susu oh susu

xde yang menarik...
tapi bebaru nie ada beberapa orang tanya pasal penyusuan dan pam yang aku guna masa kerja-kerja mengepam susu. Baru ni ada pensyarah yang aku rekomen guna medela freestyle jumpa aku dan banyak tanya pasal storage susu. Dia pun da jadi cam aku yang giler gadget penyusuan nie.. masa memula aku bagitahu rege pam medela terus dia terdiam..tapi kini dia cakap sgt puas hati dan berbaloi sgt beli pam yang aku rekomen. Pam ini sangat membantu dia dalam kerja harian. Malah kini dia lebih hebat dari aku yang mana sudah miliki deep frezeer tuk simpan frozen milk dia...

Bagi yang emmahami perasaan ibu yang pernah mengalami apa yang aku rasa mesti berpuas hati dapat tolong sesama kekawan tuk beri susu ibu yang terbaik buat bayi... hmm tak sabar nyer nak tunggu baby kuar n start kisah penyusuan baru....

zulaika berusia 3tahun 9bulan

Dah lama tak story mory pasal anak-anak...lebih-lebih lagi pasal kakak ika yang semakin membesar dan semakin keletah dan boleh disuruh dan diharap. Antara perkembangan yang membangga tentang kakak bila sudah berumur 3 tahun 9 bulan :-
  • kakak da mula menghafal surah alfatiha tapi bacaan belum sempurna..aku tak ajar pun cuma dulo masa kakak baru lahir hingga adik lahir tiap malam ibu akan baca surah fatiha, 3kul dan hasilnya kini kakak mula menghafal surah alfatiha..alhamdullilah..malangnya sejak adik ada ibu mula malas dan mula tidak amalkan amalan baik itu...ibu akan cuba perbaiki yer...
  • kakak rajin lipat baju...aktiviti ini dari dulo kakak mmg suka lipat baju...bagus anak ibu kan..walaupon tak kemas dan cantik tapi dia berusaha tiap kali lipat baju untuk cantikkan lipatannya...
  • kakak pandai main game..wah ini ibu tak suka sangat sebab bila tak dapat hp ibu habis dia mengamuk dan bikin suasana tak aman je kat rumah...cepat belajar bab game nie...bapak dia pon masih tak pandai lagi
  • sejak minggu lepas, kakak mula la rajin nak basuh pinggan sebab tangan da mula pandai buka pili air ...kira da tinggi dan boleh capai benda dalm sinki.... mungkin orang lain tak kasi anak derang buat benda2 nie..tapi aku suka anak aku belajar berdikari dengan pemantauan...aku selalunya kasi je apa aku buat dan anak aku cuba as long buat depan mata aku n masa dia buat cakap apa yg patut buat n tak patut... ( kekadang bapak dia bising sbb anak kecik lagi...)
  • hmmm... akak da poo  sendiri dalam toilet bowl (kena guna kerusi tuk panjat sbb bowl tinggi sgt) n mandi pon da pandai sendiri... tapi bab ni masih dalam pantauan lagi sbb bilik air adalah kawasan BAHAYA....cuma kakak tak pandai n kekadang lupa nk flush lepas poo
  • bila malam dan ibu ayah sedang tidur lena kakak bangun dan kencing sendiri ditoilet tanpa kejutkan ibu cuma kalau failed nak pakai seluar mmg menagis ...ibu bangga sangat.....
  • kakak da boleh diharap untuk jaga adik dan beberapa perkara yang buat ibu rasa bagus tui ada anak yang senang disuruh....
tapi dalam banyak perkembangan yang sihat nie... ada juga beberapa perkara buat ibu susah hati dan selalu nak cari solution supaya tak menjadi amalan hidup kakak sampai besar nanti :-
  • yang paling buat ibu risau ialah kakak suka ambil barang orang lain tanpa izin.. contohnya kakak ambil duit ibu dan dah pandai cakap bohong bila disoal...ibu sangat susah hati ... kekadang ibu napak dengan sendiri kakak buat salah tapi bila disoal pandai menyalahkan orang lain dan tidak mengaku salah..ohh... ibu sangat susah hati la kakak....ibu berdoa kakak tidak ulangi lagi yer...
  • bila barang atau kehendak kakak seperti nak main game tak dapat sure kakak mengamuk dan pukul ibu dan mula melawan cakap ibu. Jika dilihat perkara ini seperti ibu dtidak mengajar adab pada anak ibu...wah malunya kalau kakak buat perangai dpan orang lain... ni pon tgh pening pala camner nak settlekan....
  • yang nie...ibu mmg failed sbb kakak masih gunakan tangan kiri untuk makan sedangkan banyak perkara dan contoh ibu bagitau kenapa tangan kiri tidak boleh digunapakai semasa makan. saper ada petua?????
  • hmm ... apa lagi yer...ibu rasa itu je kot....

ibu bangga dengan kakak..walau banyak lagi yang kurang ..ibu berjanji akan perbaiki kelemahan ibu demi kebaikan anak ibu yg comei nie....ibu sayang kakak ika....

keadaan yang tidak memuaskan...

kalau ikut perkiraan aku yang tidak mahir ini, bulan ini masuk bulan yang ke-3. Bulan yang selalunya aku akan mula tunjuk simptom-simptom aku paling tak suka dimana tekak aku amatlah  memilih untuk makan. Amatlah payah bagi aku waktu-waktu seperti ini kerana jika aku langsung tak makan lagi lah haru hidup aku sebab kalau da masuk angin habis lah satu badan...semuanya tak kena. Oleh yang demikian aku selalu ambil langkah berjaga untuk makan sebelum rasa lapar tapi tue lah...nak makan apa?

contohnya hari nie..pepagi aku da mula fikir-fikir dan mula membayangkan segala bagai makanan yang boleh dimasukkan dalam tekak ku ini tapi malangnya gagal...nasi lemak n kuih muih memang out la...mmg tak leh masuk punya...so ternapaklah pulak roti n telur dipantry..maka aku pun makan lah dengan ada selera. Masuk jam 11pagi perut da start lapar...payah nie...sekali lagi mula membayangkan apa yang boleh aku makan..tapi hanya satu je yang terbayang dimata iaitu soto ayam.....itu je yang leh masuk kat tekak buat masa tue...tapi bukan semua soto ayam aku leh makan ada plak tempat2 yang terpilih jer...(banyak songeh oooo...) so aku pon makan soto yang berjaya menawan tekak ku ini...

tapi malangnya..... tak sampai 1jam , ntah apa yang tak kena telah terkeluar kesemua soto ayam yang telah masuk ke tekak ini......lepas proses mengeluarkan berjaya..maka hasilnya badan lemah dan tak larat... nak tak nak aku kena balik awal gak walaupon aku da plan nak buat kerja yang banyak....balik umah terus colapse...huhuhu tak larat...

sekarang baru je selesai masak makan malam...sebelum masak bayangkan apa nak masak n makan tapi bila da settle tak lalu lak....hmmmm sepanjang 3bulan ini, aku rasa belum lagi makan makanan berkhasiat.hmmm camner yer???? ntah la aku tgh gagah untuk menyelerakan tekak ku...hmmm yang peliknya tak lalu makan tapi berat aku bertambah gak...esh esh esh...kuang kuang kuang....

till then...another story n maybe last story about my pregnant ... hahhaha plan nak tutup kilang dah....

sumaiyahku perlu disentiasa di"update".....

PAED cakap sumaiyah perlu dikemaskini dengan segala data ubat-ubatan yang diambil untuk rujukan masa hadapan....

tak sangka betui la kali nie, walaupon sumaiayah napak okay je tapi still doktor nak tahu juga perkembangan dia sehingga umur 3-4 tahun..lama tue..

doktor cakap lagi kena la beli buku dan data kena selalu update mengikut apa yang berlaku keatas sumaiyah...
doktor banyak tui bagi advise sebab kali ni punya appointment xde result yang kuar sbb urine gagal diperolehi..hehehehe..


so next appointment aku kena bawa urine atau tak pon bawa test urine kemana n result tunjuk kat doktor untuk follow up


hmmm... macam2 kisah la anak-anak ibu nie...

salah ker aku???

aku tengah sakit hati yang sangat... pernah "mereka" bertanya mengapa aku buat muka dan buat perangai yang buruk bila mereka berada disekeliling aku. Tahukah "mereka" aku amat benci dan menyampah dengan kehadiran mereka kebelakangan ini. Bukan dengan melihat "mereka" sahaja yang buat aku menyampah tahap gaban... mendengar nama mereka sudah buat aku sakit hati dan buat aku rasa nak maki dan mencarut -carut jer....

salahkah aku semua yang berlaku? tidak kah mereka sedar mereka yang buat aku jadi macam nie. Aku sendiri sentiasa ingin mengubah persepsi terhadap mereka tetapi tiap kali aku ingin bersangka baik dan berfikir secara positif mula mereka
  • mereka datang kerumah hanya nak pijam kereta untuk keluar dating dgn awek, kalau tiada hajat nak pijam kereta jgn harap napak batang hidung...
  • mereka , bila kita mengadu masalah...bukan nak tolong sebaliknya cerita masalah mereka.... yang tahu kita sedang serabut dengan masalah .....
  • mereka hanya tahu kita perlu datang kepada mereka walaupon tahu kita sedang ada masalah...apa makna pertolongan jika mereka mahu kita hadap mereka sedang kan meraka tahu perkara itu suatu kepayahan kita...
  • mereka ....ntah la

terlalu banyak peristiwa dan keadaan yang buat aku kecil hati dan makan hati maka bila da bertimbun aku jadi menyampah dan bosan dengan situasi yang perlu aku hadapi....bila aku buat perangai..pasti yang jelas aku lah buruk..tidak berbudi bahasa dan ikut kepala jer... tahukah mereka aku benar2 sakit hati dengan apa yang aku lalui.... tahukah aku da fedup hingga aku tidak mahu berkata-kata lagi....