kemurungan vs ketabahan vs kekuatan

adakah aku sedang alami kemurungan?
itu tanda tanya yg sedang melanda jiwa dan emosi aku. sejak aku mula kerja dan selalu amik mc aku mula tertanya mengapa keadaan aku begitu lemah dan seperti mengada-2. Mengapa ada pelbagai masalah dan bnda yang perlu aku fikirkan... oh dugaan betul............

dimana ketabahan menghilang? adakah saya sudah tiada ketabahan untuk jalani dugaan yang diciptakan untuk saya? adakah saya akan jadi hamba yang lemah... oh tidak.... saya paling tak suka jadi yang lemah kerana ia cukup melemahkan semangat untuk hidup. Aku tak rela kehilangan ketabahan selama ini yang ku bawa kemana-mana...

aku perlukan kekuatan yang amat sangat pada waktu ini kerana tanpa kekuatan fizikal dan emosi aku akan terus hanyut dan leka dengan segala yang aku alami maka aku akan tewas dalam perjuangan dan dugaan yang kecil dan seberapa ini. Doa ku agar diri ini diberi kekuatan dan ketabahan lalui jua yg dtg demi sebuah kehidupan......yang tak pasti...

MC 2hari

Beikutan kebentanan yang berlaku minggu  lalu, aku mengetest untuk mohon MC di klinik panel. SEperti yang sedia maklum klinik panel hanya mampu beri 2hari sahaja MC. Aku bukan tidak mahu pergi  ke hospital tetapi aku rasa normal la kalo sakit  sengal2 kan. Kalo g hospital pun sure doktor cakap normal.

semalam gi klinik pon , doktor cakap kalo bentan yang betul adalah bila awak demam kerana dikhuatiri ada jangkitan dan menyebabkan awak demam, satu satu bentan adalah berlaku apabila darah turun atau keluar. Ini adalah simptom dan keadaan betan yang sebenar. Takat perut masuk angin dan sengal-sengal atau pedih adalah normal sahaja. Doktor cakap mungkin disebabkan pergerakan yang banyak menyebabkan perlanggaran otot dalam perut dan mengakibatkan sakit. Oleh itu adalah normal jika sakit kalau buat kerja berat yer.... doktor bg ubat tahan sakit dan antibiotik..

so kalo nak tahu istilah bentan yang sebenar bagi doktor adalah mengikut penjelasan seperti diatas. Nasib baik aku tidak ke hospital kalau tidak hanya sia-sia sahaja. Kalau da turun darah yang banyak selalunya baru para doktor especiallynya di hospital kerajaan akan melayan anda yer... kalau takat sengal2 pepandai la anda cari tukang urut ..... mereka lebih prihatin dan akan memberi nasihat yang berguna....

selepas mendapatkan nasihat yang seba sedikit itu, saya pun pulang dgn 2hari MC. hari rabu ini saya bekerja yer pepuan....

cukup ker?

perasaan dan pengalaman itu datang lagi. Aku bneci dan perasaan membenci semakin bertambah dengan berlakunya pengalaman ini. Aku rasa permintaan aku xde la teruk sgt tapi ... ntah... mayb aku emosi sgt kot...

alkisah...
seperti sedia maklum bila aku beranak je sure la ada sore sumbang yang akan sibuk menelepon anaknya suruh aku balik kg kekonon dia sangat la risau n sanggup la nak jaga aku yang dlm proses pantang. Kalau menelepon tu bukan sekali dua... selagi tidak lah aku balik selagi itu la dia akan sentiasa menyuarakan kebimbangan keadaan aku dan dia teringin sangat la hendak jaga aku. Bila aku keguguran kali ini, dia pon melakukan perkara yang sama juga... menelepon dan menyibuk suh balik kg konon dia leh jaga dengan sempurna dan sebaik2nya....aku tidak melayan kali ini, lantak lah sebab aku betui2 fedup dan benci untuk ulangi keadaan yang sama setiap kali ia berulang.

Ingatkan kali ni aku terlepas untuk rasa sakit hati itu lagi. Tetapi malangnya ia datang juga..malas nak berleret -leret menaip ni so aku buat point yer kekawan apa yang buat aku berbulu dan ber emosi sesangat...

  1. kalo aku duk umah dan laki aku jaga dia sediakan ayam panggang blackpepper dan nasi putih tetapi bila aku kat sini aku juga dihidang dengan ayam panggang jer (xde pon lada hitam) dan yg sedih lauk mlm td n pagi ni takat nasi putih dan ikan gelama goreng jer.... (rasanya mana best???). laki aku xpernah bg aku ikan goreng jer tau......
  2. Paling aku sedih dan emosi... cuba ko bayangkan besen yang kecil kalo dulu aku mandikan baby... saiz itu jugalah air mandi aku disediakan....kalo diceduk dgn gayung xsampai 10gayung... ko tak sedih ker.. dgn air tue ko nak basah rambut n cuci badan ko.... xkan la dia tak paham... cukup ke air byk tue...atau aku je yg tak sedar di untung????????????
  3. kalo dlm telepon sibuk suh balik.... mak leh jaga anak dgn na (panggilan nama aku)... tapi kalo anak aku nangis sikit n dia xleh handle..sibuk letak kat aku.. so apa motif dia nak jaga sgt anak aku???? kalo kat umah pantang sendiri dah tentu aku tak jaga anak sebab siang anta umah penjaga dan mlm laki aku handle...
  4. kalo dia jaga sangat sure la kan semua bab berpantang dia handle kan cthnya bertungku... ni kalo aku tak minta xde maknanya aku dpt tungku... xkan la aku nak minta memanjang kan.. sure la aku malu...
kesimpulannya.... perlu ker aku dijaga oleh dia? salah ker aku buat muka dan meronta-2 tak mo balik kg masa dlama pantang nie???

Bentan dan angin mabuk

rabu
hari ini aku da mula bercuti sebabnya laki ku telah mula bercuti dan dia sibuk lah nak pulang ke kampung halamannya disungkai. So lepas je balik keje, bersiap dan terus pulang ke kg selepas waktu maghrib.

Semalam masa kat opis aku da mula rasa lain macam sbb perut dan atas ari-ari aku rasa pedih serta rasa memulas cam sakit perut. Tapi ku tahan dan aku rasa tak mengganggu perjalanan hidup dan kerja. Aku rasa kesakitan ini berpunca daripada tempoh berjalan yang sangat lama. Sebabnya aku mula terasa sakit diperut bila mula bekerja dan menjalankan aktiviti berjalan yang agak lama.

Dikampung suami ada tukang urut yang dari dulu mmg aku selalu minta khidmatnya. Tadi masa nak urut di ada tanya brapa hari dan dia ckp 19hari baru la sangat dan tidak patut aku mula bertugas. Sebelum sesi mengurut dia check suhu badan aku dan cakap badan aku panas , ini bermakna aku telah bentan....

Maksud Bentan : demam dan keadaan yang sejuk melanda orang bersalin dimana tanda-tanda dalaman perempuan itu ada sakit. .. itu lah explaination tukang urut tersebut

Setelah beberapa saat dia mula mengurut perut, dia ada tanya perut ada bunyi tak ?
memula aku cam pelik la..tapi mmg kebelakangan ini perut ku selalu berbunyi, sangka ku perut lapar. Tapi menurut kata tukang urut itu, perut aku ada angin.

ohh... banyaknya yang aku alami tapi aku tidak sedari... adakah aku terlalu ambil mudah dan fikir kalau banyaak sangat mengadu padahal benda kecik adalah tanda aku mengada-gada... tapi rupanya tindakan aku itu hanya akan merugikan diri sendiri dan aku yg akan merasai apajua kesan.

