program penyusuan sumaiyah syuhada

salam,
sudah lama aku tak coret perjalanan penyusuan aku. Rasanya setelah aku balik dari kursus induksi aku mula stop tulis berkaitan penyusuan atas sebab2 yang tertentu. Baru kini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku. Mungkin aku tak tulis apa2 sebab aku frust dengan keadaan semasa yang mana program penyusuan aku agak gagal dari apa yang aku plan. Ingin aku nyatakan disini aku gagal menyusukan sumaiyah sepenuhnya selama 2tahun kerana belum sempat sumaiyah setahun enam bulan aku telah mula campurkan susu formula dalam kehidupan sumaiyah. Ini semua gegara kegagalan aku untuk menjaga kesihatan dan cara atau teknik penyusuan terus (direct breastfeeding) yang tidak betul.

kegagalan aku mengawasi penyusuan terus ini membuatkan nipple aku melecet dan berdarah. Keadaan dan situasi nipple aku amat teruk dan tidak dapat dipulihkan. Jika dulu, kalau melecet dan kering maka aku boleh terus melakukan proses mengepam atau penyusuan terus tetapi kali ini melecet yang aku alami amat teruk dan seperti tidak boleh pulih dimana setiap kali selepas kering dan aku mula mengepam atau sumaiyah menyusu, nipple akan terus melecet dan berdarah. Bila proses melecet ini berlaku aku akan rasa amat lah pedih dan sakit. Aku amat takut dengan apa yang terjadi.. keadaan melecet ini bila dibiarkan seperti melarat dan semakin membesar seperti nak terbelah terus nipple aku. Takutnya......

Dengan perasaan sedih dan kesian dengan sumaiyah aku terpaksa menggunakan susu formula kerana sumaiya seakan tidak puas menyusu dengan hanya sebelah breast sahaja. Hasil susu pam juga tidak memberansangkan kerana aku hanya mampu bawa balik 1/2 botol setiap hari. ini jauh dari keperluan sumaiyah. Oleh itu aku terpaksa merelakan penggunaan susu formula di rumah penjaga.

Dengan perasaan yang kecewa dan kegagalan yang menghantui diri membuatkan hasil susu dipengaruhi. Maka setiap kali dirumah sumaiya menyusu akan seperti dia tidak cukup susu dan selalu curi2 minum susu kakak. Aku terpaksa mengambil keputusan besar untuk menggunakan susu formula di rumah juga tetapi aku masih menyusukan sumaiya jika dia masih mahu.

Belum terniat atau terfikir untuk berhenti terus menyusukan sumaiyah. Oleh itu, buat masa ini, dengan kehendak dan sumaiyah yang masih mahu menyusu aku akan terus menyusu walaupun aku tahu susu aku tak sebanyak mana. Setidaknya perjalanan susu aku tidak terus berhenti. Aku akan gagah melayan kerenah sumaiyah kekadang agak perit yang mana dia suka mengigit ketika menyusu.

Ketahui perjalanan penyusuan susu adalah sesuatu yang luarbiasa dan penuhi dengan cabaran. Oleh yang demikian nasihat aku perlu ada pengetahuan dan kemahuan yang tinggi dalam melalui perjalanan penyusuan tambahan jika ibu yang bekerja. Banyak yang akan diduga dan rintangan dan halangan kecil tetapi mempengaruhi proses penyusuan ini.

aku hilang kata-kata demi sebuah kegagalan...

No comments: