bulan ni genaplah adik sumaiyah berusia setahun. kalo dulu masa kakak genap setahun dia berjaya menapak dan melangkah.. bertapa gembiranya ayah dan ibu kerana hari yang bermakna bertambah makna dengan perkembangan kakak...itu cerita zaman kakak zulaika berusia setahun. Kali ini bila adik berusia setahun tak banyak perkembangan fizikal yang boleh ibu bandingkan dengan kakak sebab secara amnya ibu hanya ingat memori berjalan sahaja. yang lain ibu tak brapa ingat la sayang....
bila adik capai umur setahun ini, ibu lihat adik sudah pandai bermain chak2 dan main sembunyi-2 dibelakang ayah. terbaru hari ini makcik ayu cakap adik da pandai merajuk dan hentak kaki.. hmmm rupanya adik baru tunjuk perangai yer... bukan da seminggu ke adik berperangai cam tu kat rumah... adik da pandai nak makan sendiri.. bila terhidang je lauk pauk , benda pertama yang adik mula nak capai adalah sudu, kononnya adik nak suap sendiri. kalo ibu tak sediakan sudu adik alamatnya mula la mencapai semua sudu yang ada.
adik da pandai mengamuk sekarang dan pandai berebut barang dengan kakak. kesian kakak yg jadi mangsa adik. adik suka pukul kakak.!!!
No comments:
Post a Comment