semalam yang indah

ceh...
selalu kita cerita yang sedih dan emosi kekecewaan je. So hari ini aku nak bercerita sesuatu yang indah telah berlaku dalam kehidupan harian.. (xde la indah bangat) cuma kita perlu mensyukuri apa yang kita lalui dan hargai apa orang lain telah lakukan baru la ada kemanisan dalam perjalanan yang kita lalui .. tak gitu !!!.

alkisah, semalam aku berpuasa kerana hari asyura. Maka aku telah meminta suami aku untuk memberi atau melakukan sesuatu yang lain berikutan aku telah puasa.. ( konon cam nak upah la kan). Kebetulan sehari sebelum itu, zulaika terjumpa lilin birthday dan sibuk nak kek kerana nak tiup lilin.. apa lagi...harus la minta kat laki aku kan...

Nak jadikan cerita, semalam bila aku dan anak-anak pulang ke rumah, kami tahu ayah pulang awal sebab motor dah terpacak kat tepi tempat kete... buka je pintu, keadaan rumah yang begitu kemas (maksudnya da sapu dan disusun rapi semua mainan anak2) dan ayah sedang layan you tube... bila tengok ayah yang sedang bersenang-senang terus aku cam nak nangis je sebab mesti ayah belum masak lagi... huhuhuhu... tapi aku tetap menjenguk kat dapur.. mana lah tahu da ready kan... wah...syoknya bila lihat sup ketam dan ikan keli siap masak didalam kuali atas dapur.. bahgia rasanya sebab tak perlu aku nak memasak dalam keadaan yang kelaparan ini.

Bertambah best lagi , bila zulaika berjaya menjumpai kek yang comel dalam peti ais. Apalagi menjerit kesukaan la kakak dengan apa yang ada. Start la practise nyanyi happy besday to you. Maka petang semalam kami berbuka dalam keadaan yang sederhana tapi penuh kesyukuran kerana diberi rezeki dan saat yang bahgia. Mungkin setengah orang cakap perkara ini hanya lah perkara kecil jer. Tapi bagi aku setiap yang kecil perlu dihargai dan setiap masa hendaklah kita lalui dengan bahgia kerana kita tak tahu bila kita akan kehilangan apa yg kita miliki hari ini. Kalau boleh setiap hari aku nak menikmati segala-segalanya dengan rela hati sebab kita hanya lah hamba yang tidak tahu bila tempoh perjanjian akan berakhir.......

Aku bukan hamba yang sempurna dan aku rasa aku takkan sempurna sebab terlalu banyak kelemahan dan keburukan aku perolehi dari kecil lagi. Satu yang mampu aku lakukan demi sebuah kehidupan anak-anak dan keluarga aku akan memperbaiki yang termampu dan mengharungi segala dugaan dan rintangan dengan hati yang tabah dan tawakal. Segala yang berlaku adalah ketentuan yang Maha Esa...

Kita hanya mampu merancang..... ingat lah kata yang aku mula percaya..

kebahgiaan bukan DICARI tetapi DICIPTA...
 

No comments: