bukan salah saya

bebaru ini telah timbul konflik dan beberapa isu di opis yang memang aku tak suka  walaupon nampak macam aku dapat benefit dari apa yang berlaku. Sungguh kalau ku tahu begini aku rela seperti dulu sebabnya aku bukan orang yg jenis menaguk air yang keruh. Tak tahu nak mula bagaimana tapi bila bos dan "anak kesayangan" bergaduh ia menjadi perkara yang dulunya aku tak terfikir pun iaitu kita yang jadi orang tengah menjadi mangsa keadaan yg boleh menimbulkan ketidakpuasan hati orang lain walhal kita tak berniat langsung pon.

kepada yang rasa aku ambil kesempatan, sungguh aku tak berniat dan jika ia berlaku pon ia berlaku diluar kawalan... takde perasaan nak kondem awak pon... ia berlaku atas kesilapan dan tingkah laku awak yang dah lama mereka perhatikan. tidak melibatkan saya pon....moga awak sedar.... saya hanya menjalankan tugas sahaja...xde niat lain pon....

No comments: