dan genap jugalah aku berjaya
fully breastfeeding kat anak aku yg comei itu
sumaiyah anak ibu,
ibu doakan anak ibu
sentiasa sihat dan gembira
jgn selalu meneran atau menjerit bila menagis
lps tu kalo nangis jangan la beria sgt
sian ibu tgk bila air mata mencurah2 macam dipukul
siap mata , hidung merah2 kerana
menangis dengan penuh perasaan itu
ibu doakan agar anak ibu
menjadi anak yang baik dan tabah
melalui segala dugaan yang mendatang
ibu doakan anak ibu cepat pandai jalan
pandai bercakap dan berdikari
sumaiyah,
genap umur setahun ini
amatlah membuatkan ibu bangga sekali
ibu bangga kerana kita sama2 berjaya
harungi kesusahan untuk sepenuhnya
menyusu susu ibu
tidak tahu untuk luahkan kerana
mungkin ramai yang tidak tahu apa yang kita lalui
sepanjang penyusuan ini ...............
apapun ibu harap kita dapat lalui setahun lagi
pengalaman yang amat bermakna ini....
ibu, ayah dan kakak
amat bersyukur dan gembira sekali
dengan kehadiran sumaiyah yang melengkapkan semua
dan tentu kakak ika yang tidak kesunyian dgn kehadiran adik
ayah yang bangga punyai adik dan kakak yg comel
dan tentu kepada ibu yang amat menghargai kalian
demi kehidupan yang amat bermakna ini...
bersyukur pada yang MAHA ESA...
dengan nikmat-MU ini
No comments:
Post a Comment