Nak cerita pengalaman implan setelah period menjelma. Sejak merah datang aku mengalami tempoh merah yang tak menentu. Masa first time (oktober 2013) kena merah setelah 2tahun xdtg lepas besalin. Hampir sebulan jugak bermerah. Masa tue tension sebab aku ada ujian talaqi, berapa kali aku postponed amik ujian. Sungguh tekanan.
The next monthnya plak dtg bila aku kena denggi. Teruk juga pengalamannya sbb platlet aku dok jatuh je sapai doktor pon cuak terus bg ubat stopkan period itu..
3rd experience (jan 2014) aku kena 3 ari jer.. Syiok kot..
Tapi akhirbulan (jan 2014 juga) aku kena sekali lagi dalam 8hari hingga awal februari.
Hari ni genap 15feb2014, aku tetiba kuar lagi..
Setakat ni tiap kali merah datang kuantitinya tak byk mana laaa. Kira kalo pakai pad tak perlu tukar sgt..
Sekian pengalaman untuk dikongsi..
Ada plan nk kuarkan implan tapi dalam proses penimbangan lagi....