trip ke sabah

Date : 24-26 september 2010
Venue : Kota Kinabalu
Subjek : opis trip daa


Sekian kalinya aku berjalan lagi
kali ni bukan kursus cam biasa
tapi kali ini adalah anjuran opis
aku harus la pergi
alkisah aku yang handle everything
aku lah booking tiket dan  hotel
termasuk lah kira kepala
bila nak bergerak kesatu tempat

kitaorg pergi semuanya 12org
kebanyakan yg pergi da berumur
hanya aku dan kerani - ana
yang masih freshie dan muda.. huhuhuh
kami bertolak dari shah alam
lebih kurang kul 3ptg naik bas company
flight menepati masa ...cuaca ok
kira ok la jer bila sampai saner...

pengalaman xde la yg menarik sgt
untuk dikongsi bersama...
ada gambar buat tatapan dan kenangan ...

Tepek gambar raya belah mentua

ini la kedua orang tua mentua daku



Kesemua ahli keluarga ( adik beradik suami ku itu)



ini gambar bila aku sudah join ini family daaa...

ni abe tersyang... merangkap pak long anak2 aku

comei tak ?? ni adik ipar paling bongsu... dia la selalu buat susu anak aku bila kat kampung

mandi manda di hot spring sungkai

birthday...

hari ni birthday aku.. xde yang special pun pada hari ini. terima ucapan dari kawan n famili.

Cerita pasal birthday, tiada istilah sambutan hari lahir dalam kamus famili aku.. seingat aku hanya sekali kami meraikan sambutan hari lahir ni iaitu hari lahir arwah adik yang dibuat dan dikelolakan oleh kakak aku. Rasanya itu je kot yang kami raikan , almaklum kami dari keluarga yang susah. Ini bermakna memang dalam hati setiap anak - anak bapa aku xde yang bermimpi disiang hari untuk menyambut hari kelahiran bersama keluarga. Bagi kami, hari lahir kami adalah seperti hari-hari biasa sahaja. Rasanya mak xde pun wish masa aku kecik2 atau zaman sekolah. ahhh...lupan kisah sedih ini.


Tetapi bila mula zaman sekolah menengah, aku mula ada sahabat yang rapat dan ikhlas. Kami merayakan setiap harilahir  sahabat kami dengan ucapan dan kek.Walaupun dengan sebiji kek dan berkongsi ramai, tetapi ia da cukup menggembirakan hati. bagi aku zaman sekolah adalah yang terindah. Kerana pada zaman itu, diri dihargai dan persahabatan yang terjalin adalah ikhlas dan suci. Betapa aku merindui zaman persekolahan.Setiap tahun pada zaman sekolah, hari lahir aku disambut dengan penuh bermakna bagi aku. Kenangan itu sentiasa dalam ingatan aku....

Bila sudah meningkat dewasa dan banyak tanggungjawab yang digalas, persahabatan dan hubungan yang terjalin tidak seikhlas zaman sekolah. Banyak hubungan terjalin bukan atas ikhlas.... Sedihnyaaaaaaaa...
apalah yang aku mengarut nie......

Motip entri aku kali ni, adalah bila da menjangkau usia 30tahun ini aku tidak seperti sebelum ini, yang masih tertunggu hadiah dan ucapan dari orang. Pada hari ini aku sedar bahawa semua tak penting bagi aku. Cukup la sekadar bersyukur dengan apa yang aku miliki. Kerana aku adalah kalangan orang yang masih beruntung yang hidup tak melarat dan kesepian dan kurniaan terbesar kesihatan yang tahap unggul, dimana aku tak bertongkat dan tidak perlukan bantuan insan lain untuk jalani kehidupan.

Ya Allah, sempena kelahiran aku yang ke-30tahun ini , aku memanjat kesyukuran diatas apa yang telah KAU limpahkan buat hamba-MU ini. Aku memohon pada-MU berilah aku kesihatan yang berpanjangan untuk menjalani ibadah hidup ini dengan baik dan berkat kan lah hidup ku untuk menjadi hamba-MU yang soleh.. amin..


semoga tahun ini dan seterusnya, aku akan lebih bersyukur dan banyak membuat kebajikan dalam kehidupan demi sebuah kehidupan yang lain...

tepek muka- family aku...

Venue : banting
Time : pagi raya lagi
Mood : keluarga besar

ini adalah mak tiri ku - aminah namamya bersama ayah aku...
ini plak mak dan ayah ku....
gambar mak , abah dan mak ijoi ( mak tiri aku ) bersama adik kesayangan aku saril
family kak ita... dalam perut bakal menjadi ahli baru keluarga ini... tengah menghitung hari jer...
ini plak family kak eda and abg tay... yg kecik tu baru je abis pantang masa raya pertama....
keluarga ni mmg kuat sedondong dari dulu sampai la nie....
ini plak family kak ura n abg mie... semua ahli family adalah lelaki yg ganas.....

patutnya berlima tapi kak eda lambat sangat bersiap ... kami lima beradik raya kat banting tahun nie.. yg lain g umah mentua....
 ini plak family aku bersama orang2 tua.. huhuhuhu
cucu-cucu yang ada pada pagi raya tahun ini
semua yang ada .....

tadi semua cover macho... yg nie plak gamabr poyo....

tepek gambar raya...

time : pagi raya
venue : banting
mood : sedondong dan family

sumaiyah dan zulaika yang paling awal bersiap... anak2 ibu da biasa bangun dan mandi awal....

adik maiya yang comei bergurau dgn sepupunya maisara bucuk yg blum mandi...huhuhu

 sedondong gitu.. tak  plan dan terpikir pun nak sedondong, kebetulan dan rzki dari Allah...sebab malam raya kebetulan jumpa baju yg kakak pakai dan murah sgt cuma RM15...
first time gambar beraya ...soreey ayah x sedondong sebab xde plan pong....
 bergambar dengan nenek tersayang.....

Rendang dan bunga api

Setiap tahun kami sekeluarga meraikan aidilfitri dikedua-dua ( banting & sungkai)  kampung cuma yang membezakan adalah mana dulu nak beraya. So tahun ini adalah turn banting , seperti kebiasaan kami kena gotong royong menyiapkan juadah hari raya. Oleh yang demikian balik awal sehari sebelum raya  bagi mencapai misi raya - masak ketupat dan rendang.. tahun ni aku beria nak makan mak punya rendang, selalunya xde plak excited sangat macam ni. Tapi hasrat dihati nak makan rendang tak tercapai sebab rendang tahun ni telah dimasak oleh kakak ku - ita. Aku pun tak tahu macamana la pulak dia yang memasaknya, padahal dari pagi aku buat mise en place-  dlm bahasa melayunya memotong dan menyediakan bahan2 masakan. semuanya boleh dikatakan aku siapkan sebab masa tu aku da tidokan anak aku... bila semua da siap anak aku plak bangun maknanya aku kena layan anak la kan... dan kebetulan la pulak masa tu kakak aku pun sampai la... dan bila aku usha kat dapur.... dia yg tgh dok masak rendang... al kekecewaan melanda masa tue..... dapat merasakan bahawa rendang tahun ni tak sehebat yg aku sangkakan....


Bila rendang da siap... jangkaan aku benar belaka ... belum rasa tgk pun da tahu mmg tak best rendang tahun nie.. warna je dah lain .. selalu mak masak warna gelap nak hitam tapi kali ni warna merah la plak...esh esh esh ... potong stim betui la....itu la alkisah rendang tak best....

Raya tahun ni , tahun pertama aku beraya dengan kamera sendiri. Selalu tumpang kamera orang jer so nak posing lebih-lebih malu lah kan.. tahun ni aku balas dendam la sebab sendiri punya kamera suka hati aku la kan nak amik posing camner pun... hehehehe.. maka pagi raya kami beramai-ramai mengambil gambar ....

antara kecanggihan kamera aku leh amik gmbar bunga api so bila setting firework dia amik bunga api je.. gambar org dia abaikan k....

hebat bukan kamera saya... x rugi kot aku beli kan.. hehhehe
seperti yang aku nyatakan, dia cuma amik gambar bunga api... bebudak yg tgh main tu dia tak amik jelas pun...

lupa nak nyatakan. bunga api ni bukan dibeli oleh bebudak ni atau mak bapak budak2 nie.. tetapi percaya la orang yang "hantu" bunga api dan mercun kat rumah aku adalah mak aku atau merangkap nenek anak2 aku. Mak aku adalah orang yang paling giler atau sanggup berhabis  untuk bunga api. kekadang beratus dia abis semente untuk bunga api dan mercun. Kalau tidak ada mercun dialog dia macam ni " ala kalau takde emrcun xmeriah la hari raya dan tak bermakna" boleh ker?????? sepatutya ayat tu dari cucu -2 dia ini tidak dia lah yang sibuk cari anak2 aku untuk diajak main bunga api walaupun sumaiyah itu tak paham pun ...

tak per la asalkan mak happy.. anak nyer tumpang happy...

Happy birthday kakak!!! - update

Hari ini genapla umur kakak zulaika 3tahun
pagi ni ibu lupa nak wish anak ibu..
lagipun pagi tadi ibu terhegeh buat kerja gegara layan korea
tapi tak per petang ni ibu tebus dengan birthday kek yer
xde birthday party.... cukup la ingatan sebiji kek
yang tak seberapa dan ucapan dari ibu ayah dan adik maiya yer

tahun ni ibu doakan
moga kakak lebih membesar dengan sihat
kakak rajin makan nasi dan jangan kuat nangis yer
kebelakangan ini kakak selalu nangis
especially waktu petang mesti nak merengek
sampai ibu naik angin dan bengang
sudahnya kakak juga kena marah kan.....

ibu juga doakan
kakak lebih pandai mengaji dan membaca
dengar cakap ibu dan tidak degil
ibu selalu doa agar anak-anak ibu jadi anak yang soleha
ibu tahu ibu bukan yang terbaik
tapi ketahui la ibu sentiasa buat
yang terbaik demi anak ibu

kakak zulaika,
ibu bangga memiliki anak seperti kakak
sungguhpun kekadang kakak nakal
tapi itu semua adalah lumrah kehidupan kanak2
ketahuila ibu dan ayah sangat
menyayangi anak - anak ibu


Masa : Selepas waktu kerja
Mood : sambut birthday kakak zulaika

 kali ni beli kek kecik je
sebab beli kek memahai kakak n adik tak makan pun
lagipun ibu tgk kek 2 ni comei bangat...


kakak zulaika yang tak sabar nak tiup lilin....

tadaaa... ayah nyalakan lilin tuk kakak yer... bertapa gembira kakak tgk lilin da menyala....

kakak yg excited naj tiup lilin...

adik pon turut posing dgn kek.... comeinya anak- anak  ibu...

 ibu pong nak posing laaaa...


tibala saat potong kek....  seperti yang dijangka... mereka hanya nak potong kek bukan makan kek...sila rujuk gambar dibawah...



 

susuku sangat lah berkurangan

entri kali plak pasal penyusuan plak..
bukan apa cam da lama x mengadu pasal susu nie
semuanya gegara bebudak induksi sibuk nak baca blog aku
haruslah aku cuak mana taknya yg minta tue ada budak laki belum kawen lagi
seharusnya aku was-was dan tersipu jika mereka baca entri pasal susu


tapi rasanya mereka da tak berminat kot baca blog nie lagi... sebab dah xde topik yang menarik untuk mereka tatapi. so boleh aku bebas menulis apa yang aku nak buat  kalo tak nak cover liner .. alkisah susu kali ni adalah tentang hasil susu yang sangat mengecewakan aku. Isu ni berlaku da berlaku lama da semenjak aku belum pergi induksio da mula menapakkan kesan kekurangan susu ini. Bila aku balik dari INduksi lagi lah memburukkan keadaan dimana sejak dari itu anak aku telah mula campur susu ( minum susu lembu daaa). mimpi ngeri ku telah bermula!!!!!!!!!!!!!!!!!


sejak balik dari induksi susu yang  mampu ku kumpul tiap kali pam hanya la sebanyak 1- 1 1/2 oz shaja kalu byk sgt pun 2oz... sehingga kini susu aku hanya takat tue je. kalau bagi bbsiter pun takat 1 botol je..sedih sgt.
Susu kurang pun ada faktor lain yg mana aku mampu menuai hanya sebelah sahaja bila yg satu lagi ada problem. Nak explain detail masih cuak jadi isu sensitip jer kalo bebdk induksi baca...

sedih aarr .. bila susu kurang sgt nie.. macam pagi ni 1 botol gak yg mampu kubekalkan buat anak ku itu. sedih sgt laaaaa... uwaa uwaaa rasa nak menjerit jer.....

simpati la pada ku wahai dunia..
kerana aku gagal  menyusu baby ku selama 2tahun tidak tercapai
oh dunia doakan daku
dalam menghitung susu ku yang masih berbaki ini
kuatkan aku untuk memberi yg terbaek dalam baki yag terakhir ini
jgn putuskan zat -MU YA ALLAH
buat hamba-MU ini....

Uwaaaa..
sekian luahan sedih ku ini ...