Induksi : malam perbentangan kumpulan

tarikh : 17 julai 2010
tempat : dewan warisan
masa : 8.30mlm
subjek : pembentangan kumpulan

hellooooo
hmm... seperti yang dijanjikan..
hari ini sekali lagi aku nak tepek gegambar....


tengah tunggu turn... seperti biasa mesti kena posing kan...

masa ni kami dok nyanyi lagu kumpulan.... ala -ala faizal tahir


ahli kumpulan lelaki yang dok prepare nk present nie....

ni pon masa dok menyanyi... beria memasing baca lirik...
itu la uno tower yg terseragam indah... rasanya kami yg paling comei....

induksi : aktiviti kumpulan

sekarang ni aku nak tepek gambar semasa aktiviti dijalankan...
tugasan kami : membina menara impian...

ala kabur la pulak... sorry.. salah pilih gambar tapi xperkn... layan jer...


aktiviti memotong dan menampal bersama-sama


gomoknya saya.....ini waktu rehat sebab nak gi munim petang... aku posing satu kali...tepi wakaf...

ini org yg bertanggunjwg membina logo, bendera kumpulan... dia org grafik...

siap sudah menara kami yg namanya... uno tower....yg baju hijau ini namanya nida timb.ketua kumpulan kami...


sesi menyanyi la pulak...gemuknya saya....kena berdiet ini....

sesi men'touch up' slide untuk pembentangan malam ini...

akhirnya... dalam satu hari kami berjaya mencipta
menara impian bernama - uno tower
mencipta logo numero uno
mencipta lagu : amik lagu faizal tahir dan mengubah lirik sahaja
slide pembentangan...

nanti saya upload gambar malam pembentangan yea...
tunggu.. kalo ada org nak tunggu

induksi : mari cuci mata

sebelum ini boringkan asyik menceceh jer... xde pun gambar nak tepek... hari ini aku bosan juga maka aku upload la gambar sesikit buat tatapan kalian...

ini gambar dalam bilik, nak tunjuk aku ada tv dan alamari besar yer

eh sesat la pulak .. ni gambar toilet nak buat projek dalam toilet.. tapi ini adalah kali pertama dan terakhir aku pam sebabnya tak sesuai la... ramai orang dan tempatnya sangat la tak selesa cam toilet lain....base on experience...


ini kak yan yang tengah dok kelam kabut sembahyang sebab nak balik dah kelantan sebab dia hanya kursus khusus sahaja... masa ni amat la sedih sebab aku akan keseorangan tanpa teman....


napak.. dia sibuk dok kemas barang dia sebab masa ni da nak kul 6ptg la jugak.. takut sapai malam dan sebelum subuh jer... aku sibuk amik gambar ... hehhehe

ini gambar terakhir bersama kak yan.. aku lupa nak bawa kamera masa hantar dia turun so xde la gambar kat lobby n gambar bye.. bye... kak selamat maju jaya yer....

Induksi : Hari ini rindu saya terubat sikit

Hari : ahad
Tempat : Pusal latihan UiTM , Kg Gajah
Masa : 12.15pm till 1.35pm
Perkara : Lawatan pertama kalinya dari anak-anak dan suami tercinta

seperti yang dijanjikan oleh suamiku yang ingin melawat aku disini akhirnya ditunaikan walaupun telah timbul isu yang mana aku telah mengamuk...hehehehe..mana taknya aku tunggu dari jam 9pagi dimana aku mmg xde aktiviti apapun cuma ada aktiviti perbincangan kumpulan.... tetapi mereka ( suami, adik ipar, mak mentua dan anak-anak ku itu) lambat. jenuh aku telepon menanya bila nak sapai hingga aku naik angin menunggu...

walaupun lambat tetapi kehadiran mereka benar2 mengubat kerinduan yang telah mengganas. Bila sampai terus aku serbu kat sumaiyah. Memula dia pandang dan tenung aku untuk mengecam aku tapi bila aku mula mendokongnya dia memeluk ku  tanpa lepas dan pelukkannya benar-benar erat dan kuat... terasa kerinduan dia padaku....dari mula aku mendokongnya,pantang letak bawah pasti dia menangis..dia tidak mahu melepaskan ibunya....

kakak pula masa sampai dalam keadaan yang mamai kerana baru bangun tidur. Bila da sedar sepenuhnya, dia mula mencium dan merapati aku seperti biasa. Mulanya aku ingat sure dia tidak mahu berapa mahu dengan aku tapi nyata kasih ibu tak boleh ditukar beli... yang mana dia mahu aku melayan segala kerenahnya dan tidak mahu bersama opah.. ( hehheh dalam hati detik gembira kerana selama ini aku begitu takut anak aku tidak mahukan aku).

Maka pertemuan yang singkat dan bermakna ini amatlah memuaskan hati aku kerana ia menjadi penawar bagi aku yang sedang ketandusan dan dalam kerinduan yang teramat. Lagipun dengan kehadiran anak2 buat aku semangat untuk menjalani kehidupan yang beberapa hari lagi... aku akan buat yang terbaik bagi memberi kehidupan yang lebih baik lagi.. ibu berjanji perpisahan sekejap ini tidak disia-siakan kerana jika aku gagal aku wajib mengulang dan pasti peristiwa ini akan berlaku lagi...tak rela...

so mula saat ini aku akan mula memberi sepenuh perhatian terhadap kelas dan juga segala nota yang perlu dibaca agar aku mampu cemerlang pada hari peperiksaan nanti.

Oleh itu, mari beramai-ramai mendoakan kejayaan dan kesejahteraan aku ini....

imduksi : hari ke-4: mode pagi yang sunyi

hari ini bangun dengan perasaan yang masih merindui dam membayangkan anak-anak yang jauh dimata itu. Pagi ini secara rasmi kursus induksi umum bermula maka sesiapa yang hanya perlu ambil kursus khusus uitm sudah pulang kepangkuan orang2 kesayangan mereka...

aku masih keseorangan walaupun semalam ada kakak cleaner yg kemas dan ganti bedsheet. Keseorangan adalah perkara biasa dalam hidup aku so tidak menjadi isu dalam diri ini. Pagi tadi ada orang baru duk sebelah aku, jawatan dia lagi tinggi dari aku.. dalam hati begitu cemburu dengan mereka kerana ijazah mereka digunapakai dan membantu mereka mendapat jawatan yg selayaknya, bukan seperti aku yang kerja puluhan tahun dan ijazah tidak banyak membantu. Tetapi aku selalu berpesan pada hati bahawa semuanya adalah ketentuan Illahi, setakat ini rezeki aku adalah sebanyak ini. Jangan tamak dan haruslah bersabar kerana setiap orang ada bahagian masing-masing.

pagi ini aktiviti banyak berkaitan suaikenal dan membentuk kumpulan, so xde la stress sgt. Tadi suami tercinta memberitahu satu kejadian yang menyentuh perasaan dimana adik telah terjumpa gambar aku dalam wallet yg da lama aku tak pakai ada terselit gambar passport aku. Ayah memberitahu adik terjumpaq gambar tersebut dan dengan tidak semena dia terus mencium gambar tersebut berkali-kali... Suamiku sungguh terkejut dengan tindakan spontan adik sumaiyah... menunujukkan dia begitu merindui aku... sob.. sob sob... sedihnya aku....

adik maiya, ibu juga merindui adik yang sangat. Ibu asyik terbayang pipi adik yag gebu itu, rasa nak peluk2 adik kuat-kuat. Tak sabar ibu nak tunggu esok supaya dapat hilangkan rindu ibu yang sudah hendak meletup ini. Ibu harap esok kita dapat meluangkan masa yang lama kerana ibu takut aktiviti ibu membantutkan hasrat untuk melepaskan rindu dendam ini yang sedang mengganas.

induksi : hari ke-4 : kak yan meninggalkan aku

pagi ni bangun awal lagi walaupun semalam aku tido awal tetapi bangun balik kul 12pagi sebab tak mengepam sebelum tido... aku bangun awal sebab petang ini ada exam untuk induksi khusus - uitm..

