sejak dua menjak ni aku perasan dengan keadaan diri aku yg teramat sensitif dan mudah terasa. Pantang ada ayat yg menyakiti atau yg sensitip aku mula terasa dan mengelabah. Aku mudah melatah dan mencarut paling teruk. Aku paling benci jadi manusia yg sensitif kerana hidup seakan tidak kena sepanjang hari dan asyik memikirkan benda yang mengarut dan tidak baik. Hidup akan jadi negatif dan tidak membahgiakan. Aku ingin jadi manusia yg positif sepanjang masa dan sentiasa membahgiakan org sekeliling dan pasti diri sendiri.
Tetapi kebelakangan ini, keadaan aku bertambah teruk. Semuanya tidak kena dan keadaan yang huru-hara. Kenapalah aku berperangai teruk sejak akhir2 ini? mengapa tahap sensitif aku bertambah teruk? kenapa semua yg aku buat tidak membahgiakan. Seakan semua yang aku lalui adalah kesedihan dan kehampaan. Hari-hari aku dipenuhi dengan kebencian... aku tak suka dgn apa yg aku lalui.... aku perlu ubah semua ini....
Bagaimana aku mahu ubah jika aku terpaksa lalui jua... dengan keadaan emosi dan hormon ku yang tidak stabil ini, apa yg terbaik aku lakukan utk membahgiakan hari2 aku ini. Bantulah aku wahai jiwa utk lalui semua ini dengan kesabaran dan ketabahan. Amat payah aku rasa utk lalui peringkat ini, puas aku bendung perasaan agar tidak terlalu emosi dan mengikut naluri yang bodoh tetapi aku selalu tewas dgn hasutan syaitan...
ahhhhhhhhhh
patutnya bila berbadan dua, wanita akan bahgia dan gembira. Mereka akan melakukan pelbagai perkara yang membahgiakan tetapi aku hanya penuh dgn emosi yg teruk dan memiliki tahap kesabaran yg sgt dan terlalu nipis. aku ingin jadi seperti wanita lain yg banyak melakukan amalan mulia dan berhati mulia.....
walaupun aku belum pasti dengan keadaan ini, tapi dengan segalan pengalaman yg pernah aku tempuhi, aku pasti yg aku kini sedang berbadan dua. Bukan aku tidak mahu confirm cuma melalui pengalaman, jika aku pasti maka bertambah teruklah ragam yg aku harus lalui dan hadapi. Aku kasihan dengan suami yang terpaksa melayan manusia yg kurang penyabar ini. Dan yg bertambah kasihan anak2 yg sedang lasak dan menuntut perhatian terpaksa melalui kerenah ibu yg hot temper...
apalah yg aku mengarutkan pepagi...
aku da biol ker....
No comments:
Post a Comment