so lepas ini, saya akan pastikan segalanya adalah yang terbaik saya lakukan untuk badan saya kerana jika saya sendiri tidak menjaga maka saya juga yg rugi dan menyusahkan org sekeliling. Saya nekad untuk menjaga lebih terperinci diri ini...

sekian ....

mengapa jadi begitu

entri kali ni cam nak pertikaikan sesuatu yg tak patut aku pertikaikan sebabnya adalah ini adalah rezeki dan ketentuan illahi.


alkisah....
jumaat lepas ada malam penghargaan staf INTEC, so aku yg baru je keje tergedik la sangat nak tgk event yg hanya setahun sekali ini. Temanya arabian night... lagi la aku nak tgk makcik2 nie berfesyen ala-ala arab sanakan...aku pon ikut tema ( nasibbaik aku ada jubah masa bujang dulu- kira muat laa lepas berpantang nikan)..malam tu semua ok walaupun aku hanya belasah kambing panggang jer sebab benda lain aku tak leh makan....

poin aku nak buka entri ni adalah berkenaan anugerah yang dimenangi oleh orang yang kami!!!!!! attention kami yer bukan aku sorang jer sebabnya kami rasa dia buat keje bila ada VIP person sure dia kedepan dan semua kerja yang dibuat hanya seperti nak show off. Bila berkaitan kerja hakiki sure dia tak ambil pusing la sangat cuma kerja yang berkaitan menunjuk diri sure dia nombor satu tetapi malam penghargaan itu, di atelah dianugerahkan sebagai ...hhh... mmm sebagai apa yer... anugerah tu nama nyer anugerah pengarah kepada staf... so dia adalah 4nama yg naik...
yg dapat anugerah itu...


kami yang kenai dia rasa.. layak kah dia..
hmmm ... mayb da rezeki diakan...
bab rezeki susah kita nak cakap... saper la kita untuk memberi komen kan.. ini semua adalah aturan ALLAH kepada semua hamba-nya.. aku harap aku redha walaupun apa jua alasan. Aku dah tak nak terlibat dengan kutukan dan umpatan kepada dia kerana dia juga yang untung dan aku juga yang rugi lebih baik aku berzikir....

ntah apa-2 yang aku taip...sekadar nak release tensiom njer

tq ayah

lagi 2hari saya kena kerja dan berkhidmat untuk Uitm. Ada macam pelbagai rasa nak mula bertugas kali ni sebab pertama sekali saya amat risau dengan keadaan diri saya yang mana saya tak tahu tahap kemampuan kerja yang saya sepatutnya lakukan dan yang sepatutnya tidak. Pada firasat dan pandangan saya, kesihatan saya tidak lah teruk atau tidak baik. Saya rasa normal je tetapi bila ramai yang menasihati agar menjaga pantang lebih dari bersalin, saya amat bimbang dan keliru. Keadaan ini menjadikan saya serba salah dan takut untuk menjalani tugas.

Pengalaman keguguran kali ini amat mengajar saya erti takut yang sebenar dan memberi kesedaran bahawa hari ini tidak akan seperti esok hari kerana semuanya adalah perancangan ALLAH. Kita hanya boleh membayangkan dan merancang tetapi hasilnya adalah ketentuan illahi. Mana tidak saya berkata demikian, kandungan kali ini saya jaga dan layan sama seprti yang kakak dan adik tapi hasilnya tidak sama seperti yang saya bayangkan. Hasil dan ketentuan ALLAH bebenar diluar jangkaan saya. Saya sangka saya kuat dan tak mungkin akan berlaku keguguran.......tapi ALLAH maha mengetahui dan berhak...kita tak sepatutnya bangga dengan apa yang kita ada. Dan ingat nikmat yang kita ada hari ini boleh hilang dan ditarik balik bila-bila masa sahaja. Oleh itu, setiap detik yang saya ada amat saya hargai dengan apa yg saya ada disekeliling... mana tahu udara shah alam ini tiada lagi untuk esok hari buat saya....