secara jujurnya , aku baca gak apa yag ada dalam nota tue tapi bila aku recall balik apa yg aku da baca tadi cam xdapat keluarkan balik.. takutnya melihat keadaan begitu, almaklum otak da lama tak berfungsi sebagai penghafal..sudahnya aku hanya melihat tanpa menghafal sebab rasa cam jiwa kacau dan kosong jer.. hati dan minda langsung tidak terbuka langsung... cuak juga melihat tgk org beria buat nota dan menghafal bagai semua yg ada...

semasa peperiksaan berjalan, aku buat dan jawab semua soalan takat logik sahaja sebab aku mmg tak hafal seketul- ketul pun apa yg ada.. aku harap aku lulus sebab kursus ini penting untuk pengesahan jawatan...

bila selesai exam, maka aku akan kehilangan teman sebilik yg mana aku panggil dia kak yan dari uitm kelantan.. dia cuma perlu ambil kursus khusus ini sahaja... sedih lagi aku bila aku ditinggalkan keseorangan ini...uwaa.. uwaa.. kesunyian la aku ini... nasib baik aku da biasa dengan seperti ini.. dan nasib baik aku mempunyai laptop, TV, wifi dan hp celcom yg boleh borak lama dgn anak aku dan suami aku.. xde la aku mati akal seseorang....

so kita enjoy... ( sebenarnya nak sedapkan hati jer) rindu kat anak tgh membuak2 yang sgt2 ini... rindu nak cium mereka, peluk mereka dan gigit mereka dan macam lagi nak buat)

induksi: hari ke-3

semalam xsempat nak update mood petang, sebab sibuk dgn nak exam ari nie konon study ler..kepoyoson..
semalam ada peristiwa sedih telah berlaku dengan pam kesayanganku. Dimana masa nk breakfast pagi semalam aku perasan ada air tertumpah diatas pam kesayangan ku itu. Bila ku periksa di dalam kelas, kudapati air telah masuk kedalam tempat bateri sekali... bateri ku basah.. betapa aku cuak dan risaunyer... rasa nk nangis jer coverline dalam kelas....

setelah ku lap semua kesan basah yang dapat ku jejaki.dan ku juga telah cuba mengeringkan menggunakan handryer... rasa2 dah cam kering aku try ON .. berkesan dan macam boleh berfungsi.. so dalam kul sepuluh masa minum pagi aku gi la pam dalam toilet tapi aku pendekkan masa mengepam sebab cam ramai yg nak guna toilet.. so abis citer masa kelas

apabila aku balik ke bilik dan cuba untuk mengepam semula sesuatu telah berlaku... hancur dan takutnya aku bila aku charge pam tiada langsung signal dari pam itu.. betapa kecutnya perut aku hingga rasa da menangis dan takut sgt kena pam itu amat penting dan sangat berharga bagi diri ini.. aku kelam kabut dan terus meminta bantuan dengan aja ( supplier pam) .. dia selidik dan bila aku story cam sepatutnya tak berlaku xde signal sebab aku da berjaya mengepam selepas "kebasahan" itu. aku tak tahu nak luahkan bagaimana perasaan kehilangan itu.. maka aku tanggalkan pam dan bateri dalam harapan masih ada harapan untuk pam itu berbakti buat diri ini lagi...

bila aku balik dari kelas petang tue... aku dengan doa yg panjang cuba sekali lagi memasang pam dan...
akhirnya doa aku didengari.... ALLAH benar2 menyayangi aku ... masih diizinkan untuk meneruskan
hasrat murni ku ini...  betapa aku bersyukur pada-MU ya ALLAH kerana izin mu aku masih boleh mengeluarkan nikmat-MU bagi anak ku itu... tidak akan ku sia2 kan nikmat MU ini.... akan aku perjuangkan selagi KAU mengizinkan...

moral of the story : jaga la pam anda seperti menjaga nyawa kerana jika berlaku pada pam akan payah la untuk tunaikan matlamat itu...