mengamuk n meragam

humaira baru je tido
setelah dipujuk,ditenangkan,dinyanyikan..etc
nak dekat 2jam lebih baru dia tido....penatnya..
perangai /simptom ini mula menyerang sejak
balik sgkai hari tue..itu lah pertama kali
dia menangis beria, dgn mulut terbuka luas
siap pejam mata, sore serak, mata merah
menjerit macam kena pukul dalam masa 1jam 1/2
berhenti kerana keletihan menangis....
tertidur dibahu ibu dengan mata yg bengkak dan merah..
masa tue hanya ALLAH je tahu hati seorang ibu...

mulai dari hari itu
perangai ini berlaku selang sehari
tetapi sejak seminggu yg lalu
perangai ini mulai dialami tiap malam
oh tidak ......


tersangat la terseksa
bukan kena layan atau pujuk dia
tapi aku tak sanggup melihat dan mendengar
tangisan dia, jeritan dia dan air mata dia
sungguh hati ini begitu hiba dan kecewa
tiap kali dia menangis aku rasa nk menangis
selalu tertanya apa lah yang aku lakukan
hingga dia jadi begini ,
adakah terkurang sesuatu atau apa dosa aku
yang telah aku lakukan hingga anak aku kena
lalui semua ini.......

hiba hati seorang ibu
apabila tidak dapt mencari penawar untuk anak yg dikasihi
entahlah...
mungkin bagi org lain
ini perkara BIASA

tapi aku TIDAK
sebabnya anak aku 2org
tidak pernah aku alami perkara begini
DULU...aku hanya dengar rintihan ibu-ibu
tetapi kini aku alaminya.....
teramat sedih dan takut bila malam menjelma
dia akan tidur lena setelah
menangis sepuas hati............

pasti ada sesuatu yg perlu aku lakukan
agar dia tidak meragam dan mengamuk
tetapi APAKAH ia????

aku masih tercari2 penyelesaian
atau penawar ...................
semoga aku berjaya ........

Perkembangan latihan tanpa pamper tuk sumaiyah-buang air besar

semalam...
akhirnya.....
sumaiyah berjaya membuang di toilet bowl
sungguh bermakna sekali....

hehehehee
sorry cerita yg kotoq tapi bg kami sekeluarga
ia pencapaian ahli keluarga yg bermakna
mana taknyer....bila maiya berjaya
ayah, ibu dan kakak sekali suka..
kecoh sekejap sebab maiya berjaya...
horrayyy....

so kita akan ke stage seterusnya
tido tanpa pampers...
moga cepat pandai yer....

Perkembangan latihan tanpa pamper tuk sumaiyah

hari masuk hari yg ke-3
setakat ini memuaskan sebabnya
aku masih belom mengemop air kencing yg bertaburan
tiap kali aku tanya nak kencing tak
pasti dia akan pegi tandas n ckp nk kencing
dalam 4kali pegi adalah sekali dia mmg kencing bebetui
yg lain hanyalah alasan dia nk main air
xper la asalkan dia nak belajar kencing sendiri..

dalam latihan ini,
zulaika banyak membantu dimana
dia sanggup melayan kerenah adik maiya
asal adik ckp nk kencing dia akan bantu
sebenarnya alasan dia juga nk main air
takper la dgn ibu je leh bg alasan
kalo dgn ayah abis la korang

so takat nie
puas hati tp kalo dia tido
kalo siang aku pakaikan CD
kalo malam pakaikan pampers
yg merisaukan tiap kali periksa CD atau pampers
maka kedua2nya akan penuh sekali
maknanya nak ajar tido tanpa pampers
mungkin mengambil masa yg lama kot
sebab dia jenis heavy waktu tido.....

xper la pelan2 kayuh la
janji da ada permulaannya...
setidaknya jimat gak pampers takat 2-3keping sehari kan
almaklum mak bapa dia tgh susah hati
apapon semoga anak ibu cepat berdikari yer

oppss lupa nak info
sumaiyah merupakan anak yg penakut sikit
xmacam kakak zulaika yg berani...
kalo sumaiyah jgn harap nak gi mana2 bilik tanpa kawan
tapi kakak gelap pon dia berani
so aku rasa tempoh latihan ini akan
berlarutan dlm tempoh yg lama


lain anak lain lah ragam dan patennyer
harap2 kamu berjaya penghujung nya..

mak aiii mahainyer.....

pagi nie sungguh sibuk...
dengan kerenah sumaiyah dan humaira
sorang takmo tido, yg sorang lagi dok bertanya itu ini
pala pon jadi "wel" jap tambahan  tak bekfest

bila keadaan da terkawal
terperasan ada 4 missed call
antaranya dari pengasuh....
jarang pengasuh call melainkan kalo ada isu jer
so nak tak nak kena call balik.....


alkisah.....
dia bertanya nak hantar baby humaira ke tidak
atau nak jaga orang lain sebabnya ada org da menanya
nak suruh dia jaga baby setahun 2bulan...
kalo aku tak hantar dia nk ambik baby baru..
confuse je sebab da 9org budak dia jaga..
yg nie pulak dia dok beria menanya....

so alang2 dia tanya aku pun cakap yer la
mana nak letak kot...xkan nk letak asing2kan..
so kena la tanya regenya...
dia bilang sama aku standard RM350/baby
ayor-yoyo ....ama apa.......

kalo cam gitu RM400 + RM350...
jawapannya mati la aku .....
so tawar menawar dia ckp kasi RM250
pon begitu..aku cam tak puas hati....
aku ckp leh ker dapat RM600/package
jawapannya...nanti-nantilah....bincang...

camner nie...
tahun nie penambahan tanggungan
kenaikan gaji tak sampai RM100
tapi kenaikan kos pengasuh je da RM250
yuran taska 80, van taska 48

makanya....
kena ikat perut lah kami
adakah hajat nak tukar kete tercapai?
camner nak tolong mak abah nie?

hasilnya
aku akan susah hati selalu
dan ayah pasti kena bebel selalu

aduhai jiwa...
begitu pentingnya duit dan wang itu

Ya Allah, ya tuhanku...
kepada-MU aku berserah sesungguhnya hamba-Mu ini yakin dengan ketetapan dan rezeki yang KAU limpahkan. Ku bermohon kepada-Mu, murahkan rezeki anak-anak aku agar tidaklah mereka berasa kekurangan dan dapatlah aku didik mereka ini kejalan yang diredhai dan menjadi hambaMu yang soleha didunia dan akhirat. Amin amin ya rabballamin.....

penyusuan humaira diduga lagi

sejak awal minggu nie humaira mula mengamuk..
memula hanya keluarkan bunyi jer
lama kelamaan humaira da pandai menangis
bila dah pandai menangis..
dia makin mudah menangis jika tidak dilayan..

yang terkini dia tidak mahu tidur
dia mahu dilayan dan dipegang
jika tidak akan keluar suara nyaringnya itu
da brapa malam ibu terpaksa tidur lewat ..
dek melayan kerenahnya...penat...

bila ibu cuba mengadu dekat nenek
pasti jawapannya baby lapar
nenek suruh makan nestum
alasan baby nangis sebab lapar
dan anak2 nenek semua dlm hari dah makan

alkisah...
ibu tersangat la risau
benar ke anak ibu perlukan makanan pejal
selain susu ibu yang rasanya tgh banyak nie
ibu sangat la sedih dan kecuakan...

ibu nak sangat menyusukan kamu sepenuhnya
selama 6bulan ini tanpa makanan laian...
wahai anak ibu,
ketahuilah ibu tgh kesusahan hati...
berbeza sungguh pengalaman kali ini
kakak-kakak kamu tiada meninggalkan
pengalaman seperti ini......

walau apapon...
ibu akan harungi segala payah getir
tuk menyusukan kamu.....

tips penyusuan - dari pengalaman

Aku bukan pakar dan bukan pula orang yang sesuai nak bagi nasihat atau panduan kepada mana-mana ibu yang sedang atau mahu menyusukan anak. Tapi sejak aku mula menyusukan sumaiyah, ramai pula yang minta pandangan pada aku. Takut juga tersalah bagi nasihat, aku cuma bagi pandangan sejujurnya dalam pengalaman aku mengharungi perit maung menyusukan anak. Kali ini aku nak berkongsi 2 tips yang mana bagi aku amat penting dan memberi kesan kepada aku. tips tersebut adalah

  1. menyusukan seawal yang boleh
Sedia maklum, kali ini adalah pengalaman kedua aku menyusukan anak sedangkan anak sudah 3. Anak yang kedua aku nekad untuk menyusukan anak dan belajar selok belok penyusuan hanya melalui pembacaan di internet. Boleh dikatakan setiap hari aku mengkaji dan mengaji. Hasilnya aku berjaya tapi banyak juga dugaan dan kelemahan.

Untuk penyusuan kali ini, aku cuba cari penyelesaian kekurangan yang dahulu. Kalau dulu susu aku kurang sangat walaupon dalam pantang sedangkan aku tengok ibu-ibu yg lain susu mereka berbotol sekali pam. Maka kali ini aku ingin cuba sesuatu yang baru. Banyak pakar tekankan menyusu seawal yang mungkin. Jika dulu aku kurang faham tapi kali ini aku cuba praktikkan yang dikatakan seawal yang mungkin. Oleh yang demikian setelah anak aku diberikan kepada aku masa dalam labour room, aku beri Cik B aku untuk dihisap sungguhpun susu tidak ada walaupon setitik. Boleh dikatakan sehari semalam juga anak aku menghisap Cik B tanpa susu, alhamdullilah anak aku pula tidak menangis mahupun menolak Cik B yang tidak bersusu itu.

Disebabkan anak tidak menangis, maka aku tidak beritahu sesiapa kerana bimbang akan dimarahi atau dikondem oleh mereka-mereka ini yang aku tiada susu. Takut sungguh mereka akan beri idea  susukan anak dengan susu lembu. Bukan aku ibu yang kejam, tapi aku yakin dan percaya, perut anak telah disettingkan atau disesuaikan dengan keadaan ibunya sejak dalam perut lagi. Kalau tiada susu maknanya anak belum bersedia untuk minum. 

Setelah sehari semalam tanpa susu, alhamdullilah aku dianugerahkan dengan susu yang banyak. Kedua-dua Cik B aku sentiasa mengeluarkan susu dan sentiasa membengkak. Aku juga mengamalkan demand n supply yang mana sentiasa pastikan  Cik B kosong untuk permintaan yang seterusnya. Maka aku begitu yakin bahawa, menyusukan seawal yang mungkin boleh membantu pengeluaran susu. Aku tidak berani menyatakan idea dan tips ini pasti berkesan tapi ini adalah penceritaan dan pengalaman aku. Aku amat simpati dengan sahabat-sahabat aku yang kecundang yang mana bukan mereka tidak mahu untuk menyusukan anak tapi mungkin belum rezeki mereka lagi. Kepada bakal2 ibu yang hendak menyusukan anak, satu saja peringatan saya iaitu byk dugaan dan rintangan untuk usaha murni ini oleh itu cari la ilmu dan praktikkan segala tips dan panduan melalui pengalaman ibu-2 yang lain. Peringatan untuk saya juga yang mana kesilapan untuk membiarkan puting melecet masih berlaku lagi. Sedang mencari tips yang lain untuk mengelakkan sejarah puting melecet yang tidak mahu baik..minta dijauhkan pengalaman itu.

     2. Susukan anak sebelum menangis

Tips yang ini bukan untuk menambahkan pengeluaran tapi tips ini banyak membantu proses penyusuan kita. Aku amalkan tips ini kerana aku punya mak ayah yang begitu cerewet yang mana tidak boleh mendengar anak menangis, maka sibuk lah dia membebel bayi lapar dan perlu diberi susu dan paling aku takut jika mereka suruh aku bagi makan nestum atau apa2 saja yg dirasakan perlu. Hujah mereka, aku adik beradik dulo dlm pantang lagi da diberi makan dan anak2 takkan menangis.

Maka untuk elak aku dibebel dan memberi tekanan kepada proses penyusuan, aku pastikan anak sentiasa dekat dengan aku dan jika ada tanda2 anak hendak menyusu aku akan bagi secepat mungkin tanpa perlu anak menangis. Jika kita dapat mengelak anak menangis, secara tidak langsung membantu kita dari ditekan dengan kata-kata yang menyakitkan seperti " susu takde la" susu cair la tu sebab anak lapar""anak tak puas la" " ko memang takde susu la" "bagi la makan mesti anak senyap".....bayangkan la ayat2 ini dikeluarkan oleh orang yg rapat ketika kita tgh sakit lepas bersalin. Pasti proses menyusu terbantut dan kita akan stress seterusnya akan menyebabkan susu berkurangan.

Lagi satu perlu ditekankan bahawa, semasa dalam pantang atau di awal usia bayi adalah perkara biasa bayi menyusu dengan kerap dan banyak tambahan bayi lelaki. Oleh itu jangan mudah tertekan jika bayi selalu minta disusukan.

sekian tips untuk kali nie..
jika ada yang lain akan dikongsi bersama'
ingat tips ini bukan dari pakar cuma sekadar pengalaman
dari ibu yang sedang menyusukan anaknya.......

tepek gambar- sunway lagoon

gambar-gambar nie da lama sgt...
rasanya bulan oktober 2011
sempena hari keluarga kolej cemara akasia cendana
tiket masuk dan duit belanja RM100 
ditanggung oleh pengurusan
selebihnya tanggung sendiri

duduk kat dalam air takat sejam 
lepas tue ayah dgn adik da takut n malas
akhirnya mandi di tepi pantai jer..

 ayah melayan anak2 daranya

 ayah melayan kakak yg tak puas main air 

 adik merajuk 

adik da cuak nak main lelama
takut air tapi nak main...

 3beranak yg comei

 satu tragedi sudah berlaku selepas keluar dari "rinse"
abis camera jam ...air masuk dlm kamera
padahal sebelum nie aku siap rendam dlm kolam xde pon air masuk
air pancut nie telah berjaya masuk dlm lcd camera

 ni la hasil gambar setelah air masuk
walau air da masuk tapi si tuan ni
tak paham bahasa masih tak puas hati  dan mengetest gak
akhirnya kamera telah jam dan mati....

 comeikan anak- anak ibu dgn ayah

ayah tak lepas tangan adik
takut terlepas kang haru satu dunia mencari 


disebabkan aku tgh malas yg amat
gambar2 ini di upload tanpa ikutan yg betui
tp komen dan catatannya adalah mengikut gambar

sambungan kes kamera tue
bikin aku sgt sedih n frust sgt 
aku beli mahai tau- cecah ribu gak
hati hancur sgt mengenangkan khidmatnya
yg aku rasa belum cukup tempoh dan lama

tapi ALLAH itu MAHA berkuasa dan penyayang
memang rezeki aku dan jodoh masih bersama
kamera ini telah pulih sendiri dlm tempoh sebulan

sebagai tuannya dah tentu aku gumbira
tak silap beli barang mahai
ada keistimewaannya...

alhamdullillah...