pupuk rasa cinta part 2

petang yang mendung di shah alam ini buat aku ingin terus menaip walaupun tiada idea untuk ditulis. Secara jujurnya pupuk rasa cinta adalah benda yang ingin aku lakukan buat masa ini kerana aku dapati cinta yang ada bukannya pudar tetapi tidak seghairah seperti mula-mula perasaan ini berputik. Ake sedang mencari formula dan sedang melakukan beberapa aktiviti atau langkah yang aku rasa perlu diambil untuk memutuk rasa cinta itu kembali.

Pada pandangan aku rasa cinta tidak perlu dipupuk bila kita ada masalah atau hubungan itu sedang dilanda dugaan. Bagi aku yang telah melalui beberapa peristiwa sedih banyak mengajar aku erti sebuah hubungan yang perlu dipertahankan demi orang yang kita sayangi dan juga buat diri sendiri. Dan sememangnya prinsip aku perlu membahgiakan diri sendiri jgn harapkan sgt org lain!!!!


so antara formula yang sedang aku lakukan adalah
  1. mencari erti matlamat hubungan itu ...
  2. berbincang lebih baik kerana cinta melibatkan lebih dari satu hati
  3. meluahkan perasaan pada pasangan lebih baik dr meluahkan pada orang lain
  4. meluahkan kepada yang dipercayai sahaja seperti sahabat baik dapat mengurangkan bebanan
  5. dapatkan maklumat yang berkaitan dari pelbagai sumber internet , perunding dan etc
  6. melakukan perubahan yang mendatangkn manfaat kepada hubungan itu
  7. Yang pasti doa yang tidak putus kepada Allah adalah yang terbaik

aku secara perlahan-lahan mempraktikkan yang sepatutnya demi meneruskan hubungan yang memang milik aku supaya aku pertahankan demi kebahgiaan permata-permata hati yang lair dari cinta kami. Aku bukan lah yang terbaik tapi aku hanya boleh buat yang terbaik agar aku tidak menyesal dan tidak rasa ralat pada kemudian hari.

Oleh itu mari lah kita bersama mensyukuri apa yang kita perolehi pada hari ini kerana mungkin esok bukan milik kita lagi...

No comments: