di pagi jumaat ini sekali lagi
opis aku buat tazkirah
tajuknya xtetap pun sebab ustad yang kami jemput
adalah saat-saat akhir jam 4ptg semalam
so pagi ni pengisian amatlah berkesan dihati
penceramah amat menekankan
kebahgiaan perlu dicipta
contoh yang diberi adalah..
ALLAH maha adil
setiap org boleh bahgia ... bukan terletak
pada berapa besarnya rumah atau gaji
tetapi dengan memberi kita akan bahgia
kepuasan kita menolong atau memberi itu
akan membuatkan kita bahgia....
pada aku ...
tanpa aku sedar aku telah mempraktikkan
apa yg ustad cakapkan
selama ini aku berpegang pada
BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI
bagi aku ayat ini amat bermakna dalam hidup
ini pegangan hidup aku sejak aku kecil dulu
zaman aku kecil tak sebahgia atau senang seperti org lain
aku hidup dan tinggal bersama ibu tiri dan kakak tiri
melalui kehidupan ini banyak pengalaman yg mengajar dan
mendewasakan aku dan buat pendoman untuk teruskan hidup
aku dari kecil hingga kini
perlu dapatkan sendiri apa yang dihajati
segala yang aku ada dan perolehi adalah dari usaha
keringat sendiri................
apa yg aku perolehi hari ini tidak mudah untuk diperolehi
oleh itu aku amat hargai setiap benda yg ada disekeliling
aku amat percaya apa yg kita nak
kita perlu usaha dan hargai jika milikinya
jangan terlalu meminta benda yang diluar jangkaan kita
atau orang yang kita harapkan....
kerana jika apa yg kita mahu diluar jangkaan..
kadangkala akan melukakan hati sendiri dan menyusahkan org lain
oleh itu aku amat percaya kurangkan bergantung harap
pada orang lain demi sebuah kehidupan dan kebahgiaan
melalui pengalaman aku
kerana terlalu banyak kekecewaan yang aku harapkan
dari orang sepatutnya memberi ....
menyedarkan aku
bahawa apa yg kita mahu miliki perlu
diusaha dari hati kita dan diri sendiri
jika kita gagal kita tidak kecewa teramat kerana
kita puas setelah mencuba yang terbaik....
pesan aku pada diri sendiri
teruskan mencipta kebahgiaan
dunia dan akhirat...
aku tahu banyak lagi dugaan dan cubaan dalam hidup
demi sebuah kebahgiaan dan mengekalkan kebahgiaan itu
aku perlu usaha dan yakin
ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA
DENGAN KITA SENTIASA MENJADI HAMBA YANG TAAT
No comments:
Post a Comment