lari sungguh tajuk entri dgn awalan cerita yer...
sebenarnya entri ini adalah ditujukan khas buat insan yang byk berjasa sepanjang 4tahun kehidupan saya. Beliau adalah suami saya yang tercinta dimana dia ada dan bayak melakukan perkara bersama saya dalam menempuh kehidupan kekeluargaan. Peristiwa keguguran ini juga mendapat byk pengorbanan dari beliau yang terpaksa melakukan byk perkara dalam memberi keselesaan dan perhatian kepada diri ini. Saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana dikurniakan seorang lelaki yang sabar dan memahami perangai saya terutamanya kerana sikap dan ego saya berada ditahap teruk ini hanya dia sahaja boleh yang tangani dan hadapi.

Ucapan penghargaan buat dirinya dari seorang isteri yang bebenar terharu akan belaian, perhatian, tindakan dan kata-kata yang menenangkan dan sabar dgn semua dugaan kali ini. Terima kasih kerana sediakan ayam panggang setiap pagi dan petang tanpa memikirkan kelaparan yang dia alami kerana mahu dahulukan isteri. Terima kasih kerana melakukan semua kerja-kerja rumah dan melayan keranh anak tanpa bantuan org lain dan saya tahu dia sangat letih melakukan semua ini. Maafkan orang ayang......

jasamu dikenang wahai suamiku....
percayalah pengorbanan dan perhatian dari mu tidak akan dpersia-siakan kerana tiada yang lebih bermakna bagi seorang isteri selain mendapat suami seperti ayang...

hohohoho...
sudah ayat aku yg poyo... tapi apa yg aku tulis adalah dari hati yg ikhlas... i lap u ayang... muah muah muah...

sesuatu yg menghantui aku.............

semenjak aku keluar hospital tempohari hingga ke hari ini , ada sesuatu yg bebenar menghantui aku. Aku tak tahu perlu ke aku ambil hati dan terlalu memikitkannya tetapi hakikat perbualan itu sungguh menghantui aku.
alkisah....

dik awak nak merancang macamana yer?

doktor cakap 3-6bulan so saya akan merancang la
sebab dulu masa 1st n 2nd anak saya tak
bersama dgn hubby lebih dari 3bulan.

gugur dan bersalin berbeza tak macam bersalin
2-3 minggu da ok da...
(muka dia macam aku da bg jawapan yg salah)

%^$%#$@#&^&& (maksudnya) sebab ala ding dong???

awak boleh ambil injection merancang atau pil...n bla bla bla...

terus dia blah......

eeeeee... aku benci tui bila mengingatkan detik2 perbualan dan nasihat yang diberikan oleh doktor
yang bergelar pakar itu. Cara dia menasihatkan aku sungguh buat aku berfikir adakah aku telah buat kesalahan atau keguguran aku telah menyusahkan hidup dia. Bagi aku cara dia bercakap seperti aku tak tahu nak merancang kehidupan aku seperti aku ni baru je beranak 6bulan da nak mengandung lagi. Begitu yang aku rasa sebab cara penyampaian dan expresi muka dia seperti aku telah buat kesilapan yang besar. Padahal anak aku da setahun 6bulan dan aku baru je mengandung 3bulan.....

Aku cuba untuk berfikir yang positif tapi aku tak tahu nak buat macamana.. salah ke jawapan aku???Tak per dia pakar dan arif..anggap je aku ni tak tahu apa-2 tapi bukan seorang doktor kenalah bertanggungjawabkann...xper la bukan dia boleh buat apapun.. byk patient dia nak layan dan nasihatkan...
eee benci tui aku kalo terbayangkan muka dia. Sungguh mengecewakan!!

Moga lepas aku luahkan kat sini , perbualan itu tidak menghantui diri aku lagi. Buat sakit hati je kalo pk sgt benda2 nie....