lately nie adik aku selalu dilanda masalah
aku lah yang selalu jadi teman mendengar
dulu aku banyak idea dan buah cadangan
untuk membantu menenangkan dia
tetapi kini aku seakan tiada idea
tiada kata untuk aku luahkan pada dia
seakan segala ayat dan kata semangat
tiada lagi untuk diberi....
pelbagai rasa dan penerimaan yang aku dapat
kekadang aku rasa salah dia
dan kekadang aku rasa banyak salah pada yang lain
tapi aku saper untuk menilai dan menghukum
aku hanya la tempat luahan dia
bukan tempat untuk membuat keputusan
maafkan akak kerana makin kau perlukan sokongan
akak makin hilang kata semangat buat dirimu
bukan akak tak ambil kisah
cuma akak benar2 tiada kata untuk dikongsi
bagi akak hanya kau yang mampu buat
yang terbaik buat dirimu
segalanya ditangan kau....
biarlah keputusan muktamad
adalah hasil pemikiran yang paling munasabah
dari akal fikiran mu yang waras tanpa emosi
dan yang paling benar dari naluri hati kau sendiri
walau seribu org kau tanya
akhirnya hanya KAU seorang yang buat keputusan
jangan mudah terpengaruh dgn cadangan dan
pandangan orang kerana bukan mereka
yang MERASA dan MELALUI segala
dugaan, kepahitan dan derita ini
maka berfikirlah dgn wajarnya.....
sebagai orang yang rapat
akak hanya mampu berdoa
yang terbaik dan bahgia milik mu
pastikan setiap keputusan itu
yang terbaik buat semua
setidaknya kau tidak merasa rugi...
percaya lah...
setiap hari akak doakan kau kuat lalui
dugaan ini ......
akak percaya kau mampu lalui ...
ini semua adalah pengalaman
yang harus kau kutip demi
sebuah kehidupan.....
No comments:
Post a Comment