SAYA NAK KURUS "SEMULA"

 Aduhai, 

Berat yang sangat tak ideal dan paling berat sepanjang hidup dimuka bumi ini.
manakan tidak... masa mengandung pun tak berat macam nie..
Perut???  jangan ditanya...memang kedepan sudah... anak-anak duk asyik tanya kenapa perut sangat la besar dan mengelebeh... baju pun jgn ditanya...ada yg tak muat kat tgn, kat kaki...yg lain saiz lagi la banyak...adoii sayang je... dah la baju tak banyak...sadis betul jadi org gemuk nie.

sebenarnya sedar badan naik
tapikan rasa macam okay lagi kot...
dlm hati duk berkata ideal lagi nie...masih boleh diterima
tapi sebenarnya tertipu dgn diri sendiri maka bila terima hakikat bila baju dah tak leh dipakai.
bila asyik syok sendiri dan tertipu dgn bayang2 sendiri maka awak dah kelaut dalam
nak timbul bukan senang...nak terapung lagi la payah

Maka..
dengan harapan menaip kat sini
kesedaran utk menguruskan diri lebih baik dan teratur...
harap ketabahan dan nekad itu ada dan berterusan
jgn harap sembang je dan berniat sahaja tapi tindakan TIADA!

meh share gambar











  
2017 - hari terakhir kat Cemara Akasia dan Cendana



2017 - fraser hill - dah tahu kontrak kat INTEC tidak akan disambung


2019 - perhentian dgn geng cemara masa nie


 ogos 2020




2024- hatyai trip 


Hakikat macam xnampak sgt dari gambar yg disertakan sbb tak jumpa gambar buruk (sapa nk simpan gambar buruk  ..kan...hahaha).

tapi nak bg tau berat 2017 - 60kg dan 2024 76kg.... 7 tahun naik 16 kilo beb. paling teruk masa masuk seroja nie.... mmg hidup aku teruk bangat beb... org tak hala tuju kot...
matlamat hilang ke entah  ke mana...

aku cuba kutip sikit sikit...ada yg aku jumpa balik ada tp banyak tak jumpa dan tercicir mana yang dah dikutip...akhirnya aku kosong balik dan tak berhaluan.

aku kena rajin dan terus rajin untuk dapat hasilnya...
kita tengok balik nanti yea... mari kita mula merekod perjalanan turun berat badan...



 BISMILLAH..


Selamat hari raya aidiladha 1445H.

Tahun ni raya langsung seperti bukan hari raya especially bila tak menunaikan solat raya..

Ia nyata dan jelas menunjukkan tahun ini tahun paling iman dan roh tidak menepati piawaian dan standard ditetapkan. Mengapakah ia berlaku? Sebenarnya perkara ini dah lama aku perasan dan sedar cuma kesedaran untuk berubah je tiada. Mungkin keteguhan dan keutuhan jiwa untuk berubah TIADA!

Tahun ini tahun amat memalukan pada pandangan aku sendiri dimana…. kelakuan dan tindakan aku yang amat teruk…cth


  1. bayar zakat lambat
  2. bayar untuk qurban pun lambat…mungkin kena scam
  3. quran tak khatam masa ramadhan
  4. puasa qada masih tertunggak banyak lagi
  5. solat qada juga masih teruk
  6. ada juga solat fardu yang terlewat dan terpaksa qada…ini paling teruk
  7. culas dengar tazkirah atau ceramah - jiwa jadi kosong dan tawar
  8. tahun paling malas layan tetamu
  9. sedeqah subuh mmmg out of the list
  10. sedeqah biasa pun macam kedekut jer…punca…rezeki jadi makin mahal.
  11. kuat layan drama- most of my time wasted at this category 
  12. zikir? kalo benda fardu pun leh termisss…. sunat ni lagi la…
Hasil semakan diri sendiri….bila semua ko culas dan skip…paling nampak…hati ko jadi KERAS dan hitam… semua jadi malas dan mudah untuk ko tinggalkan… haaa.. lupa nk update aku da 2 tahun tinggalkan dhuha…. tak tahu silap dimana …hingga aku jadi begini…payah nak uturn jadi cam dulu beb… jika dulu tak buat dhuha…hati jd gelabah..mengelabah dan tak tentu hala…..la ni apa ada ku kesah… nampak tak hati makin keras…. aduhai sedihnya aku….

Aku adalah cuba buat utk kembali ke pangkal jalan…. tapi asyik buntu dan tak jumpa jalan. Aku rasa sebab hati keras nie… bikin jalan utk kebaikan jadi susah…. even aku da plan baik…what to do… last last aku buka drama…asyik failed je…

hmmmm…
lagi satu nak confront…. tahun ni banyak ujian aku dapat…
aku rasa macam bukan ujian tapi lebih kepada balasan atau karma…
  • sumaiyah jaguh motor
  • bil air mencanak 
  • tayar kereta tukar 4 biji terus
  • mak masuk hospital
  • duit hilang
  • semalam sumaiya buat hal…

AKU tak putus asa untuk mencari yang telah hilang dan menjadi yang lebih baik… namun aku kekadang hilang arah….tersasar dari landasan…. akhirnya aku kecewa…

aku tahu semuanya dari aku… nak baik aku kena jadi baik…org tak leh paksa…aku je yg boleh ubah dan tentukan semuanya dengan izin Allah… aku mengharapkan Allah terus memberi kasih sayang dan rahmatNya pada aku. Berkati rezeki yang dilimpahkan dan jumpakan aku dengan org yang baik baik.

Aku takde sapa…hanya ada ALLAH…

Sekian luahan aku….dintahun 1445H
moga tahun depan aku jadi yang lebih baik