adakah saya mengandung??

sudah lama rasanya saya nak buat entri ini tetapi rasa macam tak sampai masanya lagi. Mananya tidak, saya pun belum pasti dengan keadaan saya ini. Cuma yang pasti simptom-simptom ke arah mengandung telah jelas dan nyata sekali. Antara yang selalu saya alami jika berbadan dua adalah
  • pasti tidak kedatangan haid ( sebabnya saya tak pernah miss)
  • saya akan tidak berselera atau kurang berselera utk makan (amatlah payah sebab selalu kelaparan)
  • bila lapar hanya satu yg saya terbayang adalah minuman beryogurt
  • bila malam saya tak tahu nak masak apa dan deria utk makan hilang....
  • pasti saya akan mengalami tekanan emosi yang amat hebat - sgt2 sensitif
  • nenas adalah makanan kegemaran sepanjang tempoh mengandung ( jika tidak xberminat pun)
itulah antara tanda-tanda permulaan jika saya mengandung. Dua kali saya mengandung, dua kali juga saya hanya sedar mengandung setelah masuk 3bulan kerana saya seorang yang tak ambil pusing atau kisah jika period tak datang . Oleh itu bila sedar dan perasan yang kedatangan haid tidak ada maka, pelbagai emosi akan ada. Yang peliknya pula, selalu jika berkeadaan ini, orang akan cepat buat ujian mengandung untuk memastikan keadaan sebenar tetapi ia berlainan sekali dengan saya yang tidak berminat untuk buat ujian tersebut kerana pertimbangan saya akan hilang setelah berita mengandung ini pasti..... sikap saya akan berubah dengan teuk sekali dan alahan saya akan menjadi2. Seakan menjadi perempuan yang mengada-gada dan sgt2 sensitif dan seorang yang prengus (pemarah).

Pada perkiraan dan pertimbangan inilah buat saya malas untuk memastikan keadaan diri saya dan buat pemeriksaan di klinik. Jika mengikut perkiraan yang betul, saya sudah berisi selama 3bulan. JIka orang lain pasti sudah heboh satu dunia. Tapi aku masih sangsi dan rasa belum masanya lagi utk buat pengumuman atau pemberitahuan kepada orang lain. Perlu ker?????

walaupun saya tahu berbadan dua, aktiviti saya masih berjalan seperti biasa ( apa je aktiviti aku yer). Maka tiada yang istimewa untuk tempoh mengandung buat masa ini. Tiada yang teruja atau saat yang buat aku cemas lagi kerana semuanya masih awal lagi....

No comments: