minggu lepas adalah minggu keluarga en. azman dilanda virus dan bakteria. Memula cif a.k.a ayah yg dijangkiti virus yg mana demamnya amatlah teruk sehingga kedegilan mahu pergi kerja juga terpaksa mengalah..akhirnya tersadai dirumah dan tidur sepanjang hari..
setelah ayah sihat, mula ibu pula dijangkiti virus demam teruk. demam yang tak larat hingga keadaan nak bangun pun payah. Sepatutnya jumaat adalah hari cuti menjaga anak tetapi keadaan yg teruk maka terpaksa anak2 dihantar ke rumah umi dipuchong.
Bila ibu dah sihat, berjangkit lah pula kepada adik kecik a.k.a maiya comei. Adik demam paling teruk sebab muntah2 dan juga kena ulser mulut yg banyak. kesian adik nak minum pun sakit. adik paling lemah dan paling teruk dan dia lah yang paling lemah sekali mengharungi jangkitan kali ini.
Kakak orang terakhir yang kena... makna virus dah lemah dan tinggal saki baki jer...so kakak demam sekejap je dan banyak kerenah. suruh makan ubat pun dia tak banyak komen....
No comments:
Post a Comment