semalam ada peristiwa sedih telah berlaku dengan pam kesayanganku. Dimana masa nk breakfast pagi semalam aku perasan ada air tertumpah diatas pam kesayangan ku itu. Bila ku periksa di dalam kelas, kudapati air telah masuk kedalam tempat bateri sekali... bateri ku basah.. betapa aku cuak dan risaunyer... rasa nk nangis jer coverline dalam kelas....
setelah ku lap semua kesan basah yang dapat ku jejaki.dan ku juga telah cuba mengeringkan menggunakan handryer... rasa2 dah cam kering aku try ON .. berkesan dan macam boleh berfungsi.. so dalam kul sepuluh masa minum pagi aku gi la pam dalam toilet tapi aku pendekkan masa mengepam sebab cam ramai yg nak guna toilet.. so abis citer masa kelas
apabila aku balik ke bilik dan cuba untuk mengepam semula sesuatu telah berlaku... hancur dan takutnya aku bila aku charge pam tiada langsung signal dari pam itu.. betapa kecutnya perut aku hingga rasa da menangis dan takut sgt kena pam itu amat penting dan sangat berharga bagi diri ini.. aku kelam kabut dan terus meminta bantuan dengan aja ( supplier pam) .. dia selidik dan bila aku story cam sepatutnya tak berlaku xde signal sebab aku da berjaya mengepam selepas "kebasahan" itu. aku tak tahu nak luahkan bagaimana perasaan kehilangan itu.. maka aku tanggalkan pam dan bateri dalam harapan masih ada harapan untuk pam itu berbakti buat diri ini lagi...
bila aku balik dari kelas petang tue... aku dengan doa yg panjang cuba sekali lagi memasang pam dan...
akhirnya doa aku didengari.... ALLAH benar2 menyayangi aku ... masih diizinkan untuk meneruskan
hasrat murni ku ini... betapa aku bersyukur pada-MU ya ALLAH kerana izin mu aku masih boleh mengeluarkan nikmat-MU bagi anak ku itu... tidak akan ku sia2 kan nikmat MU ini.... akan aku perjuangkan selagi KAU mengizinkan...
moral of the story : jaga la pam anda seperti menjaga nyawa kerana jika berlaku pada pam akan payah la untuk tunaikan matlamat itu...
No comments:
Post a Comment