PUpuk rasa cinta




orang kata cinta lah segalanya dalam dunia nie. Betui ker??? tapi bagi saya, prinsip cinta itu satu perasaan yang sangat subjektif yang pada mulanya timbul dari suka dan sayang. Bila keduanya bergabung maka timbullah perasaan bunga-bunga yang disulami perasaan rindu dan kasih. Tapi perasaan yang ada dalam menghasilkan cinta itu lama kelamaan akan hilang dan pudar jika ia tidak terus dipupuk dan dijaga dengan baik.

itulah yang dapat saya fikirkan dan ulas pada malam yang damai ini. Bukan apa setelah 30tahun hidup dengan pelbagai rasa dan situasi banyak mengajar aku apa itu perasaan...lebih-lebih cinta dan sayang...

Masa aku kecil, makna sayang itu sukar aku fahami kerana aku dibesarkan dalam keadaan yang jarang berlaku dalam masyarakat kita. Aku rasa orang lain sangat beruntung kerana sentiasa dipenuhi dengan perhatian dan belaian tapi ibubapa aku ...

bila aku mula remaja, kasih sayang aku banyak tertumpu kepada persahabatan yang terbina. Kepercayaan dan keperihatinan mereka benar-benar buat aku terharu dan bahagia. Maka tersemat dalam jiwa ini, aku perlu jaga semua nilai persabahatan agar aku terus disayangi dan  punyai hubungan yang dikelilingi dengan kasih sayang dan perhatian. Mungkin bagi orang sahabat tak bawa kemana tetapi kerana sahabatlah aku jadi diri aku hari ini...

usia mengajak dewasa maka tuntutan jiwa mula memberontak untuk dikasihi insan yang bernama lelaki. Aku beruntung kerana semua lelaki yang mengenali aku tidak punyai niat jahat atau serong. Kerana prinsip ikhlas dalam hubungan amat aku tekankan.Maka aku percaya berkat keikhlasan itu dibalas dengan pengalaman yang cukup manis dan membahgiakan.

Walaupun aku punyai hubungan yang baik tetapi aku sentiasa ingatkan diri kasih sayang mudah pudar dan hilang kerana aku dibesarkan dalam keadaan itu, maka aku selalu berpandangan persediaan untuk kehilangan cinta dalam setiap hubungan itu pasti berlaku cuma tapi tidak tahu... bila???

sehingga kini, aku sentiasa  percaya CINTA hebat mana pada manusia atau seseorang itu, kita akan kehilangan jua kerana mati itu pasti dan pasti cinta itu juga hilang...dan aku sentiasa bersedia untuk kehilangan CINTA yang pada hari ini adalah tidak kekal. Tapi pasti ker aku bersedia????  yang pasti kini aku sedang belajar untuk jadi hamba-NYA yang terlalu cintakan PENCIPTA kerana balasan dan nikmatnya adalah pasti....

No comments: