mengapa kakak selalu kena marah dan pukul???

kebelakangan ini aku dan suami aku kerap sekali memarahi zulaika dan ada kekadang tanpa disedari pukulan atau rotan hingap di badan zulaika. Kasihan ibu lihat zulaika.Bukan niat ibu dan ayah nak marah dan pukul zulaika dengan sengaja tetapi kebelangkangan ini zulaika terlalu agresif dan tidak mahu mendengar kata. Ada sahaja tindakan dan aksi melawan dari zulaika yang buat ibu dan ayah benar2 marah.


minggu ni ibu rasa setiap petang zulaika kena marah dan diherdik oleh ayah , ibu juga tak terlepas memarahi zulaika dengan teruk. Bila sedih sangat dengan apa yang berlaku kerana ibu mmg terluka bila melihat anak ibu sedih atau menderita

ADA ORG GANGGU PLAK...%$#$#$%#%^$%&^&**(()*()_()*%%^@#()()**(*#@@##$@$%$%^%*

hati yang murung

kebelakangan ini hati bagai tidak gembira dengan hari yang dilalui. Bagaikan ada saja yang tidak kena dan sempurna dihati ini. segalanya salah.... Cuba melakukan yang terbaik tetapi semuanya gagal. Mengapa ini semua berlaku sedangkan cuba buat yang sebaik mungkin. Adakah kerana aku tidak cukup ikhlas dalam apa yg aku buat? atau tidak tetapkah niat aku???atau aku mahu pujian atau dipandang oleh manusia lain.


Mengapa hati tidak sebulat berniat menyatakan apa yang diri ini lakukan adalah kerana ALLAH. tidak kah semua hati perlu menetapkan niat untuk melakukan segala yang ada hanya kerana mencari keredhaan ALLAH. aku manusia biasa yang selalu mengingini sebuah hati yang tulus dan ikhlas. Hati yang bersih dan suci tanpa ada niat hitam dan dusta. Mengapa susah benar untuk menjaga hati ini . Bukan kah manusia perlu memasang niat dalam segala urusan yang dilakukan.

Ya, Allah aku berdoa kepada -MU agar berikan aku sebuah hati yang tulus dan ikhlas. Aku benar ingin jadi hamba yang tiada niat selain ingin mencari keberkatan MU ya ALLAH. Bantu dan dorong lah hati hamba-MU ini kejalan yang engkau redhai....... amin ya rabbal alamin.....

doa seorang hamba yang hina..

tepek gambar sabah

 dalam bas nak bertolak ke LCCT
 akhirnya sampai di tempat marsha AF tu...
gambar bersama partner masa nak check in




 dikaki gunung kinabalu...
 entrance kampung nelayan. hajat nak amik gambar beramai2 tetapi hampeh
 dinner at kampung nelayan
gambar bersama culture dance

anak2 ku sakit...

Date : 30/9/10 & 1/10/10
Venue : shah alam


anak2 ibu demam kembali setelah 4hari bebas dari selsema batuk dan demam. Alangkah cuaknya perasaan bila anak2 ibu asyik on off je demam ni. Nak dekat sebulan anak2 ibu sakit. Kalau sakit xde muntah dan makan cam biasa xde la ibu susah hati tapi bila da mula batuk pasti setiap malam ibu akan berjaga menjaga anak2 ibu yang muntah dan susah nak tido, tambahan pulak kalo sumaiya yang kena pasti ibu lagi susah hati sebab maiya masih kecil dan badannya mmg la saiz kecik. Bila isi muntah lagi banyak dari apa yang adik makan pasti ibu susah hati..

ibu rasa bersalah je tiap kali anak 2 ibu sakit. Ibu rasa macam tak jalan kan tanggungjawab dgn baik dan cermat hingga anak boleh jatuh sakit. ibu nak bagi tahu org yang anak ibu sakit pun ibu malu sbb rasa macam tak tahu jaga anak jer.. oleh itu, ibu harap anak2 ibu boleh jaga diri k sebab bila anak ibu sakit ibu lagi la sakit hati. Rasa macam teruk sgt....

kakak adik,
ketahui la ibu sangat sangat sangat sayang kakak dan adik. Ibu rasa dunia ibu adalah untuk kalian. Ibu sangat takut bila terfikir akan kehilangan atau ketiadaan kalian disisi ibu. Sejak akhir ini, hati ibu bertambah takut dan cuak bila dalam paper  byk berita pasal kehilangan dan kematian kanak2. Alangkah takutnya jika perkara itu berlaku dalam hidup ibu, ibu doa banyak2 agar jodoh kita berpanjang bersama.


ibu sayang kalian sangat2....