Hari : ahad
Tempat : Pusal latihan UiTM , Kg Gajah
Masa : 12.15pm till 1.35pm
Perkara : Lawatan pertama kalinya dari anak-anak dan suami tercinta
seperti yang dijanjikan oleh suamiku yang ingin melawat aku disini akhirnya ditunaikan walaupun telah timbul isu yang mana aku telah mengamuk...hehehehe..mana taknya aku tunggu dari jam 9pagi dimana aku mmg xde aktiviti apapun cuma ada aktiviti perbincangan kumpulan.... tetapi mereka ( suami, adik ipar, mak mentua dan anak-anak ku itu) lambat. jenuh aku telepon menanya bila nak sapai hingga aku naik angin menunggu...
walaupun lambat tetapi kehadiran mereka benar2 mengubat kerinduan yang telah mengganas. Bila sampai terus aku serbu kat sumaiyah. Memula dia pandang dan tenung aku untuk mengecam aku tapi bila aku mula mendokongnya dia memeluk ku tanpa lepas dan pelukkannya benar-benar erat dan kuat... terasa kerinduan dia padaku....dari mula aku mendokongnya,pantang letak bawah pasti dia menangis..dia tidak mahu melepaskan ibunya....
kakak pula masa sampai dalam keadaan yang mamai kerana baru bangun tidur. Bila da sedar sepenuhnya, dia mula mencium dan merapati aku seperti biasa. Mulanya aku ingat sure dia tidak mahu berapa mahu dengan aku tapi nyata kasih ibu tak boleh ditukar beli... yang mana dia mahu aku melayan segala kerenahnya dan tidak mahu bersama opah.. ( hehheh dalam hati detik gembira kerana selama ini aku begitu takut anak aku tidak mahukan aku).
Maka pertemuan yang singkat dan bermakna ini amatlah memuaskan hati aku kerana ia menjadi penawar bagi aku yang sedang ketandusan dan dalam kerinduan yang teramat. Lagipun dengan kehadiran anak2 buat aku semangat untuk menjalani kehidupan yang beberapa hari lagi... aku akan buat yang terbaik bagi memberi kehidupan yang lebih baik lagi.. ibu berjanji perpisahan sekejap ini tidak disia-siakan kerana jika aku gagal aku wajib mengulang dan pasti peristiwa ini akan berlaku lagi...tak rela...
so mula saat ini aku akan mula memberi sepenuh perhatian terhadap kelas dan juga segala nota yang perlu dibaca agar aku mampu cemerlang pada hari peperiksaan nanti.
Oleh itu, mari beramai-ramai mendoakan kejayaan dan kesejahteraan aku ini....
No comments:
Post a Comment