah slalu tambah2 nak masuk senja.. pastu byk2 selawat tasbih kat dia - http://www.youtube.com/watch?v=6tSOBriAAno

ayat kursi pun jangan putus...
aku da rasa noi.. sedih kan... tapi so far skang ayyan dah ok.. syukur