cukur jambul






Tarikh : 25hb Julai 2009
Tempat : sg buloh a.k.a umah cik yah sempena fika kawin
Umur sumaiyah : 40hari ( masih dlm pantang)
komen : sgt berpuas hati sbb semuanya berjln lancar dan meriah walaupun majlis menumpang...syukur...

full breastfeeding

Aku plan nak breastfeeding anak aku kali ni. alsebab nya, anak sulung aku selalu sakit n selalu kena gi klinik hingga ada sapai duk hospital. Kajian yg aku buat mungkin sbb susu. So kali ni aku nekad nak bagi exlusive breastfeeding kat sumaiyah supaya tidak berlaku perkara yang sama berulang..insyaallah.
sebagai permulaan aku da baca byk artikel yg berkaitan mmg byk manfaat dan faedahnya. Untuk menunjukkan kesungguhan aku, maka aku pun telah membeli breast pump yg berharga RM600++(set). Permulaan mmg napak cam mudah, setelah aku lalui sebulan nie.. pelbagai persoalan yg timbul yg napaknya aku perlu sentiasa belajar untuk menambah pengetahuan dan yg paling penting semangat perlu kuat dan hati kena tabah.
Baru2 ni aku telah terkena nipples cracked.. Ya Allah hanya ALLAH saja yg tau betapa pedih n sakitnya. tak tahu nak cerita... aku da kena nak masuk4 hari.. da 4 hari jugak la aku culas (sblm nie mmg culas nak pump) nak mengepam...stok yg ada pun aku da guna sbb sakit sgt hingga nak bg direct kat anak pun sakit apatah lagi nak pam.
Aku mula susah hati sbb stok xde n aku nak masuk kerja boleh ker aku full breastfeeding nie. Macam goyah je semangat aku bila tgk xde stok ni. lagi seminggu aku nak keje da. Breast pun masih sakit lagi n stok xde mampu aku supply kat babysitter nanti... al kerisauan tengah melanda...

Berpantang Sendiri




hmm.. aku duk hospital 2hari sbb anak aku tak berak hari pertama, doktor hanya izinkan keluar jika baby selesai berak n kencing. aku balik rumah terus kali ni sbb aku da nekad nak pantang sendiri malas nk susahkan org n susahkan diri sendiri. Bagi aku biar la aku buat selagi aku buat lagipun setakat ni anak dan aku xde masalah so xsusah kot nak pantang sndiri. Aku bersyukur sbb laki aku nak tolong jaga n dia sanggup bersusah demi nak jaga aku. Mungkin dia buat kerja yg simple jer tp bagi aku besar gak pengorbanan dia....
Masa awal berpantang xde masalah besar sgt timbul cuma lambat urut membuatkan aku dpt batu meroyan... sakit juga sbb darah tak keluar... sakitnya nak citer seakan sakit nak beranak dia akan dtg 10 ke 15min sekali. Masa sakit tu mmg sakit la.. tp esoknya suamiku berjaya jupe mak bidan yg profesional. Dia urut aku n bagi aku minum jamu dia yg aku rasa mujarap sbb selepas aku minum darah keluar berketul2, ada la sebesar penumbuk baby. Lega rasanya....
Kalo ikutkan aku leh berpantang dgn tenang tapi aku ada konflik sikit dgn famili dimana ada setengah mereka tak fhm keadaan aku... mereka nak aku yg puaskan hati mereka sedangkan mereka tak pk yg sakit adalah aku... konflik ini membuatkan aku lakibini bertekak n hingga buat aku menangis.. nasib baik aku tak kena sawan atau meroyan ( dimana kemurungan selps besalin). Entah la kekadang susah nak buat org faham...


Sumaiyah Syuhada




assalamualaikum...
akhirnya penantian kelahiran baby yg kedua tiba..
aku start keluar tanda 14hb jun jam 6ptg.. kali ni tandanya beza sikit dr zulaika yg dulunya air ketumban pecah tapi kali ni darah mula keluar. Masa keluar tu mcm cuak juga sbb lain lak tanda kali ni.. kebetulan ada tetamu nasib la org yg dtg tau.. dia yg suruh pergi hospital. tapi aku tak pergi begitu awal sbb da ada pengalaman kan . nanti kena tunggu lama n boring jer. So aku tunggu hingga da ada rasa sakit baru pegi hospital.. menjelang pukul 12pagi.. aku da rasa sakit sikit dan aku rasa patut pegi hospital lagipun zulaika kena hantar kat babysitter sbb aku xde saper nak harap melainkan dia.
Bila da sapai hospital, aku kena peksa, doktor ckp da buka 3cm so leh masuk wad.Mula2 aku suh laki aku tunggu sbb tak mau dia ketinggalan tgk aku beranak tp da h kul 2pg cam xde tanda yg nak beranak aku suh dia balik dulu dgn syarat mesti tak tido mati ( dia kalo tido mati apapun tak dgr)..dr mlm hingga la kepagi..dlm kul 9pagi doktor buat pemeriksaan, masa tu aku da mula sakit yg amat rasa macam da nak beranak da.. ngadu kat doktor, dia ckp nanti dia check.. tunggu punya tunggu xdtg pun sapai aku tgk dia nak blah dr wad... Akhirnya aku ngadu la kat nurse, derang pun check n da buka 5cm.. leh turun bawah.. masa tu aku da call laki aku...suh dtg sekarang gak...nurse yg ok kali ni.. aku duk pun tak lama.. laki aku tak kunjung tiba pun..ada rasa cam sedih sikit.. masa dlm labor room, aku bawa hp, masa nak meneran.... yg kelakar.. ada incoming call.. aku tak mau angkat tp nurse tu suh amik dulu.. aku tak tau saper tp aku smpt jawab busyx3 terus mati kan.. yer la saat aku nak beranak pun leh jawab pon... heheh
kalo ikut bukaan 5cm, aku dijangka lambat sikit nak beranak tp aku ni kan jenis tak sabar.. selepas doktor pecah air ketumban, aku dok meneran hingga urine aku keluar mencurah termasuk la najis aku... sapai nurse tu naik risau.. n dia kata nak tolong..(ntah apa dia godek kat cik bunga aku tue ) dia suh aku teran ... aku pun teran tp aku tak de tenaga sgt sbb aku tak mkn sejak mlm td.. ntah brapa kali aku teran n baby masuk balik hingga akhir aku berjaya juga meneran ( sakitnya..) lalu kdgran la tangisan baby yang kunamakan SUMAIYAH SYUHADA... uwek ..uwekk.. lega hati aku....selepas itu... uri di keluarkan n aku pun dijahit.... hari tu dikirakan ramai la yg nk beranak so aku cepat dikeluarkan dr labor room. Masa nak tunggu aku dibawa naik ke wad, aku napak kelibat laki aku nak masuk labor room. Aku panggil dia, dengan muka yg cuak n rasa bersalah bila tgk aku da selamat bersalin.. cpt2 dia minta maaf n ckp lama dia tunggu kat luar sbb kaunter kata lama lg nak bersalin. So bkn salah dia la lambat sapai kan.. xper la xde rzki kan..